Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 November 2019

#TEARS Bidadari Yang Dirindu ~ Qisnur Harraz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Benarlah hidayah itu milik Ilahi. Hidayah yang diperolehi Diana membuatkan dia serta-merta meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh dengan dosa. Dek penghijrahannya itu, Ejaz terbuka hati untuk menyunting Diana menjadi bidadari dalam hidupnya.

“I nak ambil you jadi isteri I.” – Ejaz

Diana tidak menyangka Ejaz sanggup melamarnya sedangkan Ejaz tahu siapa dirinya sebelum dia berhijrah. Terasa dirinya masih dihargai membuatkan Diana rasa terlalu bahagia. Usai bertunang, perhubungan mereka mula diuji apabila kisah silam Diana dipersoalkan.

“Kamu tak malu ke ada isteri yang dah rosak nama macam tu? Semua orang keji dia. Kamu sanggup terima?” – Puan Salmah

Walau mendapat tentangan daripada uminya, Ejaz tetap meneruskan pernikahannya. Tidak betah untuk dia meninggalkan Diana hanya kerana kisah silamnya. Ejaz yakin Diana sudah berubah sepenuhnya.

Bagaikan Langit Syurga ~ Akira Dorayaki

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hari ini aku melihat langit. Aku melihat langit sperti aku tidak dapat melihatnya lagi esok. Sama juga seperti kamu. Aku mahu melihat kamu seperti langit yang sentiasa tenang dilindungi awan. - ZAHIRI 

''Terima kasih, Abang Ri. Sebab sudi terima Fanna walaupun Fanna tak sesempurna mana.'' - FANNA AUDREY. 

Mengenali Zahiri memberikan harapan baru buat Fanna untuk meneruskan hidup. Belajar melupakan kenangan pahit bersama papa. 12 tahun dulu, lelaki pengecut itu telah melarikan diri dari rumah dan membawa adik bersama. Tinggalkan Fanna terkontang-kanting menjaga mama yang lumpuh. 

''Mungkin dia lupa. Langit tak selalunya cerah.'' - IMRAN ITISYAM.

Ujian datang membadai. Tanpa diduga, papa muncul kembali mendambakan kemaafan. Namun, semuanya tak sama seperti dulu. Adik yang dikasihi sudah menginjak remaja dan semakin memberontak. Paling mengejutkan, papa ada anak tiri bernama Imran Itisyam. Lelaki itu terlalu sinis dan punya ego stinggi langit! 

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini menerangkan amalan-amalan yang dilakukan selepas seseorang itu meninggal dan dikebumikan seperti adab dengan jenazah.

Turut disertakan perbincangan hukum-hakam seperti membaca al-Quran dan mentalkinkan mayat di kubur, juga hukum berkenaan wanita di tanah perkuburan. Setiap perbincangan dibawakan dengan dalil dan pendapat ulama.

40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.

Cikgu Multipurpose ~ Amla Mat Rawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!

Anak Gajet ~ Najmi Nawawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.

Friday 22 November 2019

Biar Hanya Aku ~ Phidot

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

“Wh… wh… who are you…?”- Zahra 
“What do you want?”- Noh 

Kali pertama bertentang mata tajam Noh, Zahra sudah dapat menjangka kehidupannya bakal berubah 360 darjah. Mukanya tampan sampai tahap boleh terlanggar tiang lampu, tetapi sekali dia buka mulut, Zahra makan hati berhari-hari dengan setiap kata-kata berbisanya. 

 “I bagi you masa 20 minit untuk belikan I americano.” - Noh 
“Kalau I balik ke sini sebelum 20 minit tamat, what will I get from you?” - Zahra 

Noh, kalau boleh memang tidak dapat melihat Zahra berasa senang walaupun sekejap. Tak cukup mengarah itu ini, ke blind date Noh Zahra dibawa bersama, walhal Zahra sudah terang-terang tidak mahu. Namun apakan daya, Zahra cumalah PA lelaki sedingin Noh. Disebabkan Zahra, Noh menjadi seorang yang banyak bercakap ketika. Zahra pula, tanpa menyedari, mulai jatuh cinta dengan Noh. Namun, demi satu rahsia besar, dia terpaksa melupakan perasaannya sendiri. Dia lebih rela mengundur diri daripada kecewa di kemudian hari. 

Purnama ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan. 

''Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati...'' - Purnama Nilam. 

''Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan.'' - Afifah. 

Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji. 

''Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu...''

Tidak Kulepaskan ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Dek hendak sangat mendapat tugasan yang lain daripada lain, Shou si penyiasat persendirian, menerima kerja untuk mendekati Juli Lorelei Mediha. Baru hendak memikat si cantik itu, Juli kemalangan, langsung amnesia. Dalam ingatan baru Juli yang palsu itu, Shou adalah kekasihnya yang satu. Hendak dinafikan, Tok Ayah Ali pula mendesak Shou supaya terus berlakon menjadi kekasih Juli. Dalam terpaksa, Shou rela.

''Berikan setia you kepada i seorang.''
Tujuh hari berada di sisi si cantik kacukan Melayu dan Jerman itu membuatkan hidup seorang Shou menjadi huru-hara. Campur pula dengan adanya Shireen, si sepupu yang menjadi calon pilihan nombor satu emak untuk dijadikan menantu. Ada pula musuh yang mengintai dan menanti mereka tersalah langkah. Lagi haru apabila ada hantu. Tetapi, yang paling Shou bimbangkan ialah hatinya sendiri. Takut ada cinta buat Juli si penggoda. Cinta yang akan berakhir andai amnesia Juli pulih.

Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini memaparkan kisah-kisah beberapa makhluk akhir zaman yang disifatkan sebagai makhluk misteri. Bermula daripada para wali Allah, diikuti dengan Nabi Khidir AS bersama Nabi Musa AS dan Raja Zulkarnain yang dikaitkan dengan perkara pelik atau ajaib. Iaitu ‘Air Kehidupan’. Buku ini juga membongkar sipakah tokoh-tokoh Ashab Al-Rayati Al-Sud, Ikhwan, Rugaqa’, Wali Abdal.

Pemuda Bani Tamim dan lain-lain, Mereka akan bergabung dengan Al-Mahdi dan Nabi Isa berperang dan membunuh Dajjal. Selain pejuang Islam, Terdapat juga penentang Islam yang muncul pada akhir zaman kelak, iaitu Al-Sufiyani yang bersifat ganas dan berjuang bagi menyediakan sistem Dajjal. Ketika itu terjadinya pertembungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim menentang Al-Sufiyani dan Dajjal. Ia berakhir dengan turunnya Nabi Isa AS dari langit membunuh Dajjal. Nabi Isa AS menggantikan Al-Mahdi sebagai khalifah, setelah kewafatan beliau. Dunia ketika itu aman dan makmur. Kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj. Segala kisah berkaitan makhluk ini dikupas secara mendalam dalam buku ini.

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 3 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid 3 ini menumpukan perhatian kepada zaman moden Turki, ia bermula dengan ancaman penjajahan Barat yang memperkenalkan sistem secular di wilayah Mesih dan seterusnya di Turki sendiri. Pada peringkat awalnya, proses pembaratan berlaku melalui program Nizam-I Jedid oleh Sultan Selim 111, dan diikuti oleh program Tanzimat pada zaman Sultan Abdul Mejid. Sedangkan di kalangan tokoh-tokoh politik, proses pembaratan dijalankan oleh gerakan Uthmani Muda dan gerakan Turki Muda.

Selepas perkembangan awal ini barulah muncul proses sekularisasi sepenuhnya oleh proksi Barat, Mustafa Kemal Ataturk, sehingga menghancur-luluhkan seluruh warisan Islam Turki sebelumnya. Bagaimanapun, legasi agung dari tradisi Turki Uthmaniyah masih hidup melalui gerakan ulama sufi dari semasa ke semasa, yang mencapai kemuncaknya di tangan Badiuzzaman Said Nursi serta Syeikh Mustafa Sabri. Dan yang lebih penting dari itu ialah melalui gerakan politik Islam yang dipelopori oleh Adnan Menderes.

Membongkar Sejarah Islam Di Asia Tengah ~ Shamsul Bahriel

(SEM & SS) RM35.90 > RM32.30

Buku ini menceritakan sejarah yang berlaku di wilayah Asia Tengah yang disebut-sebut oleh sesetengah sejarawan sebagai Terra Incognita (wilayah yang tidak dikenali) atau Terra Pericolosa (wilayah yang berbahaya). Sejarahnya bermula dari penguasaan bangsa Parsi/Aria sehinggalah terbentuknya nasionalisme hasil penjajahan Kesatuan Soviet pada abad ke-20.

