Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 22 December 2020

Promosi Akhir Tahun 2020


 JUALAN AKHIR TAHUN DAH SAMPAI GAIS...📢📢

PROMOSI BERMULA 22/12/20 - 26/12/20.
SEMUA BUKU BARU & LAMA DIBERIKAN DISKAUN 12%.

🎈 BELIAN MELEBIHI RM50 AKAN DAPAT PENANDA BUKU PERCUMA
🎈 BELIAN MELEBIHI RM100 AKAN DAPAT 1 BUKU PERCUMA
🎈 KALENDER 2021 TURUT DIHADIAHKAN

Untuk belian: 
Emel kami di belidiskaun@gmail.com atau
Whatsapp di www.wasap.my/60136786571
atau DM IG @books_belidiskaun atau FB booksbelidiskaun



Noah Tan ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Noah membaling botol kosong ke dinding. Berderai kaca jatuh ke lantai. Janet yang sedang memasak meluru ke bilik adiknya. Apa pula kali ni?

Janet menolak pintu. Mata menangkap deraian kaca di atas lantai. Dia memerhatikan pula sekeliling bilik. Macam tongkang pecah.

Ini bukan Noah yang dia kenal.

“Aku dah banyak bersabar dengan kau. Jangan sampai aku hantar kau ke pusat pemulihan.”

Janet menegur dengan suara keras dalam bahasa mandarin bersulam bahasa Inggeris. Sakit hati betul dengan adiknya yang seorang ini. Menyusahkan.

Janet keluar.

Noah menarik nafas lega. Tapi sekejap sahaja amannya. Janet datang semula bersama penyapu dan penyodok.

Tetaplah Jadi Milikku ~ Azieana

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

"Atas tu bilik I. Dan bilik sana tu adalah bilik you," ujar Adam sebaik sahaja Arissa masuk ke dalam kondo mewah milik lelaki itu.

Arissa memandang bilik yang Adam maksudkan. Bilik itu terletak berdekatan ruangan dapur.

"Okey." Itu yang dibalas Arissa.

Sengaja dia mempamerkan riak tenang. Sengaja nak menduga perasaan Adam.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" provok Arissa.
"You tak kisah kalau kita tak tidur sebilik?" duga Adam.
"Tak. Memang tak kisah pun. I lagi suka. Sebab I tak perlu nak melayan you. Lagipun, you yang paksa I tinggal kat sini, bukan I yang nak. Kan?"

Arissa pamer senyum.

Rahang Adam bergerak-gerak. Sebenarnya dia rasa tercabar dengan jawapan itu. Dia jadi sakit hati bila

Selalu Ada Untukmu ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Ziyara yang tidak pernah mencintai lelaki, terjatuh cinta dengan majikannya sendiri. Lelaki yang punya aura, walaupun sudah berusia. Selama ini dia tidak terfikir akan terlibat dalam cinta skandal seperti ini.

Namun, dirinya dikhianati lelaki itu. Disebabkan insiden yang tidak pernah Ziyara terfikirkan itu, dia terpaksa tinggal dengan lelaki yang nampak macam bencikan dia sebagai perempuan iaitu Hanz.

“Dengan aku, masih boleh berkompromi. Dengan orang lain, aku tak jamin. Entah-entah sekarang kau sudah diratah orang.” - Hanz. Mujurlah Hanz bukanlah lelaki yang boleh mengapa-apakan dia.

Tapi, kenapa Hanz menyimpannya sedangkan Hanz sendiri tidak sukakan dia? Siap ajak kahwin pula tu. Setelah lama bersama Hanz, Ziyara cuba membawa Hanz kembali ke pangkal jalan.

Tidak mahu Hanz terus tersesat. Ziyara sangka Hanz bencikan lelaki, sedangkan bukan begitu. Hanz cuma bencikan Ziyara berbaju kurung. Eh, ada pula lelaki yang alergi baju kurung ya!

“Kau nak cuba sama ada aku boleh tertarik dengan perempuan macam kau?” - Hanz “Dah banyak kali

Monday 21 December 2020

Al-Quran Al-Karim Tajwid & Terjemahan Al-Kamil (A6) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Kelebihan

  • Khat Baharu Yang Lebih Jelas Dan Menarik.
  • Waqaf (Merah) Dan Ibtida’ (Hijau) Yang Diwarnakan Latar Belakang Teks Al-Quran.
  • Tajwid 5 Warna Yang Diwarnakan Pada Teks Al-Quran.
  • Terjemahan Bahasa Melayu Terkini Bertema.
  • Kaedah Al-Mizan Untuk Mengakhiri Bacaan Dengan Lebih Sempurna.
  • Hadis Sahih Sebagai Info Sampingan.
  • Asbabun Nuzul Untuk Mengetahui Sebab Penurunan Ayat.
  • Indeks Tematik Untuk Rujukan.
  • Doa-Doa Pilihan.
  • Dua Pilihan Warna: Hijau, Pink


