Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 30 April 2019

Nur 2 ~ Rose Harissa

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Angkara percaya, tergadai bahagia

Terlepas dari cengkaman sihir, Adam nekad membawa Nur tinggal di rumah tinggalan milik Allahyarham Cik Mona. Dia berazam untuk menjaga dan melindungi cahaya cintanya itu sepenuh hati.

Adam menyokong baik niat murni Nur membuka kelas pengajian untuk kanak-kanak di sekitar kawasan yang dianggap daki masyarakat. Manakala Nur juga seikhlas nurani mengizinkan Adam turun ke lorong demi berdakwah agar ramai lagi golongan tunasusila dapat kembali ke pangkal jalan, sama seperti dirinya.

“Kalau ikutkan Nur... Nur lagi suka abang pakai kurta yang selalu abang pakai tu. Handsome!” - Nur
“Tapi kalau abang pakai macam tu, nanti lari pula semua orang.” - Adam

Mereka bahagia dengan cara mereka sendiri. Dengan kegembiraan yang mereka ciptakan sendiri.

Andai Tiada Dia ~ Rissa Ahdiya

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.

Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.

“Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang pun perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang. Khilaf abang Suri nampak, khilaf Suri bagaimana pula?” – HAIKAL

“Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?”- SURI

Sihat Bukan Sekadar Ubat ~ Dato' Dr. Suriyakhatun

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Nak sihat, tak cukup dengan hanya makan ubat. Tapi ada waktunya, perlu juga telan ubat.

Emosi
Penyakit
Histamine Intolerance
Ekzema
Demam dan Antibiotik
Rawatan Alami
Rawatan Alternatif
Suplemen
Usus
Pemakanan dan Gaya Hidup
Penjagaan Ibu Mengandung
Penjagaan Anak

Urus Rumah With Hani ~ Dr. Hani Mynis

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat. SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​ #KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani

Antara kandungan:
Bahagian 1: Pengurusan Makanan
• Perancangan Menu
• Pembelian Bahan Mentah
• Penyediaan Awal Bahan Masakan
• Proses Menyediakan Hidangan

Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah

Bahagian 3: Pengurusan KewanganKandungan

Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah ~ Dr. Amirul Amzar, Dr. Suhazeli Abdullah, Mohd Dziehan, Dayang Hamzah

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Mitos 1: Vaksin; Antigen, VS Kuman
Mitos 2: Vaksin dan Keberkesanannya
Mitos 3: Vaksin dan Perlindungannya Pada Jangkitan Khusus
Mitos 4: Kenapa Perlaksanaan Vaksin Berbeza Mengikut Negara?
Mitos 5: Vaksin VS Bayi Kecil
Mitos 6: Vaksin VS Jangkitan Secara Semulajadi
Mitos 7: Vaksin VS Susu Ibu
Mitos 8: Vaksin dan Merkuri
Mitos 9: Vaksinasi, Aluminium, dan Autism
Mitos 10: Vaksin HPV
Mitos 11: Vaksinasi dan Ekzema
Mitos 12: Vaksin dan Khinzir
Mitos 13: Vaksin dan Bahan Najis Lain di Dalamnya
Mitos 14: Hukum Penggunaan Vaksin Dari Sudut Pandang Islam
Mitos 15: Vaksin dan Logo Halal JAKIM
Mitos 16: Kenapa Vaksin Sama Dicucuk Berkali-kali
Mitos 17: Vaksin dan Perlindungannya Kepada Komuniti
Mitos 18: Vaksin Untuk Orang Dewasa

Bani Produk Sampah ~ Dr. Rusyainie Ramli

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Produk dakwa macam-macam. Efektif tak? TAK TAHU. Kesan sampingan? TAK TAHU. Jangka masa panjang macam mana? TAK TAHU.

Antara kandungan:
Dah! Jangan Asyik Kena Tipu!
Mari Belajar Nak Kenal Produk Sampah
Ada Nombor MAL? Betul?
Doktor atau Bani Produk Sampah
Iklan Tepi Jalan Jamu Batu atau Suplemen?
Produk Berkesan?
Bani Calit
Jus Rawat Kanser?
Bani Produk Sampah Pun Mengaku!
Hammer Of Thor???
Masker Vagina?
Ni Apa Kes Ni?
Kulit Putih Itu Cantik Adalah Mitos!
Suplemen? Tak Perlu!
‘Ubat Moden Ni Semua Yahudi Punya!’

Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al-Khattab ~ Wadi Annuar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
“Aku tidak pernah khuatirkan apakah doaku akan dikabulkan ataupun tidak, tetapi apa yang lebih aku khuatirkan adalah aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa.” (Saidina Umar Al-Khattab)

Antara kandungan:
BAHAGIAN 1
Kenapa Umar Dikasihi Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w?
Kenapa Umar Dikasihi Allah s.w.t.
Kisah 1: Solat di Makam Nabi Ibrahim
Kisah 2: Perintah Hijab kepada Isteri-Isteri Rasulullah s.a.w.
Kisah 3: Sariyah Naik ke Bukit

Mengapa Saidina Umar r.a. Dikasihi Nabi Muhammad s.a.w.?
Rahsia 1: Ikut Segala Perbuatan dan Tindakan Nabi Muhammad s.a.w.
Rahsia 2: Memerintah Mengikut Manhaj Rasulullah s.a.w.
Rahsia 3: Kebijaksanaan Umar r.a. Selaras Wahyu Allah s.w.t.

Kedudukan Saidina Umar r.a. di sisi Nabi Muhammad s.a.w.
Kedudukan 1: Tempat Kedua di sisi Nabi Muhammad s.a.w.
Kedudukan 2: Keluarga Kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Monday 29 April 2019

Aku Yang Kau Tinggalkan ~ Alina Haizar

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

“Ani tak sanggup kahwin dengan Zaril Ikhwan. Maafkan Ani” Nota daripada Ani sekelip mata merubah kehidupan Nia Athirah. Nia mengambil keputusan untuk menggantkan tempat Ani, mengahwini Zaril Ikhwan bukan atas dasar cinta. Pengorbanan yang Nia harus lakukan demi membantu keluarganya. 

“Zaril dah jadi bodoh” kata mama… 

Kemalangan negri telah menjadikan Zaril Ikhwan seorang yang tidak berupaya, memerangkap Zaril Ikhwan dalam dirinya sendiri. Tiada siapa yang dapat memahaminya. Zaril Ikhwan memerlukan seseorang untuk menjaganya. Cinta datang tanpa disedari. Dalam diam Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Segunung harapan agar perkahwinannya ini kekal selamanya. Demi kasih pada suaminya yang tercinta, Nia berusaha mencari jalan untuk merawatnya. 

Sentuhan kasih Nia yang mempunyai kuasa untuk memulihkan dirinya dalam apa keadaan pun. Sayanglah segala-segalanya pada Zaril Ikhwan. Demi Sayang, dia mahu pulih, ingin menjadi lelaki sempurna untuk Sayang. "I will love you forever…" Ucapan suaminya ketika dia meninggalkan Nia untuk ke Paris bagi mendapatkan rawatan. 

Allah Itu Dekat ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Allah Itu Dekat adalah sebuah karya motivasi yang menitipkan pesan dan nasihat tentang roda kehidupan yang sedang kita jalani.

Ia menyentuh pelbagai ujian hidup dan bagaimana cara kita mengawal keadaan, bagaimana kita berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Kerana hidup yang teruji bukan untuk menyerah tetapi untuk diperjuangkan. Seharusnya tiada istilah putus asa dalam kamus kehidupan. Apa pun yang singgah, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Buat insan yang pernah kecundang berkali-kali dalam hidup, karya ini khusus buat kalian. Moga karya sederhana ini mampu menjentik hati dan memberi motivasi hidup. Mampu memberi kekuatan dan menghidupkan semangat yang telah lama luntur. Selamat membaca buku Allah Itu Dekat. Moga ada sesuatu yang kalian perolehi di dalam karya ini.

Celik Mata Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati.

Betapa ramai manusia yang lebih serius untuk servis keretanya berbanding ‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat.

Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.

Manusia seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai soalan tanpa jawapan. Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam kembali menjadi cara hidup, bukan semata-mata cara mati.

Wajah Wanita ~ Dr. Anisah Abdul Ghani, Maznah Daud

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Wajah Wanita memfokuskan perbincangan berkenaan muka atau wajah wanita dengan membawakan pengertiannya menurut syariat Islam, memperjelas batas atau sempadan muka dan jenis-jenis bulu yang tumbuh di muka.

Penulis juga menerangkan hukum bagi perkara-perkara berikut:
· Menutup muka di hadapan lelaki bukan mahram.
· Tabarruj.
· Menggunakan kosmetik dan alat solek.
· Mencabut atau mencukur bulu di wajah.
· Bertatu dan menjarakkan gigi.
· Pembedahan kosmetik dan rawatan kecantikan.
· Mendedahkan wajah untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50
Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang sudah lanjut umurnya.

Statistik kanser yang direkodkan saban tahun menunjukkan peningkatan angka yang amat membimbangkan. Justeru, buku ini ditulis khas bagi merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser, yang mahu memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.

Antara topik utama yang difokuskan adalah:
1. Pengertian Kanser
2. Punca-punca Kanser
3. Rawatan Moden untuk Kanser
4. Rawatan Kanser Melalui Ayat Suci al-Quran
5. Amalan Hidup Sihat Tanpa Kanser

Parents, Welcome To My World ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50
Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
Selami perasaan mereka.
Dengar luahan mereka.

Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum 'takhta' itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

Walau senaif-naif soalan anak bertanya, "Mama, are you okay?" Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

Teguran Dari Langit ~ Deanna Chee

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Aku yang dahulu bukanlah aku yang sekarang. Tidak pernah aku terlintas untuk berhijrah daripada jahil menjadi tahu.
Daripada membenci ajaran agama, menjadi pemuja nombor satu. Tapi kini aku sudah kembali. Kembali kepada fitrah.
Namun jalannya bukan mudah. Dicaci, dihina, dipulau, dibuang, sampaikan aku jatuh terduduk di titik paling bawah.
Noktah.

Sehinggakan aku 'ditegur' sesuatu. Kerana 'teguran' itu, aku bingkas bangkit. Kerana 'teguran' itu, aku terus berlari dan
tidak berpaling lagi. Baca dan carilah 'teguran' itu. Semoga kalian ketemu.

Sunday 28 April 2019

Cinta Antara Kita ~ Syikin Zainal

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dalam mengubati luka, datang Arman menghulurkan cintamya kepada Zetty. Zetty terus terperangkap. Antara Arman dan Irfan, siapakah yang selayaknya untuk untuk mendapatkan cinta Zetty, gadis kampung yang berbau kambing itu? Dan sampai bilakah permusuhan antara Zetty dan Saleha akan berakhir?

Friday 26 April 2019

Lelaki Antagonis ~ Adnil Zaff

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sindrom Stockholm!

Sesuatu yang tidak pernah diangankan oleh Amalina. Dia telah diculik oleh seorang mafia bernama Tajul Gazi. Bukanlah wang tebusan yang dihendakkan oleh lelaki itu. Sebaliknya, Tajul mahukan anak.

Eh! Ada ke wanita yang mahu melahirkan anak kepada penjahat seperti Tajul?

Amalina pada mulanya takut akan lelaki itu. Riak wajahnya bengis dan lelaki itu memang kaku. Tetapi setelah beberapa minggu ditawan Tajul, Amalina sendiri yang sudi dinikahi lelaki itu. Keputusannya menimbulkan rasa tidak senang kepada ibunya. Namun tiada siapa dapat menolak kehendak lelaki seperti Tajul.

“Saya nak culik anak pak cik jadi hak saya. Saya nak dia kenal saya. Saya nak kahwin dengan anak pak cik. Dan saya nak Amalina lahirkan anak saya. Pak cik setuju ke tidak? Cakap terus terang.” -Tajul

Darling Delia ~ Cici Aida

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Aku…Darling Delia. Nama vogue sangatkan. Kategori aku, hanya gadis biasa-biasa, tapi tetap ada gaya. Pakej manis, itu semulajadi. Ada juga yang ingin meraih perhatian. Tetapi sayang, aku cuma mengejar seorang saja.

Bukan sebab dia terlalu kacak, tapi kaku macam kayu bila berdepan dengan perempuan. Senang cerita tersangatlah pemalu. Kalah seperti anak dara kena pinang. Jujur…dialah lelaki itu, Emir Anaqi.

“Lepas ni saya akan panggil awak Darling sebab itu memang nama awak.” EMIR
“Bukan sebab saya kekasih awak?” DARLING

Jujur dan berani berterus-terang. Itu dua perbezaan antara aku dengan dia.
Siapa sangka, bila hati sudah ada yang menjadi pilihan, muncul pula‘Si Kumbang’ membuat pengakuan.

“Kenalkan ini Darling, bakal tunang saya yang akan datang.” ANAS

Foto Cinta ~ Azimah Lily

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Budak sial ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak nak tengok muka dia.” - Tan Sri Isa

Jasmin terkejut apabila Tan Sri Isa mahu dia pulang ke Malaysia selepas hampir 20 tahun. Dia selesa dan gembira dengan kehidupannya di Auckland. Kewujudan Tan Sri Isa telah lama padam dalam memorinya.

“Maybe datuk kau nak baik semula dengan kau”- Nana
“Tak ada maknanya, Nana! Aku kenal dia. Sekali dah benci, sampai mati dia benci.” -Jasmin

Kerana satu insiden, Jasmin pulang ke Malaysia. Bermula dari saat itu, Jasmin tidak dapat lari dari datuknya lagi. Setuju atau tak, Jasmin akan ambil alih tempat Tan Sri Isa di DB Group.

“I makin suka kat you. Tak payah date la, kita kahwin terus. Setuju tak?” – Ikwan

Bukan Salah Pilihan ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Meera selalu ingat masa kita kecik-kecik dulu, Abang Khalif. Kita main sama-sama, makan sama-sama. Tidurpun sama-sama. Memang best masa tu, kan?"-ZAMEERA
"Sekarang mana boleh tidur sama-sama. Lain pulak jadinya karang."- KHALIF ANDRE

Mengenali gadis bernama Zameera, buat hidupnya yang kelam, menjadi ceria. Sebagai anak isteri kedua Datuk Hisham, dia tidak punya hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang papa. Itu yang Khuzairi sering katakan kepadanya.