Buku ini menceritakan juga abagaiamana bangsa Parsi, Turki, Arab, Cina, Mongol, Yunani, Rusia mahupun Rom berhubung serta berasimilasi di antara satu sama lain di Asia Tengah. Apa yang penting juga, bagaimana Islam sampai dan diterima oleh penduduk di Asia Tengah yang majoritinya berbangsa Turki.

Lara Cinta Laila Majnun ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00
Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami merupakan penulis sufi terkemuka pada abad pertengahan kerana dua roman cinta yang menyayat hati, iaitu Laila dan Majnun serta Syirin dan KHusrau. Kisah sedih Laila dan Majnun, di mana Majnun yang bermakna ‘tergila-gila akan cinta’. Kerana cintanya yang tidak sampai pada Laila, akhirnya membuatnya jadi gila.

Kisah cinta ini dibaca selama berabad, tatusan tahun jauh sebelum “Romeo and Juliet” karangan Wiliam Shakespeare sehingga kisah Laila dan Majnun terkenal sebagai kisah cinta Persia. Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami adalah seorang Syeikh Sufi, dan yang dimaksudkan dengan ‘kekasih’ dalam berbagai kisahnya sesungguhnya adalah perwujudan Allah SWT.

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Lebih sedekad Ryujin dihantar pulang ke Malaysia sebagai ‘senjata rahsia’ bagi Ryuken. Tetapi tidak sekali pun dia diaktifkan.

Sedekad berlalu dan suasana Malaysia telah berubah ke arah yang lebih baik. Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, dan kini pembebas Masjid Al-Aqsa, juara bukan sahaja untuk ummat Islam tetapi juga insan sejagat, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

Ketika inilah, Ryujin diaktifkan semula.
Malangnya, bersama Malaysia, Ryujin telah berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Perubahannya tidak diterima baik oleh Ryuken, yang kemudian menghantar Syaitan Bertujuh untuk menamatkan nyawanya.
Ryujin bangkit menentang!

Ikuti novel terkini dalam Siri Alam HERO yang pastinya penuh debaran, konflik dan bersulam mesej tarbawi yang mendalam!

Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Di dalam dunia pembunuh upahan, dia digelar 'Izrail Dunia Gelap' kerana telah membunuh lebih 900 orang.

Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kariernya itu. Pertemuan dengan Amirah secara kebetulan, membuatkan dirinya tambah nekad untuk berubah.

Langkah pertama? Melamar Amirah ketika itu juga!

Adakah Faisal akan berjaya keluar daripada dunia gelapnya?

Dapatkan sambungan Novel Pemburu ini yang pastinya disulami pelbagai pengajaran, aksi hebat dan konflik yang mencabar!

Pemburu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Malaysia di ambang peristiwa besar. Pembebasan Masjidil Aqsa, kini bukan lagi mimpi, bahkan tidak lama lagi menjadi realiti. Malaysia menerajui misi agung tersebut dengan kepimpinan kini yang sangat jujur, dedikasi dan amanah dalam melakukan tanggungjawab.

Kejahatan tidak meredhai akan hal ini. Satu organisasi rahsia mula melancarkan serangan demi serangan dari dalam untuk memporak-perandakan Malaysia, meruntuhkan kredibitilitinya dengan peristiwa demi peristiwa buruk.

Bakri dan bapanya Mustafa, punya sejarah hitam yang organisasi rahsia ini. Orang yang mereka cintai telah diragut daripada kehidupan mereka. Mengetahui organisasi tersebut mula memberikan fokus kepada Malaysia, mereka menuju ke sana.

Di Malaysia, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, berlangsung!

Hero ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
HERO, adiwira misteri, penjaga Kotaraya Angsana, juga merupakan identiti kedua bagi Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih mesra digelar Afam.

Afam didedahkan dengan projek HERO semenjak kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan ngeri, yang hakikatnya merupakan rantaian konspirasi daripada Syaitan Bertopeng, organisasi misteri di dalam dunia gelap Malaysia.

Walau punya konflik dan tidak mengikuti jejak langkah bapanya sebagai insan patuh syariat, Afam cuba membela kematian mereka berdua. Namun selepas dua tahun, usahanya masih tidak mendatangkan hasil. Kehadirannya membuatkan Syaitan Bertopeng leboh berhati-hati!

