ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 13 July 2020

Andai Mampu Kugapai Syurga ~ Myra Ameer

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Kerana fitnah, kasih sayang seorang ibu dipertaruhkan dan maruah seorang anak
diperjudikan. Kerana fitnah itu juga kisah hidup seorang Nur Hanina Aira berubah. Dia dibuang dan terbuang.

“Aku dah anggap kau macam anak kandung aku, jadi takkan aku tergamak nak rosakkan anak sendiri? Kau tu yang tak henti-henti nak goda aku.” - Salihin
“Kau kemas kain baju kau dan pergi berambus dari rumah aku! Aku tak ada anak derhaka macam kau!” - Kamariah
Kekecewaan itu membuatkan dia leka dan lalai sehingga berlaku satu peristiwa yang membuatkan dia tersentak daripada lamunan. Sejak itu hidupnya ibarat jasad yang tidak bernyawa dan seperti kapal yang menanti karam. Kehadiran Lyn membuatkan keinginannya untuk hidup marak kembali tetapi titik hitam yang menghancurkan hidupnya tetap setia mengekori membuatkan dia tekad menjauhi cinta dan menyendiri.
Perkenalannya dengan seorang duda yang kacak lagi bergaya bernama Ir. Azrul Fahim telah membuka mata dan hatinya. Sikap lelaki itu yang matang, tenang dan bersahaja membuatkan dia senang bekerjasama. Sejak itu segalanya berubah dan pendirian yang dipertahankan juga mulai goyah.
“Encik Fahim mesti seorang suami yang baik.” - Hani
“Kalau nak tahu, you kenalah jadi isteri I dulu.” - Fahim
Lamaran Fahim yang muncul secara tiba-tiba, membuatkan jiwanya nanar dan dia mula menjauh. Fahim terus mengejar sedang dia asyik bersembunyi menafi perasaan yang mula beraja dalam hati.
“Encik Fahim memang tak akan berputus asa, kan?” - Hani
“Not even for a second.” - Fahim
Ketika diri sedang berperang dengan perasaan, Syafiq muncul secara tiba-tiba membuatkan dia trauma semula.
“Kau tak akan mampu bayar apa yang kau dah buat dan apa yang aku tanggung
selama bertahun-tahun, Fiq!” - Hani
“Kau berdendam dengan aku, Hani.” - Syafiq
Hani, Fahim dan Syafiq, mereka bertemu dan dipertemukan oleh takdir tetapi takdir yang bergaimanakah yang tertulis untuk mereka? Andai pertemuan itu bersalut dosa, mampukah mereka meraih syurga?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...