"Apakah persamaan Abang Khalif dengan Terminator?" - ZAMEERA
"Kejam? Macho?" - KHALIF
"Salah!"
"Habis tu?"
"Tak pernah senyum!"

Zameera yang sengal sering ada untuk dia melupakan kemelut yang membelenggu dirinya yang sering dipinggirkan dan tarafnya juga dipertikaikan. Dikeraskan hati bila Zameera mula berkias tentang perasaannya. Bagi Khalif, Zameera itu dah macam adik untuk dia jaga. Bila Zameera pergi melanjutkan pelajaran, hidupnya terasa sunyi. Muncul Emalin, co-worker yang satu pejabat dengannya, cuba nak serahkan hatinya.

Harun Ar Rasyid: Khalifah Terbaik Abbasiyah ~ Abdul Latip Talib

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

Harun bin al-Mahdi Muhammad bin al-Manshur Abu Jaafar Abdullah in Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib. Nama ibunya Jurasyiyah bint Atha atau digelar Khaizuran. Harun Ar Rasyid lahir pada tahun 148 H di Kota Ray. Menjadi khalifah ketika berumur 25 tahun. 

Para sahabat Khalifah Harun ar Rasyid bercerita, setiap hari baginda sembahyang sunat 100 rakaat. Bersedekah atau menderma 1000 dirham setiap hari. Apabila pergi menunaikan haji, baginda membawa bersamanya 100 alim ulama bersama anak-anak mereka. Jika tidak sempat mengerjakan haji maka baginda menghajikan 300 orang. (Al Khatib al Baghdadi dalam bukunya Tarikh Baghdad Bab al-Ha-u).

Suratan Buat Iblis ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM26.90 > RM23.70

Iblis adalah jeneral atau panglima besar dari semua kejahatan dan perilaku buruk yang dilakukan manusia. Ia sudah hadir di dunia ini sejak zaman Nabi Adam lagi dan akan tetap hidup sampai hari kiamat. Iblis memiliki dendam turun temurun terhadap anak cucu Adam.

Membongkar Misteri Tamadun Dunia Yang Hilang ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.00

Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman. Ada diantaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang artifak tinggalan malah dilupakan begitu sahaja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian pakar-pakar arkeologi.

Antara tamadun yang sudah hilang ditelaan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam, tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi yang suatu ketika dulu pernah menceritakan kegemilangan dunia.

Ensiklopedia Sejarah Turki ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Buku Ensiklopedia Sejarah Turki ini terdiri daripada tiga jilid. Jilid pertama bermula dengan sejarah Turki Zaman Klasik sekitar abad ke-6M di wilayah Turkistan, Asia Tengah. Dua buah kerajaan Turki yang penting ketika itu ialah Kerajaan Qarakhan dan Seljuq.

Dari asia Tengah bangsa Turki berhijrah ke Asia Barat dan menguasai Kerajaan Abbasiyah (750-1258) di Baghdad pada Zaman Pertengahan melalui peranan kaum Mamalik Turki dan Turki Seljuq, di samping tertubuh kerajaan-kerajaan kecil tempatan pimpinan golongan Atabeg.

Firaun: Tenggelam Dalam Laut Merah ~ Abdul Latip Talib

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.00
Al Quran menceritakan bahawa Firaun dan bala tenteranya mati tenggelam dalam laut merah; “Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.” (al Baqarah, ayat 50)

Kemudian Allah pelihara jasad Firaun sebagai bukti kebenaran Al Quran sebagai peringatan dan iktibar kepada manusia;

“Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”

Saturday 20 April 2019

Tercipta Satu Ikatan ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi, dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna sebab dia anggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar dirinya kerana cinta. Dinginnya Daniyal tak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu. 

“Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap?” - Leanna 
“I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?” - Daniyal 
“Gentleman you, sikit sangat.” - Leanna 

Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima buat hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul. 

“Kenapa you kahwin dengan I, Dan?” – Leanna 
“Because I love you, Ann.” – Daniyal 

Dandelion Ditiup Angin ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sembilan tahun berlalu. Dini yang dulunya naif, yang dianggap seperti dandelion yang rapuh oleh Harraz Rifqi, kini sudah bergelar Doktor Nurin Ardini. Kembalinya Dini ke bumi Malaysia bukan untuk merubah sejarah yang terlakar. Tapi pertemuan semula dengan Rifqi, mengingatkan dia pada sejarah lama. Sejarah luka yang amat menyakitkan. 