Kini konflik Afam bertambah. Untuk menyelamatkan haknya mewarisi harta tinggalan Dato' Amir Muiz, Afam perlu menikahi seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna, amat kontradik dengan sikap dan cara hidupnya.

Pada masa yang sama, watak misteri muncul di Kotaraya Angsana, memberikan ancaman besar terhadap aktivitinya sebagai Hero. Sementara Syaitan Bertopeng terus bermaharajalela mengawal Kerajaan Malaysia yang korup dan semakin hampir menyempurnakan misi mereka!
Mampukah Afam menghadapi semua ini?

Sunday 17 November 2019

Detik Waktu Itu ~ Yaya Abdul Rahman

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Setelah berusaha mencari gerangan yang diamanahkan oleh adik tersayang sehingga ke bumi London, akhirnya Faiqah Asiah bertemu dengan Amar Asyraf yang jaraknya hanya sejengkal. Dek pertemuan itu, dalam kegusaran dan rendah hati serta tanpa berfikir sedalam-dalamnya, Faiqah menyerahkan sesuatu kepada Amar supaya lelaki itu mengetahui tujuan sebenar pencariannya selama ini.

Pertama kali Amar Asyraf memandang Faiqah Asiah, mengembalikan harapan dan hasratnya yang terkubur lama dek pertemuan di red telephone box suatu ketika dulu. Namun, setelah mengetahui hajat yang dikirimkan, Amar meneruskan juga, namun dengan niat dan harapan yang baharu.
“Faiqah Asiah Binti Affendi, sudikah awak menjadi suri hati Amar Asyraf Zulkarnain sehingga ke jannah Allah?” – Amar Asyraf
Amar Asyraf akhirnya melamar jua Faiqah. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan menyimbah di tengah hari.
“Iqa nak ikut abang!” – Faiqah
“Tak boleh, sayang! Bahaya. Serbuk letupan pun masih bersisa di sana.” – Amar Asyraf
“Kalau macam tu, abang janganlah pergi. Bahaya!” – Faiqah
“Selepas keadaan pulih dan segalanya selesai, abang akan sentiasa berada di sisi isteri abang ni.” – Amar Asyraf

Dia... Suami Tak Dirancang ~ Hana (HE)

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Dinzly Fariqal… Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi, tahu tak tugas Dinzly tu berat? Paling buat Dinzly geram, tekad Darwisya telah mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan. Disebabkan dia seorang anak yang taat, terpaksalah dia terima Darwisya sebagai isterinya. Terpaksa jadi ‘pak sanggup’ untuk wanita yang dibuntingkan oleh kawan serumahnya, Aiman Najdi. Lelaki mana yang senang nak terima, kan? Janjinya, hak Aiman ini akan dikembalikan apabila temannya itu muncul semula.

“Why did you do it? And what were you thinking when you did such things to me? What have I done to you, lady?” – Dinzly
“Jawapan macam mana yang awak nak dengar supaya saya tak tambahkan sakit di hati awak lagi, Dinzly?” – Darwisya
“Minta cerai dengan aku. Hanya itu jawapan yang mampu hilangkan sakit hati aku. Boleh kau buat tu untuk aku?” – Dinzly

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM105.00 > RM94.50

Membaca al-Quran dengan betul atau bertajwid adalah wajib hukumnya. Oleh itu, seseorang yang ingin memaca al-Quran, dia mestilah mempelajari tajwid al-Quran. Pembelajaran tajwid al-Quran merangkumi bidang dari makhraj dan sifat huruf, hukum-hukum tajwid sehingga mengetahui wakaf dan ibtida’.

Dalam al-Quran ini yang diberi nama Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf Dan Ibtida’ Beserta Hukum Tajwid mengandungi dua elemen penting dalam bacaan al-Quran iaitu:

1. Panduan hukum tajwid yang diwarnakan pada teks al-Quran terdiri daripada lima hukum iaitu:
a. Merah: Dengung
b. Biru: Bacaan tebal ketika wasal,
c. Hijau: Panjang 4 atau 5 harakat,
d. Coklat: Qalqalah,
e. Oren: Panjang 6 harakat.

