ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 7 July 2020

Sentuh Aku Dengan Cintamu ~ Mariyati Miskon

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Kata orang, bila hati sudah suka semua jadi indah belaka. Bila kalbu terpaut sayang, kahwin koboi pun sanggup diredah bersama. Tak ke tu kerja gila?

“Saat jumpa sayang, hati abang dah terdetik. Inilah bakal cinta mati abang. Abang nak kita menghiasi hari-hari dengan penuh kasih sayang.” – FAYYAD

Cinta mampu hadir dalam pelbagai rupa dan cara. Sukar diramal, payah diterjemahkan. Tatkala rasa bahagia mula menjentik, ada saja serpihan duka menjadi sandiwara mengganggu hubungan Fayyad dan Vivy.

“Kau nak lama dengan anak aku, kau jangan cari pasal dengan aku. Faham?” – CIK KIAH

“Tak semudah itu kau akan bahagia. Kau saksikan semua yang kau angankan jadi sumpahan duka!” – MAWAR

Menguruskan hati sendiri bukan kerja mudah, apatah lagi ada hati lain perlu dijaga. Impian dia anyamkan, hanya rintihan kecundang yang menjelma. Puas dia menangisi suratan. Tatkala semangatnya bangkit kembali, hati perempuannya diuji sekali lagi.

Mustahil dia mahu menyayangiku kerana aku sedar siapa diriku. Terpulanglah pada dirinya untuk menyayangi siapa kerana itu haknya. - VIVY FARWIZAH

Masih adakah cinta untuk si dia selepas ada saja cubaan dengki dan khianat mengganggu hubungan yang terbina?
Kenapalah hidup ini terlalu banyak drama ciptaan manusia?

Cinta yang sempurna… cinta yang sejati… cinta yang selama-lamanya. Siapa yang tidak inginkannya?

Namun, bila sentuhan cinta meranapkan segala simpulan yang terikat. Pilihan apa lagi yang dia ada?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...