ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 9 April 2021

Broken Heart ~ Qis Nur Harraz

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

“Anak angkat tetap anak angkat. Walau kita usaha untuk jadikan dia ahli keluarga dan mahram kita, status dia tetap tak pernah berubah! Dia bukan darah daging kita! Dia bukan ahli keluarga ni!” – Tuan Azri

Menjadi anak yang taat dan tidak pernah ingkar, Harriz Murray lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris terus disingkir jauh daripada keluarga Tuan Azri. Semuanya kerana dia tidak mampu untuk memenuhi kehendak Tuan Azri yang mahu melunaskan janji bagi sebuah tragedi hitam yang berlaku lebih dua puluh enam tahun yang lalu.

“Saya sayangkan awak. Terlalu sayang dan saya takkan mampu lalui hidup ni tanpa awak berada di sisi saya. Saya nak jaga awak. Saya nak halalkan ikatan di antara kita.” – Harriz Murray.

Hanya Nur Iman satu-satunya perempuan yang begitu dicintai. Cinta pandang pertama yang kekal utuh di hati biarpun dirinya teruk teruji.

“Orang kata, seteruk mana pun keadaan lelaki tu, bila dia berada di sisi insan yang paling dia sayang, segala tekanan dia tu seakan lenyap.” – Nur Iman.

Untuk hidup berdampingan di sisi Harriz Murray, langsung tak pernah diimpikan olehnya. Perkenalan yang terjalin tanpa dijangka akhirnya menyatukan hati mereka. Namun di sebalik pertemuan itu, rupa-rupanya wujud rahsia yang cuba ditutup serapi mungkin daripada pengetahuan mereka.

“Jangan pergi, sayang…” - Harriz Murray.

Membiarkan permata hatinya itu hidup dalam tangisan bukanlah kemahuan hatinya. Sumpah, dia benar-benar tak sengaja.

“Tengok awak terbaring kaku selama ni, saya rasa macam nak mati, Riz. It’s really hurt me.” – Nur Iman.

“Saya doakan Allah beri pahala yang tak terhingga bagi setiap titisan air mata awak yang mengalir kerana saya. Saya doakan Allah balas dengan syurga, sayang….” – Harriz Murray.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...