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Per Juzuk Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM75.00 > RM67.50

KEISTIMEWAAN.
• Mempunyai lima juzuk dalam satu jilid.
• Di terjemahkan dalam bahasa Melayu moden.
• Disertakan dengan subtopik bagi membezakan setiap penceritaan.
• Dinyatakan Asbabun Nuzul bagi ayat-ayat pilihan.
• Huraian hadis-hadis sahih yang berkaitan.
• Diselitkan nota kaki bagi penerangan lebih terperinci.
• Panduan wakaf dan ibtida dengan menggunakan 3 warna pilihan.


Tafsir Mini Surah Al-Qadr ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80
• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Qadr dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.


Manhaj Rasm Uthmani: Evolusi Penulisan Al-Quran: Fakta dan Sejarah ~ Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Abd. Ghani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Di samping itu, salah satu cabang ilmu al-Quran yang harus diberikan perhatian, iaitu berkaitan dengan penulisan al-Quran itu sendiri. Sebahagian besar daripada kita sedia maklum bahawa penulisan al-Quran yang digunakan secara rasmi di negara ini ialah Rasm Uthmani.

Namun begitu, tidak ramai yang benar-benar mengetahui sejarahnya. Oleh itu, menjadi satu nilai tambah jika ilmu tentang sejarah penulisan al-Quran ini dapat dipelajari dan diketahui oleh masyarakat Muslim umumnya.


Nurul Furqan: Tafsir al-Jalalain Juzuk 'Amma (Terjemahan dan Huraian) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM50.00 > RM45.00
Ilmu tafsir Al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain, yang dikarang oleh dua iaitu Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahuta’ala.


Friday 8 November 2019

Tiket Syurga Seorang Isteri ~ Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

“Saya dan suami sama-sama bekerja. Namun, kerja rumah saya yang buat daripada memasak, membasuh, menyediakan makan pakai dan mengurus anak-anak. Suami adalah tolong sikit-sikit ambil syarat. Kalau anak-anak memang semua melekat pada saya. Saya yang suapkan makan, tukar lampin, mandikan si kecil dan menyusu sepenuhnya. Ayahnya hanya tahu bermain saja dengan anak. Saya dah macam hamba dalam rumah. Akhirnya saya jadi penat dan letih … .”

Ini salah satu kisah yang dikongsikan dalam buku ini. Ia masalah yang sering berlaku dalam rumah tangga seharian yang jika tidak ditangani lebih awal boleh membawa keretakan dalam rumah tangga.

Dengan pengalaman ‘sebenar’ kehidupan yang penulis lalui, juga garapan pengalaman orang sekeliling yang tidak didedahkan identitinya ditambah pula buah-buah nasihat serta panduan ilmu fiqh, komunikasi, serta skil kehidupan, semua kisah di dalam buku ini digarap dengan kemas dan penuh informasi tetapi santai untuk sajian mata dan minda pembaca.

Ragam Suami Isteri ~ Pelbagai Penulis

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Menghimpunkan 115 buah anekdot daripada 23 orang penulis berkaitan jenaka dan humor dalam dunia rumah tangga.

Sebelum Kita Bernikah ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

"Bila nak kahwin?"

"Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba mas untuk dia bernikah.

Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapan diri?
Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon?

---

Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, disaat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga.

Buku ini sesuai untuk mereka yang:
1. Berniat untuk bernikah.
2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan.
3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.

Ajari Aku Tinggalkan Maksiat ~ Shukery Azizan, Aiman Afeef

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Meninggalkan maksiat tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ianya di tahap ketagihan. Ya, amat susah nak tinggalkan!

Di sudut hati orang yang bermaksiat, dia hakikatnya nak berubah. Dia menangis berkali-kali, bertaubat, namun taubatnya itu tidak mampu menghilangkan ketagihannya. Dosa itu menghantuinya. Jatuh bangun, jatuh dan bangun, taubat dan taubat, tangisan demi tangisan. Seolah TIADA JALAN KELUAR untuk meninggalkan sisi gelapnya itu.

AJARI AKU TINGGALKAN MAKSIAT, kami hadiahkan untuk semua orang termasuk diri kami, kerana tiada dalam kalangan kita yang maksum.

Buku ini mengupas secara teori dan praktikal, rohani dan psikologi, tentang cara mahu meninggalkan pelbagai jenis maksiat, antaranya ketagihan video lucah, couple, zina, Lesbian, Gay, LGBT, isu-isu ibadah, aqidah dan sebagainya.