Mantap Mengaji Kaedah Al-Matien ~ Ustaz Dr. Hj. Mohd Zamri Mohd Zainuldin, Ustaz Hj. Mohd Wahid Abd. Hanif

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kelebihan

Kedah al-Matien ialah satu kaedah membaca al-Quran atau mengaji.
Kaedah ini di cipta dan dibentuk dalam tempoh beberapa lama.
Pengalaman dan penglibatan mereka mengajar dan membangunkan kelas pengajaran al-quran.
Kaedah ini menggabungkan kaedah lama yang dikenali sebagai kaedah Baghdadi yang telah digunakan di Nusantara buat sekian lama dengan kaedah baru seperti kaedah Iqra’,
Kaedah Qiraati dan kaedah al-Barqi.

Sinopsis
Kaedah al-Matien ialah satu kaedah membaca al-Quran atau mengaji.Kaedah ini di cipta dan dibentuk dalam tempoh beberapa lama pengalaman dan penglibatan mereka mengajar dan membangunkan kelas pengajaran al-quran. Kedah ini menggabungkan kaedah lama yang dikenali sebagai kaedah Baghdadi yang telah digunakan di Nusantara buat sekian lama dengan kaedah baru seperti kaedah Iqra’,
kaedah Qiraati dan kaedah al-Barqi.

40 Hadis Kemuliaan Kota Mekah ~ Dr. Wahyu Hidayat Abdullah

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kelebihan

Sesuai sebagai pendedahan kepada umat Islam mengenai kelebihan dan kemuliaan tempat-tempat tertentu di kota Mekah berdasarkan dalil-dalil daripada hadis Nabi SAW.
Sebagai panduan kepada jemaah haji dan umrah yang berada di tanah suci Mekah untuk melaksanakan ibadat agar tidak ternoda dengan dosa sedikit pun ketika melaksanakan ibadat ini.
Buku ini juga bermanfaat sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembimbing dan mutawif bagi ibadat haji atau umrah untuk memberi pencerahan, bimbingan, panduan atau kebajikan kepada jemaah haji atau umrah dalam menyempurnakan ibadat jemaah sehingga jemaah kembali ke tanah air.

Sinopsis
Mekah al-Mukarramah merupakan kota suci yang di pilih Allah SAW menjadi tempat berhimpunnya umat Islam sepanjang tahun untuk melakasanakan ibadat haji dan umrah. Beberapa tempat di kota suci Mekah Khususnya di dalam Masjidil Haram menjadi tumpuan kerana fadilat dan kelebihan yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Seseorang dalam hidup


Setiap orang yang kita jumpa, pasti ada sebabnya dipertemukan. Kita mungkin tidak suka dengan perangainya tapi Allah takdirkannya untuk kita bekerja sekali dengannya, Pasti Allah mahu kita belajar bersabar, belajar buat kerja dengan lebih baik atau sentiasa berfikiran positif. 

Ingat firman Allah ini:
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu & boleh  jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah 2: 216)

Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread sdn bhd. Selangor.

Relaku Pujuk ~ Sayhazs Zailie

(SEM & SS) RM35.00 > RM32.00

“Usahlah kau bersedih,

Di hadapanmu aku hadir,
Memadam resah dah curiga dari hatimu…”

ARYAN ALFIANSYAH WONG. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang setelah puas menjelajah semesta alam. Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touch down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... The most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” - SEFHIA
“Kalau aku enggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” - ARYAN WONG

Masin mulut Aryan. Atas takdir Allah, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangka-

Kusut di Hujung, Balik Ke Pangkal ~ Azwin Nalisa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sekali aku tersungkur, beribu kali aku bangkit…

"Abah doakan kamu bertemu jodoh yang lebih baik lepas ni.”
“Alamak. Laku lagi ke anak abah ni? Dah kira second hand tau.”
“Bukan second hand. Antik. Barang antik ni, lagi lama lagi mahal. Ada aje yang suka barang antik.”
“Biasanya yang suka barang antik ni, orang tua-tua, mak. Habislah Nida.”

Nida Amelia. Penderitaan lalu akan dilempar pergi jauh dari hidupnya. Dia kini insan yang lebih kuat dan kental.
Memandang wanita itu pertama kali, dengan mudah Airil mendekatinya. Dan satu hubungan yang harmoni pun terjalin. Sampaikan Airil juga terlupa yang dia baru saja dituduh lelaki songsang. Entah kenapa dengan wanita cantik itu, dengan mudah dia mendekat walaupun berserta pakej. Ya, pakej bersama anak segera. Nida janda anak dua.

