Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 15 December 2021

My Heartbeat ~ Cik Nor Cinta

(SEM & SS) RM38.00 > RM37.00

Raz Madani. Kasihnya teruntuk hanya buat Raihana. Kebahagiaan yang mereka kecapi, melingkari tanpa sebarang cela. Namun di saat derita menjengah jendela rumah tangga mereka, lelaki itu mula mencari pengganti untuk isterinya. 

“Sahabatku Eman Nazmi, sudi tak kau berkahwin dengan isteri aku, Raihana Marissa?” – Raz Eman Nazmi. 

Hanya lelaki itu yang layak menggantikan tempatnya. Namun, sanggupkah dia menerima lamaran daripada seorang suami untuk isterinya? Mampukah dia memikul amanat daripada Raz hanya kerana janji yang telah dibuatnya? Raihana Marissa. Mampukah wanita itu berpaling daripada paksi kesetiaannya yang tertumpah hanya buat seorang suami yang bernama Raz Madani? Apakah dia mampu menerima dan menduakan lelaki daripada cinta pertama dan terakhirnya? 

“Saya nak mati sebagai isteri dia, Eman.” - Raihana 
“Dan saya nak awak mati sebagai isteri saya.” - Eman 

Di saat Raz pergi meninggalkannya, Raihana karam sepenuhnya. Hidup dirasakan kelam dan menakutkan. Dia terkapai-kapai mencari kekuatan untuk terus bertahan dan hanya Eman yang setia berada di sisinya bersama selautan kasih yang tidak kenal erti surut dan pasang. 

“Saya ni bekas orang, Eman. Saya sedang mengandung. Saya akan ada anak dua orang anak. Saya dan anak-anak saya nanti adalah satu beban. Saya tak nak awak pikul beban tu.” – Raihana 
“Saya sanggup pikul seberat mana pun beban tu.” – Eman 

Tatkala Raihana mula menerima ketentuan, kehadiran Zarina menjadi tembok penghalang. Penghinaan demi penghinaan membuatkan Raihana hampir rebah di tengah medan perjuangan. 

“What? Your future wife? Perempuan bunting macam tu bakal wife you?” - Zarina 

Apakah yang telah berlaku? Ke mana perginya Raz? Di mana semua sumpah janji Raz untuk kekal bersama hingga ke akhirnya? Kenapa dibiarkan Eman membela nasib isterinya dan menepis semua derita? 

“Raz Madani tidak akan pernah luput daripada hati Rai hingga ke nafas terakhir Rai. He is and will always be my heartbeat till the end of my life.” – Raihana