Siapa mahu hidup dalam keadaan terseksa dalam maksiat? Semua orang tak nak. Kan?

Kupertahankan Cinta ~ Amyliey Haizani

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Senafas rindu, seindah kasih untukmu,kulakarkan menjadi sebuah cinta. Atiey Dalila menaruh hati kepada Zamil Ariff, teman sepermainannya. Belum sempat dia meluahkan perasaan, lelaki itu sudah mempunyai kekasih. 

Pertemuan Atiey Dalila dengan Arjuna Syah di restoran tempat dia bekerja membuatkan hidupnya tidak tenang. Sikap majikannya, Zana Lara juga membuatkan jiwanya tertekan. Atiey Dalila cuba melupakan Zamil Ariff, namun sikap cemburu Fiza membuatkan Atiey Dalila dihina dan dituduh sebagai perampas. 

Lamaran Arjuna Syah membuatkan Atiey Dalila tekad untuk menerima. Walaupun tiada perasaan cinta, Atiey Dalila yakin, pasti ada bahagia di akhirnya. Namun, siapa sangka perkahwinan mereka dilanda badai. Rupa-rupanya hubungan Zana Lara dan Arjuna Syah lebih daripada sepupu. 

“Atiey memang hipokrit! Atiey lupa Mil kerana lelaki tu! Atiey boleh lupa semua dalam sekelip mata, kan?” - Zamil Ariff 
“Ya, memang Atiey cintakan lelaki tu! Atiey benci Mil sepenuh hati Atiey! Atiey tak nak tengok muka Mil lagi. Mil jangan kacau Atiey!” - Atiey Dalila 
“Abang tak tahu nak percaya kat siapa. Atiey atau Zana? Apa yang abang tahu, abang tak suka ditipu.” - Arjuna Syah

Thursday 7 November 2019

Tercagarnya Akadku ~ Fauziah Ashari

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.

-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-

Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.

-Toleh belakang.-

Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”

Wednesday 6 November 2019

Kerana Hati Telah Berjanji ~ Rissa Ahdiya

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Nama awak Manis?”

Ya. Namanya cuma Manis. Tapi bagi dia, tak ada yang manis pun dalam hidupnya. Ada emak dan abah pun, macam tak ada. Dia dianggap anak kelas kedua, jauh sekali nak jadi harapan keluarga. Bagi mereka, anak lelakilah yang boleh diharap dan sebab itulah di rumahnya, kaum lelaki dilayan macam raja. Dia? Dayang merangkap orang gaji buat sang raja yang berkuasa. Sejak kecil dia dimomokkan dengan kata-kata yang buat dia rasa rendah diri dan sehodoh-hodoh manusia dalam dunia.

Remy. Lelaki yang tulang rusuk kirinya dicuri Manis. Bagi Remy, ini cinta pandang pertama. Tapi bagi Manis, ini peluang untuk dia keluar dari rumah itu. Remy berikan warna dalam hati yang selama ini tak dicorak apa-apa.

Dalam melayari rumah tangga, pasti ada dugaannya. Kerana sayang, Manis terpaksa juga melepaskan lelaki yang dia cinta. Meninggalkan Remy bukan perkara mudah. Tapi demi mencari bahagia, Manis terpaksa juga melepaskan lelaki yang separuh nyawa mencintainya.

Aku Ada Kamu ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.10

“Awak inikan... Memang bebal, ya... Tak faham saya tak suka... Ikutkan hati, memang cincin awak bagi tu saya nak campak dalam lubang jamban... Rupanya perangai awak pun macam papan jamban buruk!” – Sofi Aidura

“Tak apalah... Saya tak kesah Dura nak marah-marah. Saya faham Dura sebenarnya terkejut. Biasalah... Silap saya tak beritahu awal.” - Farhan

Bengang betul Sofi Aidura. Sudah beribu kali dia katakan, antara dia dan Farhan hanya kawan. Tak lebih daripada itu. Lagipun Farhan tu cuma salah seorang daripada stok kekasih gelapnya. Tempat dia menghilangkan bosan bila Si Hisham sibuk.

