ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 29 July 2020

Fasiq ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Bilik tu dan bilik ni ada penghuninya!”- NABILA

Zarina ragu-ragu. Masakan tiba-tiba rumah orang tua mereka itu berpuaka? Sehinggalah dia sendiri diganggu dan gangguan tersebut berlarutan sehingga dia pulang dari kampung. Nabila pula beria-ia mengatakan yang emak mereka ada membela saka, sama seperti yang dikatakan oleh orang-orang kampung.

“Lagi teruk gangguan tu bila tuan tu dah meninggal, tapi benda tu tak diwariskan, atau tak sempat diwariskan. Kadang-kadang, tuan tu sendiri pun susah nak meninggal.”- LUTFI

Gangguan yang terjadi semakin serius sehinggakan ahli fisiologi yang dibawa untuk membantu Puan Afiqah, ditemui mati tergantung di tingkat atas rumah itu. Zarina kian tertekan. Hubungannya dengan Nabila kian berantakan, lebih-lebih lagi dia mengesyaki Nabila bagaikan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

“Apa? Kau nak cakap yang arwah mak tu ada bela saka, kan? Sejak mak sakit, sampailah sekarang mak dah meninggal, kau masih nak fikir yang bukan-bukan pasal mak. Entah-entah kau sendiri yang memang ada sembunyikan apa-apa, betul tak?” – ZARINA

“Haji dah lupa apa yang si Tun tu tinggalkan untuk keluarga tu? Saya rasa sebab tulah semua gangguan ni berlaku.” – MAK CIK LIJAH BECOK

Haji Idris menjadi saksi apa yang berlaku. Ada rahsia yang disimpan rapi sebelum ini mengenai seseorang. Mungkinkah kejadian sekarang terkait dengan peristiwa 30 tahun yang lalu?

Adanya hati yang tidak pernah berdamai dengan waktu. Adanya dendam yang ingin dilunaskan. Di antara jalan yang haq dan batil, siapa yang memilih untuk menyimpang?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...