ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 15 July 2020

Legasi Ketua Gangster ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

“Dia lelaki yang tak guna.. Dia rampas kau daripada aku. Depan mata aku, dia bunuh kau. Dia memang manusia tak berhati perut. Tengku Zaff memang lelaki durjana!” – ADANIA

Kesilapan membawa padah… menghancurkan segala naluri yang ada. Adania terlalu bencikan Tengku Zaff. Kehilangan abang kembar pada keadaan yang tak dijangka mematikan jiwanya pada setiap pesona lelaki itu.

Adania sendiri telah lama disogok kegiatan gelap Tengku Zaff yang selama ini tidak kelihatan di mata kasar semua.

Aku akan dapatkan kau walau dengan apa cara sekalipun sebab aku yakin. Kau memang ditakdirkan untuk aku. Selamanya.” – TENGKU ZAFF

Terlalu cinta. Perasaan itu yang menguasai jiwa Tengku Zaff sejak mengenali Adania. Meski kata-kata gadis itu lebih banyak kesat daripada lembut. Biarpun tingkah lakunya lebih kepada kasar daripada ayu.

Janjinya… gadis itu tetap miliknya walau dengan cara apa pun.

Kemunculan Akil, Kazar dan Elisya merumitkan lagi perjalanan ceritera mereka. Masing-masing mempunyai matlamat tersendiri… Ingin menghapuskan kewujudan Tengku Zaff dan Adania dari muka bumi.

Persoalan demi persoalan mulai terangkai. Jawapan demi jawapan semakin ditemui. Membawa Adania menghampiri titik noktah yang selama ini dinanti-nanti.

Sungguh kejutan itu membuat Adania patah hati.

Namun, plot utamanya, di antara mereka siapa sebenarnya yang bersalah?

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas apa yang telah berlaku? Paling penting, siapa sebenarnya pembunuh sebenar Amar?

Di saat cerita happy ending menghampiri, ada saja dendam kesumat meracuni. Mungkin kah kisah ini akan bertahan atau berakhir tanpa sempat melewati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...