Hilang isu peminangan Farhan, muncul pula risikan daripada si kapten. Ya ampun! Tepuk dahi mak ayah Sofi Aidura. Barangkali Sofi Aidura buat tawaran istimewa kepada sesiapa yang meminangnya pada bulan itu. Sekali lagi dia menolak.

Ibadah Sehari Hilang Dosa Setahun ~ Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Bila Hari kemerdekaan Malaysia ? 
31 Ogos 

Bila Hari April Fool ? 
1 April 

Bila Hari Guru ? 
16 Mei 

Memang mudah untuk kita menjawab soalan- soalan tersebut. Tetapi cuba kita tanya pula "Bila maulidur Rasul ?", "Bila nisfu Syaaban?"ataupun "Bila Nuzul Al-Quran?" Nescaya tidak semudah itu kita boleh menjawabnya. Penekanan terhadap kalendar masihi dan pengaruh budaya barat dalam kehidupan seharian kita kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kepentingan tarikah-tarikh penting atau hari-hari kebesaran dalam sejarah Islam. .

Itulah yang ingin ditonjolkan dalam buku ini. Kesemua 12 bulan dalam kalendar Islam dihuraikan satu persatu dari segi sejarahnya, kelebihannya dan juga amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan tersebut agar kita sebaga umat Islam lebih mendekatkan diri kepada cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Install Pahala Uninstall Dosa ~ Najmi Farisham

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tiba- tiba mata aku tertumpu pada satu susuk badan seorang tua yang agak bongkok. Dia berjalan perlahan dengan bantuan sebatang tongkat. Jubah yang dipakainya kemas dan janggutnya agak panjang namun tersikat rapi. Mataku masih lagi mengekori dia. Aku berasa sedikt kagum apabila melihat dia. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar universiti dari arah belakang dan mencuit bahu mereka. Aku ingatkan dia nak mintak pelajar tadi beralih ke tepi sikit bagi memberi sedikit ruang untuk solat, rupanya........
(Baca Selanjutnya m/s 31) 
 
"Nak syai (teh)?" tanya budak kecil itu.
"syai merah ke hijau?" sengaja aku tanya, mencari modal nak bersembang.
"Merah, ada pudina sekali," jawabnya bersungguh. Seakan tahu yang aku sukakan pudina.
"Bagilah satu," ujarku lantas tersenyum.......
(Baca Selanjutnya m/s 55)

Dah baca? mudahnya nak mencipta pahala ?
Segalanya kun faya kun, mengapa perlu berdalih ?

Segalanya Tentang Cinta ~ Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Prof. Madya Dr. Aminudin Basir, Prof. Madya Dr. Fazilah Idris

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Manusia mampu bahagia dengan cinta. Begitu juga sebaliknya;
manusia juga menderita disebabkan cinta. Sama ada dalam konteks individu, keluarga, dan masyarakat sehinggalah dalam konteks cinta manusia kepada Allah s.w.t. Kupasan konsep dan amalan cinta daripada pelbagai perspektif dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada setiap individu pada hari ini bagi menangani masalah perpecahan dalam keluarga, keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda, serta ketandusan kasih sayang dan cinta dalam pelbagai konteks.

Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam ~ Muhammad Alexander

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469 - 366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercayai berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama: Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
Kedua: Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

Tuesday 5 November 2019

Mocha Girl ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kerana kopi, dua hati dan kehidupan yang berbeza menjadi satu!
Nur Qasy Imani atau Q… pencinta kopi yang sanggup menjadi barista di Luth’s Café. Menjadi barista itu mudah baginya, namun ia menjadi payah apabila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Ada ketika, nun jauh di sudut hatinya berdetik rasa.

Luth Haqiem… bersama detik waktu berlalu, cintanya berputik. Untuk mengakui, dia resah sendiri. Lalu dia mendekat dalam caranya sendiri. Untuk berada dekat dengan Q, dia sanggup mendera gadis itu.
“Masuk bilik aku! Lambat… tunggulah denda kau nanti.” – Luth
“Masuk bilik aku! Dia ingat aku ni bini dia ke? Nak masuk bilik bagai. Ya Allah, bagilah aku kesabaran yang tinggi.” – Q
Q keliru dengan perasaannya sendiri, Luth juga menolak perasaan yang wujud antara mereka. Namun tragedi yang menimpa Luth mengubah segalanya. Bak kata peribahasa; ‘ikan di laut dalam kuali bertemu jua’. Sesungguhnya pemilik hati itu Allah. Jika sudah ditakdirkan dua hati yang berbeza itu bersatu, cukup saja dengan ‘kun fayakun’.

