Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 7 March 2022

Kasih Tercipta ~ Yana Agasshi

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Dia umpama cahaya dalam botol kaca. Meski sekelilingnya rapuh, dia sentiasa membuat orang lain bahagia. Tawanya didengar sampai kampung sebelah. Gila-gila tapi polos, sudah cukup untuk menggambarkan gadis itu.

Kedatangan Amar Luthfi di kampungnya membuatkan dia bergelar 'stalker tegar'.

"Dari hujung rambut sampai hujung kaki, abang memang idaman Ara. Ara yakin ada jodoh kita." NURUL ZAHRA.

Ternyata Amar Luthfi juga menyimpan rasa special buat Zahra.

"Saya bagi awak peluang. Kalau awak boleh terima kekurangan saya, kita terus ke step seterusnya. Saya tak nak cinta platonik atau cinta monyet." AMAR LUTHFI

Tatkala baru nak merasa manisnya percintaan, pahitnya ujian mencelah masuk. Zahra harus memilih antara cinta dan keluarga. Anak mana yang tegar menolak permintaan ibu sendiri? Dia memilih untuk mengorbankan rasa cinta membuak-buak pada pujaan hati demi kebahagiaan keluarganya.

Sampai bila Ara kena kerja siang malam? Sampai bila Ara kena tinggal dalam rumah buruk ni? Sampai bila Ara kena hidup miskin?" NURUL ZAHRA

Bergoncang seluruh alam saat Nurul Zahra menuturkan pembohongan itu. Pembohongan yang merobek jiwa Amar Luthfi tanpa belas. Bersama luka dalam hati, Amar Luthfi pergi membawa diri. Nurul Zahra pula terperangkap dengan neraka yang membunuhnya secara perlahan.

Bagaimana Nurul Zahra mampu bertahan di dalam sangkar berduri? Mampukah pujaan hati melepaskannya daripada sebuah penyiksaan ini? Atau dia perlu bangkit sendiri merubah segalanya?

Untuk sebuah cinta, ada hati di suatu tempat untuk menerimanya. Untuk sebuah harapan, ada kasih di suatu tempat yang tercipta.