Namun, tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan.
“Anna adalah masa silam abang. Aairin adalah masa depan abang. Kita hidup berjalan ke hadapan bukan ke belakang. Abang tak akan sesekali berpaling semula ke belakang Aairin.” - Aadian Naail.
Di saat cinta itu datang, segala-galanya menjadi rumit. Kisah lalu kembali menghantui. Kebahagiaan yang baru terbina dilanda masalah. “Jangan tinggalkan abang.” - Aaidan Naail
“Awak memang kejam Aaidan!” - Aairin Tahany
Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan layakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu?