ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 8 September 2020

Durjana Dari Neraka ~ Nana Amera

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Adakah ini balasan untuknya kerana sesuka hati melantik diri sebagai malaikat maut ciptaannya sendiri?

Anna Evelyn tanpa sengaja menjerumuskan diri ke lembah neraka bersama Ash Diego. Walaupun dia beranggapan kasih seorang durjana itu wujud, namun itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari jatuh cinta.

Neraka yang dicipta si durjana menjadi syurga buatnya. Kekeliruan menyelubungi Evelyn sepanjang berada dalam genggaman Devils. Perasaannya berantakan dan emosinya tidak terkawal. Dia inginkan keluarganya namun dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk menolak aura seorang Diego.

Dunia gelap tidaklah seindah kisah dongeng yang diinginkan oleh Evelyn, namun itulah hakikat yang perlu disave otaknya bahawa untuk memiliki jiwa Diego, dia perlu melalui lorong yang kelam. Pembunuhan, persaingan, kongsi gelap… semuanya terbentang di depan mata, sekali gus membawa Evelyn ke perjalanan yang mengancam nyawanya.

“Aku janji kalau diri ini sakiti kau, aku rela jadikan nyawa aku sebagai galang ganti.” – ASH DIEGO

Mampukah Evelyn lari daripada cengkaman si durjana yang penuh dengan kesakitan dan hasad dengki para pendendam? Adakah perasaan tulus itu sudah cukup untuk memberi kebahagiaan hingga ke hujung nyawa?

“Kalau dengan membunuh aku bermaksud lepaskan aku. Maka, lakukanlah.” - ANNA EVELYN

Kisah seorang Diego dan Evelyn mungkin kelihatan sedih dan sweet, namun ada kenyataan yang diiringi limpahan darah dan suara rayuan merobek pilu penuh kesengsaraan. Hidup atau mati, dalam neraka ciptaan durjana, hanya yang terpilih akan bertahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...