My Zaujah Humairah ~ Rafina Abdullah

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Pendirian Humairah sangat jelas apabila meletakkan garis sempadan agar tidak didekati lelaki kerana takut dengan hukum Allah. Langsung dia tidak memberi kelonggaran pada dirinya untuk menyambut perkenalan daripada sebarang lelaki sehinggalah Darren Tan, pemuda berwajah kacukan muncul dalam hidupnya dalam satu suasana kecoh di premis perniagaan lelaki itu.

"Orang sakit tak boleh sombong. Nanti tak ada orang nak tolong. Jaga ubat sedut awak baik-baik. Jangan cuai lagi.
YANG TOLONG KUTIP UBAT AWAK ATAS LANTAI SIMEN," -
Darren Tan.

Bait-bait ayat yang disusun si tukang tulis buat Humairah rasa tersindir. Namun, Humairah tidak ambil peduli. Nak dikatakan dia sombong, angkuh atau ego? Dia tidak kisah.
“Saya tak hutang apa-apa dengan awak, Encik Darren. Saya pukul kepala awak sebab memang tu yang perlu awak dapat. Siapa suruh awak berani pegang adik saya? Awak bukan mahram kita orang. Awak lelaki yang tak halal untuk sentuh dia!” – Humairah
“Kalau awak tak nak terima, saya akan saman awak atas tuduhan memukul.”
“Saman jelah. Saya tak takut.” – Darren

Veenea ~ Aifa Batrisya

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Kepulangan Veenea lebih awal sengaja dirahsiakan daripada bonda kerana misinya. Kasih yang lama terputus dengan ibu kandungnya mahu disambung kembali. Selangkah dia masuk ke teratak bonda kelak, belum tentu lagi dia dapat peluang yang sama.

Anas Hafiy Hamazaki… Sikapnya persis arwah ayahnya dari segi tutur kata, gerak badan dan lenggok bahasa. Cumanya versi lain. Versi orang Jepun! Bertahun Veenea menuntut ilmu di negara matahari terbit itu, tidak ada pula yang berkenan di hati. Sudahnya, sekembali ke Malaysia, KLIA menjadi tempat mereka bertemu dan mula menganyam kasih.
Haryk Mateen… Sikapnya bajet-bajet cool dan emotionless. Dalam sikap jengkel, dia punya keprihatinan tahap A yang kadangkala merimaskan Veenea. Yang si adiknya Hairyl Maleek pula tidak sudah-sudah mengaku ibu Vee itu ibunya. Mamanya yang terkenal seantero antarabangsa itu tidak pula dihairankan.
Veenea tersepit sendiri. Misi hendak bermanja dengan ibunys menjadi sukar dengan kehadiran dua beradik itu. Hubungan dengan Anas pun jadi tidak menentu apabila Eril tak sudah-sudah dengan kempen – ‘abang kita suka perempuan garang macam akak!’
Namun, apabila bonda bagi syarat untuk dia punya peluang terus bertemu dengan ibunya, Veenea kira Anas adalah kuncinya.

Kabus Cinta ~ Azieana

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Pertama kali Imran melihat wajah gadis itu, ada suatu rasa yang muncul dalam hatinya membuatkan dia benar-benar ingin mengenali gadis itu.

“Jeff, siapa nama staf baru kau tadi?” – Imran
“Wow! Kenapa tiba-tiba tanya pasal staf baru aku pula ni? Berminat ke?” – Jeffri
“Kau ni, tanya nama staf pun tak boleh? Kedekut! Macamlah aku nak pikat dia!” – Imran
Hubungan Suraya dengan Tengku Zafri sudah lama terjalin, malah sudah banyak kali lelaki itu melamar Suraya. Namun sering kali luahan hati lelaki itu dibiarkan sepi oleh Suraya tanpa memberi alasan yang kukuh. Tengku Zafri makin buntu apabila dia sentiasa digesa oleh orang tuanya menerima gadis lain.
“Kalaulah saya mampu terima cinta Tengku Zafri, saya dah lama terima dia dan kami mungkin dah kahwin, tapi saya memang tak mampu untuk terima dia walaupun saya sayangkan dia.” – Suraya