Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 26 June 2019

Janji Anabella ~ Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Risa dipandang aneh oleh pelajar-pelajar lain termasuklah rakan sekelasnya sejak berpindah ke sekolah berasrama penuh, Jasmine School. Di sekolah ini dia mahu memulakan kehidupan baru selepas doktor mengesahkan trauma yang dialami akibat tragedi hitam enam bulan lalu semakin stabil.

Sejak berada di sekolah ini, Risa sering didatangi seorang gadis Inggeris di dalam mimpi-mimpinya. Dia merasakan sesuatu telah berlaku dan pihak sekolah seperti merahsiakan hal itu daripada pengetahuan orang luar. Artikel lama yang ada di bilik pengetua berkaitan kes kematian yang pernah berlaku di sekolah ini mula merungkai sesuatu. Sah! Jasmine School punya misteri tersendiri.

Apa kaitan kematian yang pernah berlaku di sekolah ini dengan gadis Inggeris yang selalu muncul dalam mimpi Risa? Apa hubungan sebenar gadis Inggeris itu dengan makhluk persis jerangkung yang sering muncul di dalam biliknya? Siapakah antara mereka yang bukan manusia sebenar? Atau... adakah kejadian selama ini hanya halusinasi yang terhasil akibat trauma yang dialami Risa?

Monday 17 June 2019

The Matchmaker ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Bangga memegang gelaran ‘The Matchmaker”, ramai pasangan yang sudah berjaya disatukan oleh Aria, seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Melihat teman-temannya bahagia, cukup membuatkan dirinya rasa puas dan gembira. Namun akhir-akhir ini, Aria dikejutkan dengan satu demi satu kisah perpisahan daripada kalangan teman-teman yang pernah dipadankannya.

“Aku dah serik… Aku rasa nak pencen jelah daripada jadi matchmaker lagi lepas ni…” – Aria
Sebagai tukar ganti ingin mendapatkan persetujuan Julia untuk berkenalan dengan temannya Fitri suatu ketika dahulu, Aria sanggup berjanji untuk membantu abang Julia, Ray, jika suatu hari nanti khidmatnya diperlukan oleh lelaki itu. Sangka Aria, janji itu tidak akan sekali-kali dituntut oleh Julia, mahupun abangnya, memandangkan lelaki itu tidak tinggal di bumi Malaysia.
Namun…
“Ree… 2 hari lepas abang aku balik Malaysia. Kau masih ingat, kan?” – Julia

Bibik Milenium Balik Dubai ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

“Macam mana nak buat bie setuju…” – Suhaila Aileen
“Sayang kan bijak. Mesti ada cara nak buat bie setuju tanpa banyak soal.” – Khalis Aiman
“Bie… jangan cakap tak nak. Nanti sayang…” – Suhaila Aileen
“Tak payah nak ugut nak gigit jari. Dah basi.” – Khalis Aiman
“Kalau sayang…” – Suhaila Aileen
“Sayang ugut nak pakai bikini atau nak jadi naked bibik? Lagi bie suka… sangat dialu-alukan. Sekarang pun boleh.” – Khalis Aiman

Setelah sekian lama, Suhaila kembali menjejakkan kaki ke Dubai. Kali ini dia ditemani Khalis, peminat nombor satu Menara Ophelia, merangkap encik suami. Bulan madu yang indah menjadi titik hitam dalam hubungan mereka.

Tawaran kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City membuatkan Suhaila dalam persimpangan. Keluarga atau kerjaya? Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya. Keizinan Khalis ditagih untuk dia mengejar impian kerjayanya.

Khalis dihantui peristiwa silam. Mengizinkan Suhaila pergi bermakna dia akan kehilangan isterinya.

Ajaibnya Sedekah ~ Muhammad Muhyidin

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

Salah satu ajaran agama kita adalah sedekah. Selama ini, kita sering memandang sedekah sebagai sesuatu yang biasa. Siapa yang mahu bersedekah, silakan. Siapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, sekiranya kita menyelami dan mendalaminya dengan bersungguh- sungguh, hakikat sedekah mampu membuka dan mencerahkan hati dan fikiran kita. 

Sedekah mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.

Bencana 2020 ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al Mahdi? Bibit-bibit kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa Tentera Dajjal seramai 70,000 itu telah bersiap siaga menanti penzahirannya?

Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal. Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman sudah dinyalakan.

Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih jauh, atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari. Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak menjalar di seluruh penjuru dunia.

Bersediakan kita dengan semboyan akhir zaman yang pantas berputar mengakhiri plot taqdir yang telah ditentukan Tuhan? Kita di sebelah pihak mana? Al Mahdi atau Dajjal? Kalimah apakah yang sentiasa membekas di hati dan jiwamu nanti?

Allahuakbar atau ...? Bencana 20:20 sebuah nota yang menjulang kembali kesedaran bahawa kita sudah berada di pinggir zaman yang bakal berakhir. Ya, bakal berakhir. Dimana dan Bagaimana persiapan aku, kamu dan dia?

The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang.

Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan wujud tentera-tentera hebat yang jitu sambil melaungkan Allahuakbar. Battalion tentera Tauhid akan muncul dari segenap penjuru timur.

Segala perencanaan ribuan tahun akan dilumpuhkan dengan bantuan kuasa dari Langit. Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan mengetuai kembara merentas timur dan barat mengejar susuk Dajjal sehingga dia dibunuh. Panji ketauhidan bakal merubah lanskap dunia.

Mengintai Aku di Neraka ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM37.50 > RM33.00
MENGINTAI AKU DI NERAKA, novel thriller TERBARU dari Hadi Fayyadh penulis novel best seller Semusim di Barzakh. Sebuah inspirasi picisan kisah benar sejak beberapa bulan lalu sebelum penulis berangkat ke Mekah, beliau dipertemukan dengan seseorang yang mahu dikenali sebagai aleeya. Kisah Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?


Aleeya mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?”

Hukum Bermazhab & Persoalan-Persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab ~ Dr. Maszlee Malik

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Isu bermazhab menjadi perdebatan hangat di Malaysia yang mengundang persepsi yang pelbagai daripada masyarakat.

Melalui buku ini, penulis akan mengupas persoalan tersebut dengan melihat terlebih dahulu konsep bermazhab itu sendiri, hukum dan cara bermazhab dengan harapan dapat membetulkan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang persoalan bermazhab.

Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama lebih berkisar tentang pendefinisian bermazhab untuk memberikan landskap yang jelas kepada para pembaca mengenai konsep bermazhab dan sejarah bagaimana timbulnya amalan bermazhab.

Bahagian kedua pula memberikan penumpuan kepada konsep serta kaedah pengamalan bermazhab dan bahagian-bahagiannya menurut pembahagian ulama usul al-fiqh.

Tuhan Beri Aku Masa ~ Mohd Akhirudin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Karya yang membimbing kita untuk kembali hijrah ‘mencari’ diri yang hilang. Ada kisah tentang manisnya dunia yang menipu. Ada cerita tentang akhirat yang hampir dilupakan. Malah, ada peristiwa tentang usia yang disia-siakan di sepanjang waktu yang diberi. Sungguh, karya ini amat mempengaruhi sebuah jiwa yang ingin kembali.