Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 14 December 2021

Lemas ~ Zaifuzaman Ahmad

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Misteri sebuah kematian yang tidak bernisan membuka keanehan yang sukar untuk dijawab. Ada unsur-unsur mistik yang membutakan pandangan manusia. Pelbagai spekulasi terbit lantaran dari kejadian menakutkan. Ini telah membuka lembaran baru bagi Inspektor Zaki. Namun, daripada hasil siasatan yang dia dapati sukar untuk dia mengesyaki sesiapa.

Mangsa ditemui mati di dalam bilik hotel sedangkan maklumat bedah siasat mengatakan yang mangsa mati akibat lemas di dalam air. Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tidak berani untuk berkunjung ke situ. Kakitangan hotel pula sering diganggu sehingga ada kematian berlaku.

“Ada hantu dalam bilik tu.” – MAZIAH
“Setahu aku mana ada orang menyewa di tingkat empat. Semua bilik kat situ kosong.”- NURIN
“Saya beranggapan yang mangsa dibunuh bukan dengan jalan biasa.”- INSPEKTOR ZAKI

Mampukah Inspektor Zaki menyelesaikan misteri kematian ini?
Dapatkah mereka menjawab punca segala ketakutan yang sering menyelubungi seluruh hotel berpuaka itu?
Adakah benar hanya dengan memanggil pawang, semua ini akan berakhir?

Tanpa diketahui ada cerita lain yang pernah terakam pada bangunan lama yang dijadikan hotel itu. Ada makhluk yang sengaja bersembunyi untuk terus melemaskan manusia dengan sejuta kejahatan dan dendam.