“Handsome sangat ke saya ni sampai tanya sarapan pun tak ada jawapan?” - AIRIL
“Sorry. Saya termengumpat awak dalam hati. Soalan apa tadi?” - NIDA AMELIA

Airil tidak pernah putus asa dalam menunggu Nida menyerahkan hatinya. Sungguh sukar menembusi

Thursday 17 December 2020

Ibadah Dalam Tempoh PKP ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Menunaikan ibadah adalah kewajipan setiap Muslim walau di mana berada. Covid-19 yang menyerang manusia tanpa mengira usia, jantina mahupun status telah menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah sepertimana kebiasaan ia dilaksanakan.

Para ulama dan pihak berautoriti telah membuat perbincangan dan mengeluarkan garis panduan ibadah untuk umat Islam demi menjaga dan melindungi umat Islam daripada bahaya penyakit Covid-19.

Buku ini menghuraikan kaifiat dan tatacara melaksanakan ibadah yang melibatkan perkumpulan umat Islam di tempat awam, seperti:
  • Solat Zuhur menggantikan solat Jumaat 
  • Hukum solat berjemaah dengan penjarakan dalam saf 
  • Hukum memakai pelitup muka semasa solat 
  • Penggiliran jemaah hadir solat Jumaat 
  • kelas pengajian agama dalam talian 
  • Tidak bersalaman selepas solat 
  • Kematian dalam tempoh PKP

Hanya Tuhan Yang Tahu ~ Liyana Farok

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jika seseorang itu menjadikan dunia yang fana sebagai matlamat utama, meski secara zahir berada di syurga namun secara maknawi dia berada di neraka.

Dan jika seseorang menjadikan alam baqa’ sebagai tujuan, seteruk mana pun ujian yang singgah pasti dia melihat dunia sebagai dewan menunggu syurga. Melihat setiap ujian itu indah, akan terus tabah dan sentiasa bersyukur dalam kesabaran.

Berkonsepkan bait kata-kata nasihat indah berpuisi, dihiasi reka letak warna-warni, menjadikan buku ini sangat menarik dan seronok dibaca secara santai.

23 Sahabat Kesayangan Nabi ~ Ustaz Mohd Nazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Buku ini menampilkan 23 personaliti daripada kalangan SAHABAT Rasulullah SAW yang menyayangi dan mencintai Nabi melebihi cinta kepada diri mereka sendiri. Mereka sentiasa ingin berdampingan dengan Nabi di dunia dan di syurga.

Maka, kasih sayang dan cinta mereka dibuktikan dengan kesungguhan mereka beribadah dan menegakkan agma Allah.

Antara kisah hidup Sahabat yang dipaparkan dalam buku ini ialah:
· Zaid bin Tsabit
· Rabi‘ah bin Ka‘ab
· Dzul Bijadain
· Abu Al-‘Ash bin Ar-Rabi‘
· ‘Ashim bin Tsabit
· ‘Utbah bin Ghazwan
· Nu‘aim bin Mas‘ud
· Khabbab bin Al-Arat
· Ar-Rabi‘ bin Ziyad Al-Haritsi
· Abdullah bin Salam

Cinta Sentiasa Menang ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

First thing first. Utamakan yang utama. Dalam Islam, kita bahkan diajar tentang Fiqh Al-aulawiyat atau Prinsip Keutamaan. Kita diajar untuk menyusun setiap urusan kita mengikut keutamaan.

Ramai yang mengabaikan perkara ini padahal ia adalah satu seni menyusun kehidupan yang boleh melorongkan kita pada kejayaan dan kebahagiaan!

CINTA SENTIASA MENANG adalah satu naskhah yang digarap khusus untuk membawa pembaca ke arah menyedari penyusunan keutamaan ini.

Allah teratas. Kemudian Rasul-Nya. Sesudah itu, barulah penyusunan keutamaan mengikut dimensi tertentu. Misalnya, bagi seorang anak, ibunya yang utama. Bagi seorang isteri, suaminya yang utama. Ya, aras ketaatan tidak sentiasa berada di level yang sama.

Diet Bukan Mitos ~ Ruqayyah Muhd

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.

Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled chichen with blackpepper sauce and baked potatoes.

Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan tertentu.

Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.

Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu) ~ Robert T. Kiyosaki

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

BUKU KEWANGAN PERIBADI NO. 1 SEPANJANG ZAMAN

Menghapuskan mitos yang menyatakan kita perlu memiliki pendapatan tinggi untuk menjadi kaya – terutama dalam dunia di mana teknologi, robot dan ekonomi global mengubah peraturan dunia

Mengajar berkenaan mengapa memperoleh dan membina aset lebih penting bagi masa depan kita berbanding gaji yang besar – dan juga berkenaan manfaat cukai yang dinikmati oleh para pelabur dan pemilik bisnes

Mencabar kepercayaan bahawa rumah kita adalah aset – seperti yang dipelajari oleh jutaan orang melalui pengalaman pahit mereka apabila gelembung ekonomi perumahan meletus dan kegagalan pinjaman gadai janji subprima semakin marak

Mengingatkan mengapa kita tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan sekolah bagi mengajar anak-anak kita berkenaan wang – dan mengapa kemahiran hidup yang kritikal ini semakin penting pada hari ini berbanding sebelum ini.

Menerangkan hal berkenaan wang yang perlu diajar kepada anak-anak kita – supaya mereka dapat bersedia menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia hari ini dan menikmati kekayaan hidup yang selayaknya

Wednesday 16 December 2020

Khilaf Seorang Suami ~ Nia Afeerah

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula perhubungan suami dan isteri. Bahtera perkahwinan yang terbina atas dasar cinta juga tidak terlepas daripada dilanda gelora, ada pasang dan surutnya. Walaupun sudah 5 tahun Hazriq Iskandar mendirikan rumah tangga bersama Aiza Reena, mereka masih belum dikurniakan zuriat. Namun, perkara itu langsung tidak menjejaskan rasa cinta Hazriq kepada Aiza.

Campur tangan Harlina iaitu kakak Hazriq menjadi titik permulaan kepada segala-galanya. Harlina mendesak Hazriq agar berkahwin dengan Syasya; adik angkatnya untuk mendapatkan zuriat. Hazriq tertekan dan tersepit. Aiza memendam rasa.

“Abang… sampainya hati abang buat Aiza macam ni…”~ Aiza

Kemunculan semula Fayzal yang pernah menaruh perasaan kepada Aiza dan kehadiran Dr. Akmal menjadikan suasana semakin tegang.

Senaman rahsia awet muda


Nak Kurus bukan soal "Kurus" aje. Jangan jadikan perjuangan "Kurus" semata-mata nak kurangkan berat badan.

Luaskan minda, kawal kesihatan mental & sentiasa meneliti 'the bigger picture' kelebihan kenapa kita kurus & sihat.
1. Lebih Cergas
2. Berat Tidak Naik
3. Anda Gembira
4. Lebih Kuat
5. Kualiti Tidur Meningkat
6. Wujud rakan-rakan yang sama perjuangan
7. Lebih Sihat
8. 'Inch-Loss' di mana kurangnnya lemak & lebihkan otot
9. Bina Kembali Keyakinan.

Tip dari @kevinzahri dalam buku baru dia, KURUS. .
JOM SIHAT... #kurus

Friday 11 December 2020

Cerita Seram di Penjara Pudu ~ Nor Shahid Mohd Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

PENJARA PUDU mula dibina oleh Kerajaan Inggeris pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ketika itu ia dkatakan salah sebuah penjara termoden di dunia, mempunyai 600 bilik tahanan.
la dibina di kawasan Hutan Pudu seluas 10 hektar di tapak perkuburan Cina. la diambilalih oleh tentera Jepan yang memerintah Malaya dari tahun 1941-1045.

Tentera Jepun juga mengebumikan ramai tentera yang terkorban selepas menang Perang Dunia Kedua di Malaya. Ini menjadikan kawasan sekitar Penjara Pudu satu tapak perkuburan yang besar. Roh-roh yang tidak tenang daripada bangsa China,Inggeris dan Jepun sering mengacau mejelma dalam pelbagai bentuk atau imej yang mengerikan. Paling menonjol ialah di bilik gantung di mana beratus-ratus banduan menerima hukuman gantung dan roh mereka dikatakan berhantu dan
mengacau para petugas serta banduan yang masih hidup hampir setiap malam.

Penjara Pudu beroperasi selama 116 tahun sehingga dirobohkan pada tahun 2010 untuk membina pusat perniagaan, hotel dan pangsapuri, menyirnpan banyak kisah seram yang menakutkan. Kisah-kisah seram dalam buku ini adalah kisah benar, dialami sendiri oleh kakitangan dan warden. Penjara Pudu selain banduan dalam tahanan terutamanya pada lewat malam dan awal pagi. Gangguan oleh hantu-hantu ini memang menyeramkan, malah ada yang terasa mereka seolah-olah ditolak, dicekik, ditampar atau dicakar.


Penulis, selain mengumpul kisah-kisah seram yang dialami oleh kakitangan turut mengalami
pengelaman yang serupa. 

