Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 15 October 2021

Berteduh Daripada Kegelisahan Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.

***
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati melambai-lambai menarik kita agar menumpang teduh daripada hujan, petir dan guruh kehidupan yang menakutkan.

Apabila baju yang basah kuyup mula mengering, gerimis mulai berhenti lalu langit menyepi, kita terus Berteduh Kerana Kekosongan Hati dengan kefahaman dan ilmu tentang diri sendiri, serta hakikat kehambaan.

Akhir sekali, hadirnya Berteduh Untuk Ketenangan Hati seakan-akan sentuhan akhir sebelum kita keluar menghadapi kehidupan.

Sampai masanya, kita bertemu lagi dengan hujan, petir dan guruh. Bezanya, kali ini kita lebih memahami resam hati lantas tidak gentar untuk mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Semuanya demi ketenangan abadi, di sana nanti.
Selamat berteduh!

Berteduh Untuk Ketenangan Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput.

Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.

***
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati melambai-lambai menarik kita agar menumpang teduh daripada hujan, petir dan guruh kehidupan yang menakutkan.

Apabila baju yang basah kuyup mula mengering, gerimis mulai berhenti lalu langit menyepi, kita terus Berteduh Kerana Kekosongan Hati dengan kefahaman dan ilmu tentang diri sendiri, serta hakikat kehambaan.

Akhir sekali, hadirnya Berteduh Untuk Ketenangan Hati seakan-akan sentuhan akhir sebelum kita keluar menghadapi kehidupan.

Sampai masanya, kita bertemu lagi dengan hujan, petir dan guruh. Bezanya, kali ini kita lebih memahami resam hati lantas tidak gentar untuk mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Semuanya demi ketenangan abadi, di sana nanti.
Selamat berteduh!

KEKOK ~ Akif Basri

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Apabila seseorang meluahkan masalahnya, kadangkala kita rasa bertanggungjawab untuk beri nasihat dan kata-kata semangat kepadanya. Kita rasa dengan hanya mendengar, tidak cukup untuk membantu. Tapi apabila kita cuba berikan nasihat, dia menjauh. Nak diam serba salah, nak cakap pun salah. Kekok betul.

Apa sebenarnya yang patut kita lakukan sebagai pendengar? Bilakah waktu yang sesuai untuk kita hanya diam mendengar atau beri nasihat? Adakah cukup kita membantu dengan hanya mendengar?

Menjadi pendengar memainkan peranan yang penting kepada si peluah masalah kerana dia rasa didengari. Kita mendengar untuk memahami, tidak semestinya untuk memberi respons.

Menerusi buku KEKOK, Akif Basri menampilkan tip praktikal untuk kita menangani rasa kekok apabila berinteraksi secara berhadapan dan di alam maya – agar kita menjadi pendengar yang mampu menyediakan ruang selamat kepada orang terdekat untuk meluahkan masalah.

Will You Stay? ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

If you love Allah and take care of your relationship with Him,
He will take care of the people whom you love.”

***

Amy is a 30-year-old doctor who strives to live a meaningful life, choosing to focus on enjoying the company of her friends and committed in nurturing her faith.

The unexpected presence of someone from her friend’s past stirs up feelings within her. What she was afraid to dream of before this, presented itself to her like a ray of hope from God.

Just as her newfound happiness begin to colour her life, her faith is put to the test. Will love stay or will it leave? Will she surrender herself to the One whose love is eternal?

In this book, award-winning author Norhafsah Hamid takes reader on a heart-warming journey of understanding what it means to love compassionately and with mercy.

For that is the kind of love that will lead us back to God.

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

Tuesday 12 October 2021

Biasa Itu Cinta ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Irfana Marlis memerangkap! Dia tidak segila itu hanya kerana mahukan seorang suami! Dia pun tak pernah inginkan seorang suami. Tapi, dia dituduh berbuat demikian kerana lelaki yang dibawa pulang Iswadi itu orang kaya. Sudahlah hidupnya tidak seindah mana tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Ditambah pula dengan masalah baru. Kena pula berkahwin dengan Fadi Ayyad yang muka masam sentiasa. Memang taklah!

