Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 19 September 2013

Muridku Suami Aku? ~ Cahaya Ainn

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Arinana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Arianan dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua. 

Orang kata jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Arinan takut dan gerun pada Akmal yang macam samseng itu, kadangkala timbul rasa menyampah dalam hati Ariana. 

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Cinta 11 Syarat ~ Muna Mahira

RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. “Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.” Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya...

“Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak.” – Syahrie

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Tuesday 17 September 2013

Surah Yasin dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Fauzi Abdul Hamid

Surah Yasin merupakan salah satu surah lazim yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memohon hajat atau perlindungan daripada Allah SWT. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain. Surah Yasin juga sering dibaca dalam majlis-majlis kesyukuran, doa selamat, qiamullail, mahupun ketika ditimpa musibah seperti keuzuran atau kematian. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya.

Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini ialah panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida’ berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta panduan transliterasi Arab Melayu. Oleh itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan surah Yasin ini bukan sahaja untuk memudahkan pembacaan, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada ayat yang panjang. Selain itu, ia juga relevan dan sesuai bagi saudara baru dalam Islam, golongan kurang atau tidak mahir dalam bahasa Arab, anak-anak dan semua peringkat masyarakat Islam. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat dan dinilai sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30

300 Hadis Bimbingan ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Al-Quran Al-Karim dengan Waqaf & Ibtida' (Lebih Nipis) ~ Prof Madya Dr. Hj. Abdul. Raof Hassan, Tan Sri Hassan Azahari

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ merupakan satu panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan Al-Quaran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

*****

(SEM & S/S) RM70.00 - RM61.60

Tuesday 10 September 2013

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Monday 9 September 2013

Rasa Yang Tertinggal ~ Siti Khadijah

“Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30