Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 21 June 2022

Noah Vanessa Jilid 2 ~ Aisyahros

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Kini, separuh hati Vanessa telah menerima kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Harapan disandarkan kepada Tuhan. Tali Allah yang ingin dipegangnya dipimpin bersama Noah. Dia akui, dia dapat merasakan kemanisan dalam mengenali Allah Yang Maha Esa dan agama Islam. 

Namun, tragedi yang berlaku akibat ‘sumpahan’ dalam hidupnya itu telah meranapkan harapannya yang disandarkan kepada Tuhan. 

“Saya percaya Tuhan awak ataupun tidak, ia tetap tak akan ubah sumpahan yang ada dalam hidup saya.” – Vanessa Willians 
“Vanessa, ianya bukan salah awak. Tolonglah, Vanessa. Stop blaming yourself on something you don’t even do.” – Noah

Q’Darrien Lee Ujian hidup Vanessa kali ini bukanlah boleh dihadapinya seperti sebelum ini. Ujiannya kali ini sangat berat! Ujian yang perlu dia hadap atas nama dua kebenaran. 

“Pak cik lakukan ini untuk kamu, Vanessa. Tolong jangan benci pak cik.” – Tuan Daniel Black 
Di mana silapnya? Bukankah harapan kepada Tuhan itu memang seharusnya setinggi langit? 
“Ujian ini terlampau berat untuk aku. Kenapa bagi pada aku?” – Vanessa Willians