“Ini rumah aku kan. Yang kau datang sini buat apa? Nak minta duit lagi? Aku dah masukkan duit, untuk kau makan setahun pun tak habis. Kau pergi dari sini!” - Fadi Ayyad 
“Aku datang sini sebab kerja. Tak inginlah nak duduk lama-lama kat sini, bila tuan rumah masuk bilik orang suka hati dia saja.” - Irfana Marlis 

Mereka bertemu lagi setelah sekian lama. Kali ini Fadi Ayyad tidak lagi malas bersuara. Apa saja yang dilakukan Irfana Marlis, ada saja yang tidak kena. 

“Aku tak sangka awal betul kau datang. Aku agak kau mungkin akan datang sebulan atau dua bulan lagi.” - Fadi Ayyad 
“Kau juga cakap kalau aku perlukan duit, aku hanya perlu datang saja ke sini.” - Irfana Marlis 

Biarlah dia dianggap sebagai kaki kikis pun. Dia tidak kisah, asalkan semua rancangannya berjaya. Tak ada siapa pun yang akan tahu apakah rahsia Irfana Marlis. Sampai masanya, Irfana Marlis akan menjauh daripada hidup Fadi Ayyad. Namun, kebiasaan bersama Fadi Ayyad tidak memungkinkannya.

 

Love You Encik Hakim ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Terkejut. Keliru. Itulah reaksi pertama Alisa saat bertemu Hakim buat kali pertama setelah setahun berlalu, sejak pertemuan mereka di Granada, Sepanyol. Hakim, yang kononnya berjanji mahu menjemputnya di lapangan terbang, hilang begitu sahaja sehinggalah mereka dipertemukan sekali lagi apabila Alisa berjaya diterima bekerja di syarikat milik Hakim, sebagai setiausaha lelaki itu! Yang peliknya, Hakim langsung tak mengenalinya. Atau lelaki itu sekadar berpura-pura? 

Setiap kali Hakim memandang wajah Alisa, dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu. Suatu perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Adakah dia sudah mula ada hati terhadap setiausahanya? Mustahil. Tapi, kenapa api cemburu dalam dirinya semakin membara setiap kali dia melihat Alisa berbual mesra dengan Ikram? 

"I think... I'm falling in love... with you." - Hakim 

Hakim tewas. Dia tak mampu lagi mahu menyembunyikan perasaannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Alisa pun nampaknya seperti turut sukakannya. Semuanya baik-baik sehinggalah munculnya Aiman. 

“Saya tahu saya mungkin dah buat kesilapan dulu, walaupun ia tak disengajakan. Believe me.” - Aiman 
Alisa keliru. Hatinya mahu memilih siapa? Hakim atau Aiman?

Friday 8 October 2021

Eva ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Dunia diancam bencana Jerebu gas beracun dan Bandar Baerney tidak lagi seperti sebelumnya. Hanya tinggal sepi dan kesengsaraan. Eva yang kehilangan seluruh ahli keluarganya, berusaha untuk terus hidup bersama-sama survivor lain dalam dunia apokalips yang penuh cabaran. Ketika semua harapan hampir memudar, datang satu mesej morse code yang membawa prospek baru. Bantuan untuk pergi ke satu penempatan baru yang menjanjikan keselamatan dan keperluan yang cukup. 