Thursday 10 December 2020

Tersalah Aturan Cinta ~ Sara Irdina

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Cantik, janda dan miskin. Itu ciri-ciri seorang Qalisa yang membuatkan dia diupah Elyana untuk melakukan satu ‘tugasan’. Atas desakan hidup dan terdesak, Qalisa terpaksa menerima. Tugasan yang dimaksudkan adalah membuat Faid jatuh cinta kepadanya walaupun dia sedar Faid adalah suami orang. 

Bagi menjayakan tugasan, Qalisa bekerja sebagai tea lady di syarikat lelaki itu. Tanpa perlu dia mendekat, Faid sendiri yang datang merapat. Tak perlu memikat tapi Faid seakan sudah terpikat. 

“Qalisa... kenapa awak jual mahal sangat dengan saya?” - Faid 
“Saya tak boleh keluar malam dengan lelaki. Lagipun encik suami orang. Apa orang kata nanti.” - Qalisa 

Ketika rancangan berjaya, dia diarahkan untuk meninggalkan lelaki tersebut. Tapi satu kejadian telah membuatkan mereka berdua terikat. Faid rela mengahwini Qalisa walaupun dia tahu Qalisa diupah oleh isterinya sendiri. 

“Aku tetap nak kahwin dengan kau. Kalau 3 bulan kau permainkan perasaan aku... tak salah kalau aku permainkan perasaan kau seumur hidup, kan?” – Faid 

Zaem Rasya ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Pada Rasya, cinta Datuk Zulkarnain kepada ibu saudaranya hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apatah lagi lelaki itu sudah pun mempunyai tiga isteri. Demi mencari bukti telahannya adalah benar, Rasya bertindak ‘masuk’ ke dalam mahligai lelaki itu sebagai pengurus rumah. Namun, bekerja di situ bukanlah sesuatu yang mudah. Tuan Zaem aka Lord Vader, anak Datuk Zulkarnain itu sentiasa mencari salahnya. Hidupnya tak pernah aman. 

“Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat.” - Tuan Zaem 

Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti. 

“Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.” - Rasya 
“Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Daniel! Zaem Daniel! Zaem Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah.” - Tuan Zaem 

Berhenti Tagih Cintaku ~ Lynn Azami

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Lama merantau, Irdine nekad untuk pulang. Tapi dia berharap, kepulangannya ke bumi Malaysia bukan untuk dilukai lagi.Namun siapa sangka, orang yang tidak ingin dia temui itu tiba-tiba muncul depan mata.

“Irdine nilah kekasih saya yang ‘hilang’ dulu. Orang yang saya tunggu selama ni.” – Danny Mirza.

Baru hari pertama di tempat kerja, Irdine sudah rasa seperti kepalanya dihentak batu oleh lelaki yang pernah buatkan jiwanya hilang suatu ketika dulu. Lelaki yang buatkan dia merantau jauh.

"Irdine, I sedia bertanggungjawab atas apa yang I lakukan pada you. So please, I'm begging you." – Danny Mirza.
“Don’t bullshit me with your lies, Danny. I tak perlukan you untuk bertanggungjawab. In fact, you don’t have to do anything at all.” Irdine Raisya.

Bagi Danny, dia langsung tak faham mengapa Irdine begitu keras hati. Betul dia pernah lukakan hati Irdine namun, tidak layakkah dia mendapat sebuah kemaafan?

“You nak sambut tangan I aje ke ataupun you nak I cempung you terus?” – Danny Mirza.
“You ni dah macam orang gila talak. I tak faham kenapa you asyik nak kacau hidup I.” – Irdine Raisya.

Mampukah Danny menagih semula cinta Irdine? Apa pula yang disimpan Irdine sehingga Danny

Terlajak Jatuh Cinta ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

“Syaratnya, saya tak nak anak. Cukup kita berdua saja.” – Izrad.

Syarat yang diletakkan Izrad untuk sebuah perkahwinan membuatkan Nalia tolak tanpa berfikir walau sesaat. Tapi, hanya kerana seorang ayah, perkahwinan yang ditolak itu terjadi jua.

“Sebagai wanita, selain menjadi isteri, saya impikan untuk menjadi seorang ibu.”- Nalia.

Pada Izrad, memilih Nalia sebagai isteri bukan sekadar demi kepentingan dirinya sendiri. Ada sesuatu yang dicari dan dia yakin Nalia mampu untuk membawa dia menemukan apa yang hilang dari hidupnya selama ini.

“Saya akan pastikan cuma bahagia yang awak rasa sepanjang awak hidup dengan saya.” – Izrad.

