ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 5 January 2021

Menanti Tanpa Kata ~ Nour Huda Badarsila

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Merawat hati yang luka bukanlah mudah dan setiap orang ada pelbagai cara untuk menghadapinya. Lantaran itu Kabir memilih untuk bersikap dingin dengan semua kaum Hawa yang bertandang.

Tapi tidak bagi Nuha… selagi detaknya masih membisikkan nama Kabir, selagi itu dia mahu mencuba.

“Selipar pun orang pakai sepasang jadi takkan manusia yang baik macam Kabir ni nak hidup seorang diri saja.” - NUHA ZAMILAH

“Habis itu kau nak aku buat apa baru nampak macam aku sudah ‘move on’ dan ada hala tuju dalam hidup macam yang kau cakap tu? Kahwin dengan kau?” - ABDUL KABIR

Usaha tangga kejayaan – dia pegang kata-kata itu. Kisah apa dia dengan Kabir? Apa yang dia tau, dia ingin menakluk jiwa si beku, dia ingin memanah kembali rasa itu menjadi putik yang indah. Walaupun dia sering gagal dan hatinya terluka kerana sikap dan kata-kata Kabir.

Sehinggalah kemunculan semula wanita itu, menambah resah Nuha. Kenyataan pahit, Kabir masih ada perasaan terhadap Nina, wanita yang pernah membuangnya dan kini Kabir mengutipnya kembali.

“Kabir ni macam orang gila sebab malu bila ditinggalkan macam orang bodoh di malam akad nikah sendiri.” - ABDUL KABIR

“Nina tahu Nina salah tapi Nina terpaksa. Nina minta maaf kalau Kabir terasa hati dengan jawapan Nina tapi itu kenyataannya.” - NINA

Kejayaan yang hampir dicapai menjadi serpihan kaca yang melukai. Masih sanggupkah Nuha mencuba sekali lagi untuk mendapatkan kasih Kabir? Apakah Kabir akan setia menanti Nuha atau dia lebih senang menjadi lelaki egois… jauh dari cinta?

Tidak pernah walau sekali rasa ini hilang meskipun bayangmu sudah tiada kerana penantian itu sebenarnya mendewasakan kita. Hakikatnya manusia tidak terlepas daripada tercalar emosinya tatkala berdepan dengan dugaan hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...