Maka bermulalah perlumbaan antara kumpulan survivor yang dianggotai oleh Eva, Akl, Kornia, Maya, Adam dan Zara dengan satu lagi kumpulan yang terkenal dengan sikap kejamnya, hunter 

"Saya cuma berharap kita dapat keluar daripada kesusahan ini semua." - Eva 
"Aku tak tahu sama ada mesej yang kita terima tu sesuatu yang jujur ataupun perangkap. Tapi, kalau hunter pun bersungguh-sungguh mencari siapa di sebalik mesej tu, sampai sanggup menggeledah seluruh Bandar Baerney, jadi aku rasa tak salah kalau kita periksa dulu." - Aki 
"Apa kau sanggup merisikokan diri kita untuk sesuatu yang tak pasti?"- Kornia

 Dalam kancah kehidupan yang serba menekan, di mana survival mengatasi prinsip moral, Eva harus memilih antara untuk terus hidup atau berpegang pada nilai kemanusiaan. Satu keputusan yang sukar, yang pasti akan selamanya mengubah persepsi kehidupan seorang EVA.

Wednesday 6 October 2021

Jangan mudah menilai orang. Selidik dahulu


Don't judge people.Hanya Allah yang berhak menilai.
Buat aje baik & biarkan apa orang nak kata.

Buku: Najmi Nawawi. 2016. Head with serban 2. Mustread Sdn. Bhd. Selangor.

Makan beramai-ramai


 🍕 Makan beramai-ramai ada keberkatannya. Anda cuba lepas ni 😊

Tumbuk Rusuk: Pengkisahan Dari Tirai Besi ~ Mohd Firdaus Ramlan

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

“Tumbuk Rusuk” adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Demikian berseni orang kita dalam mengolah perbuatan jelek sehingga menjadi sebuah peribahasa. Munkin ini satu petanda bahawa budaya rasuah ini sudah sekian lama berakar dalam masyarakat sehingga terbit istilah yang dibuat secara berkias. Zaman berubah namum sikap dan tabiat buruk kekal membusuk, kita hanya mengetahui kesalahan rasuah ini melalui dada akhbar, media social atau penghakiman di mahkamah, sesungguhpun demikian tidak ramai yang memahami latarbelakang dan susur galur perbuatan ini terjadi – asal punca sehingga menjadi budaya yang bejat. 

Ini bukan sekadar kisah benar malah dituis dari hati, penuh drama dan ibrah. Tidah semua faham dan tahu bahawa rasuah itu suatu yang jijik dan keji. Apa lagi melaluinya, yanf dirasai munkin kenikmatan sementara tetapi penyesalan yang berkekalan. Hnaya setelah dibongkar akan segala sisi buruknya barulah is membuka mata yang selama ini dianggap kenikmatan sebenarnya adalah kesensaraan. 

Ia bukan cerita rekaan mahupun mitos ia adalah kisah benar yang dinukilkan dengan penuh keinsafan. Kini kisah dah pengalaman dibukukan, ditulis dengan gaya bahasa yang kemas berbaur penulisan

Ikat Tepi: Himpunan artikel faham ekonomi denyut marhaen ~ Abd. Razak Abu Bakar

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Di mana-mana sahaja kita berada, sama ada di warung, restoran, malah di kafe moden pun, sering kedengaran
perbincangan hangat tentang ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia. Trend ini menggambarkan kematangan dan keprihatinan masyarakat kita tentang suasana ekonomi semasa yang tidak menentu.

Di kalangan kita pun, masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian kemelut ekonomi ini. Ibarat pepatah "sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan", begitulah pendekatan ekonomi dalam buku ini yang cuba memberi gambaran kepada pembaca tentang ekonomi itu sendiri.

Buku ini hanyalah sekadar maklumat ekonomi yang disampaikan secara santai agar mudah difahami oleh segenap lapisan pembaca, daripada pelajar sekolah hinggalah kepada golongan profesional. Dengan terbitnya buku ini, dapatlah pembaca memahami situasi ekonomi semasa dan barangkali dapat menjangka akan langkah-langkah pembaikan dan seterusnya pendekatan pemulihan ekonomi secara keseluruhannya.
 