“Awak fitnah saya sampai saya terpaksa bernikah dengan awak. Kemudian, awak perkosa saya.” - Dini 
“Perkosa? Awak sudah menjadi isteri saya waktu tu.” - Rifqi. 
“Saya tidak rela diperlakukan begitu. Perkosa istilahnya walaupun halal.” - Dini 
“Awak nak saya buat apa lagi supaya awak boleh maafkan saya?”- Rifqi 

Walau luka yang telah dia jahit dengan benag-benang bahagia sudah terkoyak kembali, Dini akur untuk kembali sebumbung dengan lelaki itu demi umi. Demi wanita yang telah menganggap dia sebagai anak sendiri. 

Kerana Dia Aina Isabelle ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Hidup seorang Aina Isabelle tiba-tiba berubah bila Zafran mengambil keputusan untuk menetap di kampung atas alasan menjaga ibunya yang disahkan menghidap kanser. 

“Awak boleh buat sendiri, kan?” - Aina 
"Awak nak saya call ibu, beritahu yang awak tak nak tolong saya?" Zafran. 

Zafran sentiasa gunakan alasan ibu Zaharah untuk membuatkan Aina mengalah. Ibu Zaharah itu, wanita mulia yang sangat Aina hormati. 

“Zaf nak kahwin dengan Aina sebab ibu. Zaf nak ibu bahagia.” – Zafran. 
“Jangan lukakan Aina, Zaf. Kahwinlah dengan Sarah, dia yang Zaf cinta. Ibu tetap akan bahagia.” - Zaharah 

Kerana desakan si anak, Zaharah mengalah. Aina pula, terima kerana dia tak pernah diajar membantah. Walau dia tahu dia bukan pilihan pertama tapi, tetap juga dia berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan. 

Sayang Cik Isteri ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ahmad Han Ahmad Bin Ahmad Ibrahim. Kali pertama bertemu lelaki itu, Hanis sudah pelik. Dengan pakaian serba hitam dan merenung dia lama. 

“Ni muka saya, bukan peta dunia. Encik tak payah tengok lama-lama pun dah boleh hafal.” – Hanis 
“Ahmad Han tu nama saya, bakal suami awak. Tolong hafal tu.” – Han. 

Penuh misteri. Tapi lelaki inilah yang menyelamatkan Hanis dari menjadi mangsa dendam mama sendiri. 

“Kenapa kau tak mati je dulu?” – Mama. 
“Saya akan lindung awak, Hanis. Dari segala-galanya. Termasuk mama awak.” – Han. 

Kerana satu malam, Hanis diangkat menjadi isteri Han. Mereka bernikah bukan atas dasar cinta. Dan bukan juga dipaksa. Tapi, mereka tetap bahagia. 

Love Mak Cik Bawang ~ Rina Farizq

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Cantik tetapi sombong, itulah Bunga. Hot dan sentiasa menjadi topik membawang, itulah Mika a.k.a Tom Hardy gelaran Yaya. Tinggal berjiran tetapi suka bertelagah, itulah mereka. 

“Macam mana bra kau tu ada pada dia?” - Yaya 
“Mana dapat ni? Curi ke?” - Bunga 
“Curi? Benda dah terpakai macam tu? Seriuslah! Nasihat aku, masa sidai benda tu, kau sepitlah elok-elok supaya tak jatuh kat ampaian orang!” - Mika 

Insiden yang memalukan itu buat Bunga jadi bengang dengan Mika. Dan Mika sentiasa menjadi topik membawang Bunga. Tapi bagi Yaya pula, dia yakin hanya Mika yang mampu menundukkan Bunga. Lalu, dia merancang. Cadangan Yaya untuk Mika memperisterikan Bunga memang nampak mengarut. Tapi yang karut itu bertukar menjadi sebaliknya tatkala Mika nampak pengorbanan Bunga. Dia mula jatuh cinta. 

Redha Dengan Tuhan ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Naskhah istimewa ini buat yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian mendatang, di samping untuk mereka yang masih dalam perjalanan menuju redha Tuhan. Ikuti juga beberapa kisah inspirasi yang membawa hidup menuju redha Allah dan lebih yakin dengan pertolongan-Nya.

Hope ~ PU Faris, Weeda Airiza

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Dalam dunia ini, masing-masing ada kisah hidup tersendiri. Baik gembira atau berduka. Ada masa diuji sampaikan terasa mahu putus asa! Semua itu ALLAH punya kerja. Hati kita, DIA yang jaga. Tugas kita, jadilah hamba yang taat kepada Pencipta.

Semua cerita yang dikongsi adalah cetusan kisah benar insan yang diberi peluang untuk melakukan hijrah hati. Biarpun cerita kita berbeza, tetapi pengharapan tetap sama iaitu bersandar hanya pada-NYA.

Al-Quran Al-Karim Per Jilid ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM199.00 > RM179.00

SPESIFIKASI:
• 5 Jilid Kulit Keras, 6 Juzuk 1 Jilid (Hard cover)
• Setiap jilid Kertas khusus Al-Quran
• Ukuran: 21.3 cm x 30.3 cm (saiz A4)
• Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu
• Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
• Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
• Doa Khatam al-Quran

KEISTIMEWAAN:
• Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.
• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan.
• Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah.
• Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid.
• Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran)
• Perbahasan Tafsir Jalalain
• Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema)
• Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari
• 7 Klasifikasi Tema Al-Quran.

