Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 4 December 2019

Cinta itu Awak! ~ Nojie

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

“Saya kata ceraikan.”
“Saya ceraikan awak dengan talak satu! Puas hati?”

Nadya sendiri yang meminta untuk diceraikan. Tapi, kenapa hatinya sakit bila Hud dengan mudah melafazkan talak? Dalam enam bulan, hubungan mereka berakhir. Ternyata, cinta Hud Mikael bukan lagi untuk Nurul Nadya.

Percaturan Tuhan, tiada siapa yang tahu. Mereka bertemu kembali selepas sepuluh tahun terpisah. Benih-benih cinta yang disangka sudah mati, kembali subur memekar. Hud jadi tak keruan. Nadya pula gelisah memanjang.

Maka, Hud melancarkan misi untuk merebut kembali hati Nadya. Misi yang sepatutnya mudah, rupa-rupanya penuh dengan liku dan banyak halangan perlu ditempuhi. Sampai satu ketika, Hud benar-benar mahu mengibarkan bendera putih. Penat dan lelah mengejar cinta yang ternyata bukan untuknya lagi.

“Antara kita, memang takde peluang kedua ke?”
“Awak dah ada jawapannya Hud.”

Melepaskan Hud pergi dari hidupnya, bukan bermaksud Nadya tak cinta. Keadaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan yang sukar demi menjaga banyak hati. Tapi... bolehkah dia bahagia dengan pilihan keluarga, sedangkan di hatinya cuma ada Hud? Dan apa reaksi Hud sekiranya rahsia yang disimpan oleh Nadya sepuluh tahun lalu terbongkar? Akan adakah peluang kedua untuk mereka?