Patriot Sejati ~ Azlee Shah Abas

(SEM & SS) RM36.00 > RM34.00

Dia adalah seorang bekas perisik tentera. Dia bersuluk mendalami tasauf sehingga digelar sufi moden. Beban rahsia yang digalas menjadikan dirinya dalam buruan. Perjalanan sunyi sang wira memaksa dirinya meninggalkan hidup bermasyarakat. Segalanya demi keselamatan negara dan keluarga yang tercinta.

Siapa sangka, dia berjaya menyingkap rahsia sufi melalui teknologi maunah dan kasyaf. Dengan anugerah luar biasa, keperwiraannya terabsah pada dua dimensi alam. Rahsia khalwat dan zikir membuka horizon teknologi rentas masa, teleportasi, persenjataan, perubatan, juga hubungan dua dimensi alam, sekali gus menjadikan dirinya wira Islam moden yang ikonik.

Alami dan rasai debar pertembungan; antara illuminati dan sufi, hitam dan putih, palsu dan benar, syaitan dan malaikat, jahat dan baik, nyata dan ghaib, sith dan jedi.

"Berani mahu hidup, mesti berani mahu mati. Tapi berani mahu mati, mesti berani mahu hidup. Hidup bukan main-main...."

Memori Bukan Memoir ~ Dr. Maszlee Malik

(SEM & SS) RM59.00 > RM56.00

Pendidikan ialah rahmat yang menjadikan kita dapat membaca sari buku ini dan buku ini sendiri dapat ditulis. Tanpa pendidikan, keadaan kita hari ini mungkin berbeza. Begitu dekatnya takdir kita dengan pendidikan.

Memanggil Memori Bukan Memoir kembali dalam penulisan buku ini turut memanggil kembali penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan sepanjang 20 bulan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini sebagai pesaksian selama 20 bulan reformasi yang pernah diusahakan melangkaui topik-topik sensasi politik seperti jawi dan kasut hitam. Buku ini merupakan sebuah pembuktian...

Pernah - suatu usaha reformasi pendidikan diangkat, dan kini ia mesti diteruskan!

 

From 30000 Feet With Love ~ Razlina Azura

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Kecewa selepas mengetahui mereka tiada pertalian darah, si abang telah meninggalkan si adik tanpa pesanan. Tanpa sengaja, mereka kembali bertemu selepas berjaya mencapai cita-cita masing-masing sebagai guru dan juruterbang. Namun ia tidak disenangi si ‘adik’. 

“Sofeya tak nak jumpa dengan abang lagi! Tak faham ke?” - Sofeya 
“Tapi abang akan tetap tunggu di sini. Sampai Sofeya sudi nak berjumpa dengan abang.” - Adam 

Namun pertemuan kali ini telah mewujudkan perasaan indah dalam diri Adam. Malangnya Sofeya sudah punya pilihan hati sendiri. 

“Abang, kenalkan tunang Sofeya... Nazmi.” - Sofeya 

Enggan kehilangan Sofeya lagi, Adam mula merancang sesuatu. Sofeya harus dimiliki walau apa cara sekalipun. Namun setelah segalanya terbongkar, Sofeya semakin membenci dan menjauhkan diri. 

“Jangan harap Sofeya akan buka hati Sofeya untuk abang!” - Sofeya 
Ketika hubungan di hujung tanduk, kehadiran Nuhaira menjadi penyumbang semangat buat Adam. Hinggalah akhirnya Sofeya sedar siapa Adam di hatinya di saat Adam membuat keputusan untuk berhijrah ke Dubai.

 “Abang dah tak sayang dengan Sofeya lagi?” - Sofeya 
“Abang takkan seksa sayang dengan ikatan perkahwinan kita.” - Adam 

Sudah terlambatkah untuk Sofeya kembali bersama Adam dan perbaiki hubungan mereka? Masihkah ada cinta buat Sofeya, atau Adam sudah tawar hati? Bagaimana pula dengan Nuhaira yang turut mencintai Adam?