Ummul Mukminin Khadijah ~ Abdul Mun'im Muhammad

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Naskhah yang menceritakan tentang riwayat hidup Khadijah binti Khuwailid. Di sebalik kelembutan wanita Quraisy ini, beliau merupakan ahli perniagaan yang amat dikenali dan memiliki harta kekayaan yang banyak. Wanita pertama yang beriman kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA ini banyak membantu dari segi menginfakkan hartanya dan memperteguhkan tekad baginda me¬laksanakan risalah dakwah. Malah beliau pernah menerima salam daripada ALLAH SWT dan malaikat Jibril. Betapa mulianya keperibadian Ummul Mukminin yang paling disayangi oleh baginda ini sehingga ALLAH SWT menjanjikan sebuah istana di Syurga! Subhanallah...

Relaks & Senyum ~ Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Pengurusan stres ini penting untuk dipelajari kerana untuk mendapat rasa tenang itu bukannya mudah disebabkan masalah yang menimpa kita, datangnya hampir setiap hari dan dalam cara dan ‘berat’ yang berbeza pula. Maka antara tipnya adalah kita perlu bermuhasabah untuk setiap yang telah dan akan kita lakukan, muhasabah atas perangai sendiri serta memberi dorongan positif kepada diri sendiri supaya kita lebih tenang dan relaks dalam hidup.

Buah tangan pertama Datuk Prof. Dr. Muhaya bersama Karya Bestari ini sangat istimewa kerana ia dihadirkan dengan layout yang menarik dan berwarna, serta penyampaian yang santai. Sesuai untuk bacaan remaja dan dewasa.

Friday 19 April 2019

Takkan Terganti ~ Areej Airin

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Hana, kenalkan ini Syaz. Bodyguard merangkap pemandu Hana dan Syaz, ini Hana."

Dek ancaman Dato' Zaki, Hana terpaksa menerima kehadiran pengawal peribadi merangkap pemandu demi menjaga keselamatannya. Kecurigaan memenuhi ruang hati Hana tatkala mengetahui kemunculan Syaz bersebab. Dia cuba merungkaikan rahsia itu.

"Kenapa you selamatkan I, Syaz? Kenapa you tak biarkan dia orang ambil I je? Kenapa nak risikokan nyawa you?"
"Saya dah cakap tugas saya menjaga keselamatan Cik Hana. Saya cuma jalankan tugas saya."
"Sampai sanggup gadaikan nyawa you sendiri?"
"Ya. Kalau perlu."

Malang tidak berbau, mereka berdua terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sedar saja daripada koma, Hana disahkan amnesia. Separuh daripada ingatannya hilang. Bermula dari situ, kehidupan Hana mula berubah.

Cinta Yang Tertangguh ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

"Perempuan bertudung sama saja. Hipokrit." - Adrish
"Pelik dan gila. Salah pula orang pakai tudung. Tudung itu untuk menutup aurat." - Hanania

Cik Pembantu Jelita ~ Hanny Esandra

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Patahnya hati Aamily bila dapat tahu Shawn curang dengan Tania, freshie yang ada agenda tersembunyi. Bila bertengkar sampai kena tindakan tatatertib, Aamily terpaksa masuk kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

Di situlah permulaan sesi suai kenal antara Aamily dan Juan. Laser macam mana pun mulut si Juan, lelaki itu juga yang jadi hero. Dia boleh muncul bila-bila masa yang Aamily perlukan.

"Ucapan you are my hero dengan I love walaupun kau tak habiskan 'you' tu, aku terima." - Juan.

Bila sudah tahu siapa Tania, Shawn mula nak kembali pada Aamily. Memang Juan taklah nak kasi peluang lagi.

"Juan, terima kasih sudi jadi pelangi yang hadir selepas hujan." - Aamily.

Kadang-kadang cinta tak perlu diungkap, tapi boleh dirasa. Begitulah kisah Juan dan Aamily.

Adamu Ada Cinta ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Aniq Satria. Playboy, kaki kelab, tak nak kahwin. Klise, kan? Habis tu, apa yang tak klise?

"Oi, saudari!"

Itulah gelaran yang diberikan oleh Satria saat pertama kali berjumpa dengan Riz Khairiyah. Bila ada pertemuan kedua untuk mereka, Satria ulangi perkara yang sama. Ingat Riz Khairiyah nak duduk diam ke?

"Saudara."
"Apa?"
"Bahasa saudara tu kasi cantik sikit. Saudara cakap apa tadi? Picit jerawat?"

