ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 28 February 2021

Artifak ~ Maria Kajiwa

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA

Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan
pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.

Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu… kematian sudah berada di depan mata.

“Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID

Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang yang sudah mati. Dia juga diculik dan diserang berulang kali.

Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu?
Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?

Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui.

“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu
hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap
orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...