Tergenggam Setia ~ Sara Irdina

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Dalam waktu yang singkat, Faiha menerima kehadiran Aidan dalam hidupnya tanpa mengetahui sikap sebenar lelaki itu. Saat baru bergelar isteri, dia sudah dihidangkan dengan sakitnya derita. Namun Faiha tetap berpegang pada satu prinsip. Aib suami perlu ditutup rapi. Biarpun apa yang dilalui bagai menjerut diri. 

“Kenapa abang layan saya macam ni? Kita baru aje kahwin. Besar sangat ke salah saya tadi?” - Faiha 
“Aku boleh jadi pelindung kau. Tapi aku juga boleh hancurkan hidup kau kalau kau berani cari pasal dengan aku. Kalau kau nak aku jadi suami yang baik untuk kau, pastikan kau jadi isteri yang baik untuk aku dulu.” - Aidan 

Walau sudah kerap berjanji akan berubah dan takkan menyakiti, namun Aidan gagal menepati. Peluang yang diberi berkali-kali, seolah tak dihargai. Akhirnya benteng kesabaran Faiha semakin rapuh. Ditambah lagi dengan tuduhan yang dia buta menilai cinta oleh orang sekelilingnya. 

“Abang tahu abang bersalah. Abang pernah berjanji tak ulangi lagi kesilapan tu, tapi abang mungkir.” - Aidan 
“Faiha terima abang seadanya. Tapi bila bertubi-tubi disakiti, Faiha akui yang Faiha tak kuat lagi.” - Faiha 

Mampukah Aidan membuktikan dia sudah menjadi ‘Aidan’ yang baru kepada Faiha? Masih adakah peluang untuk mereka terus bersama atau ikatan mereka bakal terputus demi kehendak keluarga?

Bintang Hati Abang ~ Nurhayati Ishak

(SEM & SS) RM27.90 > RM27.00

“Boon, you pergilah temankan Denis kat kereta sana. Kesian pulak dia memandu balik seorang-seorang.” Kerah Josen. Pantas Bunga rungkai tali pinggang keledar.
“Tak payah!” jerkah Dee George. 

Bunga baru sahaja buka pintu kereta dan keluarkan kakinya letak atas tanah. Dee George tiba-tiba jerkah dengan kuat. Sampai terangkat terus kakinya masuk ke dalam kereta semula. Perlahan-lahan dia tutup pintu. Geram jugak dia. Terkejut macam nak mati! Dia lihat Josen sudah mengurut dada. Bunga paling ke belakang. Dia nampak muka Dee George sudah macam naga raya Cina. Merah menyala hingga merebak ke telinga. 

“Jerkah kuat-kuat sangat kenapa? Orang terkejut tahu tak?!” 

Bunga pun bukan tahan sabar sangat. Kalau buat dia terkejut, cepat sangat dia naik angin nak marahnya tu. Sempat dia jegil pada Dee George macam nak terkeluar biji mata. Tapi Dee George langsung tak gerun. Dia buat tak tahu sambil pandang ke luar tingkap. Josen sudah kalut. Dua-dua orang ni sudah main tengking-tengking pulak di dalam keretanya. 

“Kenapa dengan dia ni? Dah datang bulan?” 

Bunga pandang ke arah Josen dan bertanya dengan keras. Tetapi ayatnya itu sinis terarah kepada Dee

The One ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai.

Awak Suka Saya Tak? ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

"Saya kenal sayang saya..."

Kisah kasih sayang di antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilmon Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.

Kera tampar mata!

"Percaya sangat mualaf tu..."Intan Zulaikha
"Kami digelar saudara baru,mualaf,masuk Melayu... bila label begini akan dihentikan kepada kami?
"Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" Hilman Yong

Kerana seekor semut.. kerana lidah...

"Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!" Hilman Yong

Bagaimana hidup seorang Intan Zulaikha apabila jatuh hati kepada dua lelaki, dua nama dan dua personaliti? Hilman Yong seorang lelaki yang penuh kesopanan dan kesabaran. Damien Yong yang