Dia orang berdua ni bukan main bersaudara bersaudari bagai. Rupa-rupanya, Riz Khairiyah tu PA bonda Satria, Datuk Afia. Bila Datuk Afia sudah berkenan, status PA berubah jadi menantu. Yang peliknya, Satria angguk setuju. Tapi, ada satu syarat yang Satria kenakan bila mereka tinggal sebumbung.

Sorok ~ Zura Anwar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

"Aku tak tahulah, Nia. Aku rasa pelik tau semenjak aku pindah kat apartmen ni. Barang-barang yang aku letak... Aku rasa macam ada orang alihkan."

"Ada orang alih? Maksud kau? Kau dah kunci pintu apartmen kau semua kan?"

Lana tahu dia diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang telah hilang 20 tahun yang lalu.

"She... She was just right there! And I think I saw... Reannie."
"Reannie? Tapi dia dah mati Lana."
"Sumpah aku nampak dia tadi!"

Lana tersepit antara khayalan atau realiti. Namun yang pasti, dia dan lima orang sahabatnya kini terperangkap dalam satu permainan yang telah dirancang.
"Someone's in this house..."

Aku Yang Bersalah ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Apa?”

Kahwin esok? Tak cukup dengan menetapkan perkahwinan mereka tiga minggu lagi, sekarang Izz Athif beritahu nak kahwin esok pula? Gila ke apa dia ni?! marah Elina dalam hati.
“Awak tahu tak kita sekarang ni boleh dikatakan kahwin koboi? Banyak benda kena buat. Kursus kahwin lagi. Awak boleh cakap nak kahwin esok?” bebel Elina.
Izz Athif senyum lagi.
“Senyum? Awak boleh senyum aje? Awak tahu tak yang...”
“Awak dah macam seorang isteri. Membebel aje dari tadi,” bisik Izz Athif di telinga Elina.

Hatiku Memilihmu ~ Phidot

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“I am so sorry.”

Risa tergamam sebaik saja melihat pemilik suara yang meminta maaf kepadanya itu. Dia mahu menjauhkan diri daripada lelaki itu, namun dalam keadaan berhimpit begitu memang susahlah.
Ah, sudah. Jangan tengok dia, Risa.
“Hai, saya Naufal. Awak?”
Tengok tu. Dia dah mula bertanya. Isy!
Risa cuba mengawal air mukanya yang nampak resah. Dia langsung tidak menoleh. Namun, dia dapat rasakan pandangan mata Naufal yang tidak lepas memandangnya.
Aduhai, feri oh feri. Cepat-cepatlah sampai dekat Nami Island tu. Mahu saja dia meminta kapten feri menambah kelajuan feri supaya cepat sampai. Bolehlah dia larikan diri daripada lelaki penyibuk ini.
Isy, menyampah. Asyik terjumpa dia saja. Bukannya tak setampan pelakon Korea yang diminatinya, namun entah mengapa hatinya berasa menyampah dengan Naufal.
“Susahnya nak tahu nama awak ni.”
Bibir Risa terus mencebik mendengarkan keluhan Naufal. Dia buat-buat tidak dengar.

DIA Tinggalkan Tanda ~ Roza Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Dia Tinggalkan Tanda ditulis berdasarkan kepada perjalanan pebagai kisah hidup penulis sendiri. Ia disampaikan dengan hati dan perasaan untuk mengaitkan dengan tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

Secara hakikatnya, ia adalah juga kisah kita semua. Maksudnya, pelbagai kisah yang dipaparkan akhirnya mengajar kita supaya melatih diri bersabar, redha dan bersyukur apabila diuji.

Mrs. Papa ~ Ezatul Marini Ghazali Ruqayyah Muhd Rozilawati Mohamed Hayati Abu Hassan

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Wanita sering digambarkan sebagai makhluk Allah yang rumit untuk difahami, teliti dan beremosi. Justeru, bukan satu perkara mudah untuk makhluk ciptaan Allah yang indah ini mahu bergelut menjalankan dua peranan serentak.

Sebagai tulang belakang dalam rumah tangga. Sebagai wanita bekerjaya yang menyumbang tenaga untuk masyarakat.

MRS PAPA. Merekalah yang cuba berjuang untuk menjadi isteri dan ibu sejati. Mereka jugalah serikandi yang turut gigih memerah keringat mencari rezeki.

Ini adalah naskhah yang buat saya tersenyum dan berbangga dengan kehebatan jiwa para wanita di luar sana yang diwakilkan menerusi tinta para penulisnya.Mereka benar. Sebagai wanita berkerjaya, kalut dan ribut itu biasa. Tapi mereka terus melangkah demi tanggungjawab untuk membantu meringankan beban ekonomi keluarga dan menyumbang tenaga buat masyarakat sedaya upaya mereka.

Abang Bomba Sayang Kamu! ~ Zulkifli Che Noh, Zairoslina Ismail

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat.

Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan. Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat oleh mangsa. Begitu juga penggunaan siren yang khusus, dapat memberi isyarat kepada mangsa bahawa mereka sedang diselamatkan.

Forensik Kewangan ~ Zaidi Ismail

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.

Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.

Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.

Didik Anak Cemerlang ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang.

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.
Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.


Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan.
Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Thursday 18 April 2019

Lelaki Terakhir Untukku ~ Cik Fara Haniey

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tia Zahara… kegagalan perkahwinannya membuatkan dia membawa diri. 5 tahun berlalu dan dia selesa dengan kehidupan baharunya. Namun segalanya musnah apabila muncul seorang lelaki yang telah membuatkan hidupnya huru-hara.

Erfan Rayyan… dia muncul dengan status duda kematian isteri. Kacak dan penuh pesona. Tapi sayang, kedinginan yang ditonjolkannya menyebabkan dirinya kesepian. Namun segalanya berubah setelah dia dipertemukan dengan Tia. Terdesak untuk kepentingan diri, gadis itu dilamar.
“Macam mana dengan lamaran I? Dah fikir?” – Erfan
Tia terkejut. Mahu sahaja dia tolak. Tapi dek satu alasan, akhirnya mengikat dia menjadi isteri Erfan.
“… mama takkan tinggalkan Fateh, kan?” – Fateh
Fateh Iqram… itu alasan Tia dan Erfan terjebak dalam ikatan perkahwinan. Erfan itu duda dan Tia pula janda, bolehkah mereka beriringan apabila masing-masing sudah punya pengalaman dalam rumah tangga?

Kerana Aku Memilihmu ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hubungan Johan dan Ayana bergolak saat orang ketiga hadir dalam rumah tangga mereka. Ayana tidak rela hidup bermadu. Namun Johan, tetap dengan pendiriannya untuk berpoligami.

“Fakta mengatakan bahawa orang lelaki mula gatal bila umur dah masuk 40 tahun.” – Zayn.
“Tapi Johan belum 40 tahun dah gatal nak kahwin lagi!” – Ayana.
Hanya Zayn teman yang dia ada. Pada Zayn dia mengadu cerita, sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Johan.
“Abang tak nak sayang jumpa Zayn lagi!” – Johan.
“Kalau pun Aya keluar dengan Zayn, kami jumpa sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. Bukan macam abang dengan Marsha. Sibuk berkasih sayang!” – Ayana.
Marsha kian mendesak, mahu Johan segera menikahinya. Dia rela menjadi isteri kedua. Asalkan dapat sehidup semati bersama lelaki yang dicintai.

Janda Itu Milik Aku ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Tak payahlah buat muka malu-malu kucing, aku tak teringin pun nak dekat dengan kau. Geli!” – Muslim
“Setelah akad terlafaz atas saya, maka suka atau tidak, saya sudah menjadi hak Encik Muslim” – Mariam

Diangkat menjadi isteri dalam usia tersangat muda bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mariam. Lagi-lagi menjadi isteri kepada seorang Muslim. Kesabarannya sering diuji. Namun untuk berpaling bukanlah Mariam. Dalam diasak kebencian oleh suami sendiri, dia teguh berdiri sebagai seorang isteri kerana sudah menjadi tanggungjawab dia berada di sisi suami.
Saat pengorbanannya mula membuahkan hasil, rumah tangga mereka diuji. Kerana sebuah fitnah, mengubah semuanya. Dirinya dipersalahkan dan status ‘janda’ menjadi galang ganti. Kecewa dengan takdir, dia membawa diri jauh daripada yang mengenalinya.
7 tahun berlalu, Mariam ditemukan dengan Dzulfahmi, lelaki yang merupakan sahabat sekampung sejak kecil. Apakah takdir ini kejam? Dipertemukan dengan lelaki itu dia tidak kisah, tetapi tanpa mereka sedar ia bakal merubah kehidupan mereka.

Tuesday 16 April 2019

Tales of Mothers: The Greatest Love ~ Iman Publications

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tales of Mothers: The Greatest Love is a compilation of 8 real-life stories of the ups and downs of motherhood. Rest assured that these eight mothers' journeys of love, hope and fear will inspire other mothers and will give new insight to curious readers.

REVIEWS:
"This book gives strenght and inspiration to all mothers. Each story has been sensitively written, giving rise to intense and mixed emotions. I laughed, cried and smiled while reading this book. It's a real spirit booster! I now look at all mothers with greater respect and awe, regardless of their limitations and the decisions they make, which sometimes may not be fully understood. This book is a must-have for all." - Adlil Rajiah, parenting blogger

"This is a masterpiece of celebration of motherhood. Gorgeous, poignant tales of courage dan achievement. There is love, heartache, pain and joy in these stories, as women celebrate their role as mothers. These are no ordinary women. They are courageous and tough women, who have survived the ups and downs of life as mothers." - Qaisra Shahraz, author of The Holy Woman