Seperti mana syarat diterima, sebegitulah juga janji ditunaikan. Izrad yang mulanya beku, secara perlahan bertukar rupa menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

“Terima kasih sebab belikan saya dress ni.” – Nalia.
“Abang pernah cakap sebelum ni. Abang lagi prefer amali daripada teori. Untuk ayat 'terima kasih' pun,

Jangan Sampai Hati Mati ~ Ustaz Harryanto Rizal Rokman

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Apabila bercakap soal hati, sudah pasti ia akan melibatkan rasa. Dari hati timbulnya rasa mahu melakukan sesuatu, tidak kira sama ada kebaikan ataupun keburukan. Kerana hati adalah seketul daging yang menjadi piawaian kebaikan seseorang. Semuanya bermula dari hati.

Masalah paling berat berlaku apabila hati sudah kematian rasa. Mati rasa bagi melakukan kebaikan. Ada yang mempunyai wang, tetapi mati rasa untuk bersedekah. Ada pula yang mempunyai banyak masa terluang, tetapi habis sia-sia tidak tahu bagaimana perlu dimanfaatkan masa untuk apa. Ada juga yang mempunyai ilmu, tapi disimpannya ilmu itu untuk diri sendiri. Mati rasa untuk berkongsi pengetahuan dengan insan lain supaya sama-sama beroleh manfaat.
 

Tadabbur Ibrah: Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik ~ Prof Madya Dr. Rozaimi Ramle, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun.

Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki. Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul.

Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama kitabnya.

Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.

Strong Fathers Strong Daughters (Edisi Bahasa Melayu) ~ Meg Meeker M.D.

(SEM & SS) RM33.00 > RM30.00

Dunia anak perempuan adalah lebih kecil dari dunia kita sebagai bapa, bukan hanya secara fizikal, tetapi juga secara emosi. Ia lebih rapuh dan lembut kerana wataknya diuli seperti doh roti di atas papan pemotong.

Kita tahu bahawa kita perlu menjadi seorang yang lebih menyayangi. Ataupun menjadi lebih bersabar. Ataupun menjadi lebih berani, rajin, ataupun setia. Tetapi bolehkah kita? Ia adalah sebahagian dari satu sudut perspektf. Untuk lebih mencintai anak perempuan, mungkin kelihatan rumit pada kita, tetapi ia sangat mudah untuknya.

Menjadi seorang hero bagi anak perempuan mungkin menakutkan kita, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi mudah. Melindungi dan mengajarnya tentang Tuhan, seks, dan kerendahan hati tidak memerlukan ijazah dalam bidang psikologi. Ia hanya perlu menjadi seorang ayah.

How To Talk To Anyone: 92 Little Tricks for Big Success in Relationships (Edisi Bahasa Melayu) ~ Leil Lowndes

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat malar segar, dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan. Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian.

Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

The Power of Habit (Edisi Bahasa Melayu) ~ Charles Duhigg

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan, dan bagaimana hendak berubah.

Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40 peratus tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil daripada satu keputusan sebenar, sebaliknya ia hasil daripada tabiat mereka.

 

Mendidik Peribadi Anak Dengan Akhlak Nabi ~ Muhammad Zulian Alfarizi

SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Keteladanan Rasulullah dapat dijadikan sebagai inti dan sumber pembelajaran pendidikan karakter. Ini kerana, sumber pendidikan karakter ialah berperilaku, bersikap, dan bertutur kata yang baik. Tidak hanya itu, pendidikan karakter juga membimbing murid supaya mudah bergaul tetapi tidak melanggar norma-norma yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Antara Kandungan:
Bab 1 Karakter Nabi Muhammad sebagai Peribadi Muslim
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Ketakwaan
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Kesederhanaan
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Berkasih Sayang
D. Nabi Muhammad Mengajarkan Kedermawanan

Bab 2 Karakter Nabi Muhammad sebagai Pemimpin
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin yang Kuat Pendirian
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin yang Melayani Masyarakat
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin Teladan Semua Orang

Hadith-Hadith Sains: Fakta & Bukti Ilmiah Dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w ~ Abdul Syukur Al-Azizi

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.60

Sebagaimana Al-Quran, hadith terbukti sarat dengan informasi tentang sains dan teknologi.

Fakta-fakta tentang sains dan teknologi yang ada di dalam hadith itu biasanya disebutkan secara tersirat dalam pelbagai penjelasan tentang
akidah dan keimanan. Itulah sebabnya, isi dan ajaran yang terdapat dalam hadith akan selalu selari dengan perkembangan zaman.

Dalam buku ini, terdapat lebih dari 15 hadith yang kebenaran kandungannya dibuktikan oleh
sains. Selain itu, diulas pula beberapa kisah ilmuan bukan Muslim yang memutuskan untuk memeluk Islam selepas meneliti beberapa
kandungan hadith dari kaca mata sains. Kerana itu, segeralah miliki buku ini, dan temukan bukti-bukti sains dalam hadith-hadith Nabi
Muhammad s.a.w.

 

Friday 4 December 2020

Beratnya ujian Allah

Jangan mudah putus asa.Jika penat, berhenti sebentar & kemudian mula semula.

Setiap perhentian, ada pembelajarannya.

Buku: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2018. Syarah Hadis 40 Imam Al-Nawawi & Tatmim Al-Kafi. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd. Negeri Sembilan.

Thursday 3 December 2020

Man Jadda Wajada: Satu Permulaan ~ The Hamare

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.70

Buku baru yang bertajuk Man Jadda Wajada : Satu Permulaan ini merupakan buku sulung bergenre Motivasi yang ditulis khas buat hati-hati yang jiwanya sedang remuk diuji, sedang berdarah ditoreh luka dugaan, sedang ‘down’ dek cabaran yang bertimpa-timpa memijak diri.

Buku setebal 350 mukasurat yang sarat dengan penulisan berkonsepkan dakwah, motivasi & inspirasi. Gabungan bersama 32 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk kembali bangkitkan jiwa yang sedang rapuh, sedih dan diselimuti rasa duka serta putus asa!

Terus melangkah kerana-Nya, insya-Allah! Siapa berusaha, dia pasti berjaya! Man Jadda Wajada!

Bangkit Daripada Sedih ~ Inche Lebah

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

“Cukup! Aku dah tak larat hidup lagi!”
“Kau kenapa?”
“Aku benci semua orang! Aku benci!”
“Sabar.. Cuba tenangkan diri..”
“Cu.. kup.. Aku give up.. Aku.. Dah tak larat lagi..”

Hidup ini hakikatnya sebuah pelayaran. Kita sedang berada dalam sebuah bahtera yang dihempas badai tiada sempadan.

Meraung dan menangis tidak akan menghentikan ngauman ombak laut. Bahkan ia akan terus memukul merenggang taut.

Belajarlah untuk berdiri, jangan terus hanyut dengan air mata lagi. Menyalahkan takdir bukan satu penyelesaian, tetapi suatu kerugian.

Bangkit daripada sedih!
 

Ya Tuhan, Aku Nak Move On! ~ Kamalia Kamal

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Selain 'move on', apa pilihan lain yang kita ada? The answer is NONE! Kalian tiada pilihan, kalian harus 'move on' dan harus menjadi kuat untuk diri kalian sendiri. You just have no choice! Kak Kay merayu kalian untuk baca buku ini, satu demi satu muka surat yang ada. JANGAN LANGKAU MANA-MANA BAHAGIAN yang ada dalam buku ini. "Please' sayang, kalian perlu bangkit! Kalian harus 'move on', kalian perlu bangun berlari demi mengejar impian kalian sendiri! This is your life, it's time to rewrite your own life story! Ayuh bangkit! - Kamalia Kamal

"Jihad kalian ini adalah untuk berlawan dengan diri sendiri dan bangkit kembali. Buku ini akan membawa seribu rasa keredaan dan kelegaan atas ujian daripada Ilahi lalu menginsafkan kita kembali." - Dr. Najaa, Pensyarah Akidah.

Segala isi kandungan dan formula dalam buku ini adalah berdasarkan 'real story', bukan sembang, bukan novel , bukan fiksyen dan bukan drama. Ini adalah kisah yang dikumpulkan sepanjang penglibatan Kak Kay dalam pembangunan Seminar GirlBoss dan KKDI bermula kurang lebih 3 tahun yang lalu.

Sebelum Nafasku Terhenti ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini merupakan novel tarbiah atau sebuah penceritaan yang bertemakan kekeluargaan. Mesej terbesar yang penulis ingin sampaikan adalah. “Boleh jadi kita pernah mengguris hati ibu bapa tanpa kita sedar, meninggikan suara, mengutamakan sahabat atau pasangan melebihi mereka, atau sudah lama tidak berhubung dengan mereka, jadi gunakan kesempatan yang masih ada untuk bertanya khabar dan meminta maaf kepada mereka.”

 

Thursday 26 November 2020

Calon Isteri Buat Suami ~ Sophilea

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

"Apa? Kahwin dengan anak datin? Biar betul? Anak datin to gay ke apa sampai tak ada girlfriend?" - Haizi 
"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab 

Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat keria begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima. 

“Mama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim 

Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim sama ada suka atau tidak. Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata. 

"Awaik ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?" 
"Saya nak makan sandwich yang ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?" 

Pendamping Puaka ~ Mohd Nadzri Kamsin, Syamzaily Musa

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia lamunannya Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina, sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betut 'Salina’, Azmi sudah cukup berpuas hati. 

Biarpun syirik perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu, melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta. Adakah Azmi akan terus memilih untuk tenggelam dan terpisah dari realiti? Apakah dia mampu untuk melepaskan diri dari genggaman pendamping puaka yang semakin lama semakin hebat membelenggu hidupnya itu? Segalanya akan terjawab dalam novel seram percintaan berpuaka ini.

Misteri Taming Sari ~ Ibnu Ibrahim At-Tawari

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari, bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka. Kutelusuri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah. Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah dan ramai lagi.

Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang, semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri. Tidak cukup di situ, aku tandangi candi Borobudur di Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di Indonesia. Aku dapati, pada relief di candi Borobudur itu, tepatnya di sudut bawah bahagian tenggara, gambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di candi Prambanan. Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva.

Di candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan Laksmana

Piah di hati Mr. Beku ~ Mia Azwari

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Kerana dinginnya Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya. Walaupun tahu atas dasar simpati kerana dia anak yatim piatu, namun lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Namun perkahwinan saja, belum mampu menyatukan dua hati. Farhan dan Piah terpisah membawa haluan masing-masing.

“Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?” - Piah
“Pensyarah tu lelaki ke perempuan?” - Iris
“Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku…” – Fatin
Piah tersentak.

Farhan bekerja sebagai pensyarah di UUM, fakulti tempat Piah belajar. Farhan berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.

“Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?” - Piah.

Wednesday 25 November 2020

Fasa kehidupan kita


 Jika panjang umur, kita akan melalui semua fasa ini. Betul, saya sudah melalui fasa 20 & 40 & ia benar seperti apa dikata. So, tak perlulah fikir sangat apa orang nak kata 🥰 

Buat aje baik.

Buku: Muharikah. 2016. Hidup Yang Aku Pilih. Iman Publication. Selangor.

Tuesday 24 November 2020

Cik Buah Hati Encik Sendu ~ Airisz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di

Kerna Syurga Bukan Percuma 4 ~ Najmi Fetih

SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.
Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Ajari Aku Mencintai Tuhan ~ Syed Salahuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Penulisan ringkas, padat dan santai ini adalah berkisarkan TAUBAT sebenar yang memungkinkan untuk kita kembali kepada FITRAH SEMULA. Suci bersih tiada noda. Terhasil lah buku AJARI AKU MENCINTAI TUHAN ini untuk saya sendiri dan korang semua. Moga Allah memudahkan dan merahmati kita semua untuk kita sama2 menggapai cinta-Nya.

Cinta Tanpa Syarat ~ Shukery Azizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini khas untuk pelajar dan mereka yang mencari tujuan hidup. Juga untuk mereka yang menyangka bahawa semua orang nampak baik tidak ada masa silam yang gelap. Penulis nak sampaikan kepada semua orang, hari ni kita jahat bukanlah bermakna selamanya jahat. Dan setiap orang jadi jahat mesti ada sebab. Tak ada yang jadi jahat secara tiba-tiba.
 

Aku Ada Allah ~ Azeem Razali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

AKU ADA ALLAH merupakan kompilasi komik-komik dakwah. Komik ini berkisarkan sekumpulan anak muda yang baru berjinak-jinak didalam dunia dakwah. Bukan mudah untuk saya siapkan buku ini. Ini buku pertama saya, jadi pengalaman yang sangat baru untuk saya sendiri. Saya perlu buat pelbagai kajian dan bacaan. Baca kisah-kisah menarik yang sesuai untuk dikomikkan. Dan juga dengar kisah daripada sahabat saya sendiri.

Untuk komik ini saya fokuskan kepada kisah sedih atau yang menyentuh hati. Ada juga diselitkan unsur komedi. Tetapi untuk buku pertama ini saya lebih cenderung untuk melukis kisah-kisah yang sedih. Kenapa kisah sedih? Kerana bila sebut “Aku Ada Allah”, kisah sedih pertama sekali hadir dalam bayangan saya.

Sedih apabila melihat umat hari ini terlalu jauh dari Allah. Hidup seolah-olah berkiblatkan harta dan nama semata-mata. Sanggup tinggalkan apa yang Allah suruh demi matlamat yang dia kejar. Nauzubillah semoga Allah lindungi kita dari semua itu.

 

Surat Cinta Untuk Pendosa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.

Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:

“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”
“Allah murka kepadaku… . ”
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”

Haimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu.

Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.

Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.

Muhammad Rasul Terakhir ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM80.00 . Pos: RM8

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.