Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 29 September 2021

Ratu Di Hati Beast ~ Fara Hana

(SEM & SS) RM36.00 > RM35.00

Terjerat dengan hutang membuatkan seorang gadis terpaksa ‘menggadai’ dirinya demi menyelamatkan sepupu yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Dia terlalu terhutang budi dan fikirnya itu adalah jalan yang terbaik tapi ternyata situasi itu menjerat dirinya lebih dahsyat daripada apa yang dia sedang hadapi.

“Tiga puluh ribu tu ibarat tiga puluh ringgit je bagi aku. Kau ada nampak muka aku ni macam muka orang tak mampu ke?” - Beast
“Tak kisahlah macam tiga puluh ringgit ke tiga puluh sen ke, itu pada you tapi pada orang macam I besar rahmat dia dapat tiga puluh ribu. Jadi I nak you bayar dulu, I tak nak tertipu.” – Ratu

Ratu hampir terperangkap tapi dia bijak melepaskan diri namun sayang takdir tidak menyebelahi dirinya. Orang yang paling dia tidak mahu bertemu semakin mendekat sehinggakan tiada ruang lagi untuknya melarikan diri.

“Hei… kau nak masuk tandas pun ada pertukaran dia. Bayar then you get to use the toilet. Tapi aku? Apa yang aku dapat selepas duit aku lesap? Nothing.” – Beast

Tidak akan ada sesiapa pun yang boleh terlepas daripadanya lebih-lebih lagi gadis itu, gadis yang telah menipunya. Duit lesap habuk pun tak ada. Kini dia mahukan haknya, hak yang sepatutnya dia perolehi setelah kepingan kertas bernilai itu bertukar tangan.

“Ada orang ke tak ada orang ke tuan tetap tak boleh pegang saya! Jangan ingat saya ada hutang dengan tuan maka tuan boleh buat apa saja pada saya. Saya boleh bayarlah duit tuan tu!” – Ratu

Hanya kerana dia berhutang, maka lelaki itu bebas untuk menyentuhnya sana dan sini? jangan harap!
Mereka berlainan latar belakang dan permulaan mereka juga tidak berapa indah tapi kalau sudah ada rasa cinta, tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalang.