Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 16 August 2020

Menyayangimu ~ Pena Kayu

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Menyayangimu sampai habis waktu Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Jadi apabila Inara telah menconteng arang ke muka mama, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. 

Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara? Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu. 

Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? Iman membantah keras cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila. 

Dendam Bersulan Cinta ~ Sara Aisha

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita. 

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar 
“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah 

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menghancurkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya? AMSYAR MIKAEL 

Diam ~ Zura Anwar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Darah mengalir di atas lantai. Mereka semua masih diam. Diam melihat badan yang kaku tidak bergerak itu. Jari Saiful menyentuh pergelangannya. Namun, tiada sebarang denyutan terasa.

“Dia dah mati.”
“302. Kita boleh dituduh membunuh dengan niat. Hukumannya lebih teruk. Boleh jadi, hukum gantung.”

Mulai saat itu, seluruh hidup keluarga Pak Muhib berubah dengan serta-merta. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri.

“Jadi... kita perlu sorok mayat tu.”

Namun, keputusan yang diambil mereka bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh mereka sekeluarga untuk menutup ‘kemalangan’ ini.

“Tak ada mayat, tak ada kes.”

Diana Amaya ~ Nurul Atiqh Ghuzir

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Tidak tahan diejek dan dibuli, hitam dendam mengaburi hati yang dahulunya putih suci. Dengan bantuan Amir, kawan baiknya, Diana berjaya menjejaki Rafael, Zikri dan Nick. Naik gila Zikri dan Nick dikenakannya.

Biarlah! Bukannya mereka kenal dia pun lagi. Dia kini Amaya yang cantik persis bidadari. Bukan lagi Diana yang buruk macam mak lampir.

“Memang korang tiga orang buat hidup aku macam neraka. Kau tiga orang hina, burukkan dan malukan aku di hadapan orang ramai. Macam aku tak ada maruah. Sampai aku jijik dengan diri aku sendiri. Aku bencikan diri aku sebab korang. Sekarang, rasakan.” - Diana Amaya

Tapi lain pula jadinya bila tiba giliran Rafael. Kenapa susah sangat lelaki itu nak dikenakan? Satu demi satu plot dendamnya gagal. Geramnya!

Islam Itu Ramah Bukan Marah ~ Irfan Amalee

(SEM ) RM20.00 > RM18.00

Sejarah mencatatkan betapa lemah lembut dan sabar Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi umatnya. Pelbagai penghinaan baginda terima, daripada sekadar ucapan yang mengatakan baginda gila, sehinggalah tindakan meletakkan kotoran ketika baginda sedang bersujud. Begitu juga dengan para sahabatnya yang berdakwah dengan akhlak mulia sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka, tidak hairan apabila dakwah Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun memberi kesan yang luar biasa sehingga sekarang.

Di negara yang kita cintai ini, Islam masuk dan berkembang tanpa melalui peperangan. Berdakwah sambil berdagang dan dengan menunjukkan contoh akhlak mulia menjadikan Islam diterima di Nusantara. Tersebarnya Islam dalam kalangan masyarakat pada waktu itu tidak membuatkan para pemerintah berasa terancam. Sejarah tidak pernah menceritakan ada raja di Nusantara yang menghalang dakwah Islam. Bahkan sebahagian besar daripada raja-raja di Nusantara mendahului rakyatnya untuk memeluk Islam. Penyerapan unsur-unsur Islam dengan budaya setempat menjadikan Islam semakin kukuh di negeri ini.

Apa Khabar Depresi? ~ Dr. Sakinah Salleh

(SEM & SS) RM23.00 > RM21.00

“Kesihatan tidak semestinya datang daripada ubat.

Selalunya, ia hadir dari ketenangan fikiran,

kedamaian hati,

ketenangan jiwa serta kebahagiaan

dan kasih sayang yang mewangi.”

Motivational Quote - Life Goes On


Apa yang berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Bagaimana kita belajar bersyukur meskipun ia cuba rezeki yang nampak kecil.

Buku: Siti Nordiana. 2019. Life goes on. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

The Amazing Rasulullah s.a.w ~ Sayf Muhammad Isa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah. Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w. Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam. Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya. 

Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w. Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini. Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam. Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.

Pemikiran Kontroversi Imam Ibnu Taimiyyah ~ Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab Majid

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Sebuah penelitian ilmiah yang menggunakan sumber daripada karya Ibnu Taimiyyah sendiri. Ia disediakan bagi menolak tuduhan bahawa Ibnu Taimiyyah menerima tajsim dan tasybih.

Friday 14 August 2020

Akhiri Penantian ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Airin dan Ilhan Ruiz disatukan atas desakan Datin Yasmin. Perkahwinan ini tidak menghalang Ilhan Ruiz untuk terus bersama dengan Anita. Dan Ilhan Ruiz tersepit apabila Airin dan Anita hamil.

“Kau pukul dia tadi, kan? Sekarang kau pulak rasa sakitnya. Berani kau kata anak kami anak haram. Anak yang aku suruh gugur itulah anak haram. Anak yang aku tak nak tengok lahir berbinkan aku. Kau ingat satu perkara ni Airin. Tanamkan dalam otak kau. Talak pada kau akan jatuh sebaik saja aku bernikah dengan Anita.” ~ ILHAN RUIZ

Dalam satu pertengkaran di antara Airin dan Anita, Ilhan Ruiz memihak kepada Anita lalu Airin membawa diri apabila Ilhan Ruiz melafazkan cerai taklik.

Izinkan Airin pergi. Ampunkan dosa Airin dan halalkan semuanya. Airin harap encik tak lupa solat walaupun Airin dah tak ada untuk siapkan semua ni selepas ini.

Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10
Misteri siapakah yang membina piramid masih menjadi perdebatan para sejarawan dan ahli arkeologi walaupun pelbagai penggalian dan kajian pakar telah dijalankan oleh pelbagai pertubuhan, universiti dan pakar-pakar perseorangan. Menyelusuri misteri bagaimana piramid dibina memang menarik.

Persoalan itu didasari pada beratnya pekerjaan membawa bebatuan di gurun, dan minimumnya teknologi pembantunya. Batu yang diperlukan juga dalam jumlah yang besar, sementara alat canggih untuk mengangkutnya melawati gurn pasir belum ada pada zaman Mesir Purba.

Dari berbagai penelitian sebelumnya, para arkeologi telah lama mengetahui bahawa bebatuan tersebut dibawa sejauh lapan batu dari Giza ke sebuah tempat yang bernama Tura. sementara bahan granit digali dari jarak lebih dari 500 batu. Adapun cara bagaimana bahan-bahan ini diangkut, masih menjadi perdebatan dalaam kalangan ilmuwan.

Menjejaki 12 Suku Israel Yang Hilang ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Israel sekarang terdiri dari dua suku iaitu Yehuda dan Benyamin. Namun, menurut catatan sejarah, sebenarnya ada 12 suku asli Israel, tetapi tidak tahu ke mana 10 suku lainnya itu menghilang. 12 suku ini dinamakan berdasarkan nama 12 orang anak lelaki Anak Nabi Yaakub iaitu Ruben, Simeon, Levi, Yehuda, Dan, Naphtali, Gad , Asher , Issachar, Zebulon , Joseph (Yusuf) , dan Benyamin, mendirikan Kerajaan Yehuda di selatan.

Namun pada tahun 721 sebelum Masehi, kerajaan utara ditakluk oleh orang-orang Asyur. Peristiwa itu membuatkan 10 suku ini bertahap terasimilasi oleh bangsalain dan dengan demikian perlahan-lahan menghilang dari sejarah.

Membongkar Kehebatan Musa KeitaL The Black Panther ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Musa Keita merupakan seorang raja Mali yang terkenal sehinggakan beliau dianggap Black Panther dan diadaptasikan ke dalam filem yang mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Beliau menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih takhta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung Lautan Atlantik. 

Musa Keita cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang banyak, iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaannya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria dan Chad.

Divine Blessings ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

In this concluding chapter of the 'Letters To God' series, Norhafsah Hamid takes you on a final journey to tender love, heartfelt friendship, and reaffirming faith through Divine Blessings.

***
Sarah and Jonah are blissfully content after their marriage. Their friends - Jaws, Linda, and Mat Bond are all leading happy lives despite adjusting to the commitments of adulthood. Through ups and downs, their friendship remained strong.

But in life, love and happiness require hard work and sacrifice.

For some, life will come to a beautiful full circle - proving that eternal happiness is for everyone, even if one was once, so far away from God.

***
It is easy to give up on everything when one is drowning in hardships. But there are divine blessings in life, of one seek them with eyes of mercy and gratitude.

Unbreakable: How To Prepare Yourself For A Strong Relationship ~ Aiman Azlan

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

For the singles who are searching of love, is there a to know if you are ready to commit yourself to a relationship?

For the couples, is there a method to making the relationship last? Is love a matter of the heart and emotions, or can love be managed in a logical and practical manner?

**
In Unbreakable, author and Youth Mentor Aiman Azlan encourages us to change our perspective when it comes to love and relationship — that it is not something you fall into but something that you need to prepare and work for.

For there is a difference between falling in love and staying in love. Not only does this book provides practical steps towards managing love, but it also guides readers on how to embrace and navigate the emotional aspect of interhuman relationship so that love can withstand the tests and challenges of life.

In this book, you will :
• Know the essential skills you need to maintain a healthy real relationship.
• Have a clear vision of the kind of realistic marriage you want, based on the principles you hold.

Ensiklopedia Adab ~ Dato' Haji Muhammad Zakaria

(SEM & SS) RM79.00 > RM75.00

KELEBIHAN BUKU INI:
  • Buku adab terbesar pernah diterbitkan. 
  • Kandungan daripada kitab turath muktabar. 
  • Disertakan dalil naqli yang autentik serta hujah aqli yang rasional. 
  • Gandingan dari aspek ilmu psikologi, sosiologi, pendidikan dan falsafah moden. 
  • Dihiasi foto, ilustrasi, gambar rajah, carta, jadual dan peta minda agar mudah difahami, sekali gus dapat diingati serta diamalkan dengan efektif.

Tafsir Mini Surah Al-Kautsar ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50
KELEBIHAN BUKU INI:
  • Memberi penerangan tentang Surah al-Kautsar dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.
  • Disertakan ilustrasi serta aktiviti menarik untuk membantu anak-anak memahami al-Quran dengan mudah. 
  • Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. 
  • Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, uji minda dan sebagainya.

Thursday 13 August 2020

Belajar Memberi & Berkongsi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Belajar memberi apa yang kita suka.

Satu waktu dahulu, memberi & bersedekah bukanlah sesuatu yang sering dilakukan. Adakala saya kedekut pada sesuatu barang milik sendiri. Saya berjimat untuk menyimpan hingga adakala terabai bab bersedekah.

Dan pada satu ketika, ada seorang dua hamba Allah ini menyedarkan saya perlahan-lahan bab berkongsi, bersedekah & jangan kedekut. Sedekah tidak memiskinkan kita. Malahan Allah ganti dengan lebih baik.

Betul. Pernah satu ketika, saya berkira-kira nak beri sedekah RM5 atau RM10. Saya pandang-pandang duit dalam dompet. Ikut hati, nak beri yang sikit. Tapi entah kenapa, tiba-tiba terlintas kisah tentang sahabat Nabi yang bersedekah. Bila dah begitu, saya keluarkan terus RM10. Saya kata dalam hati, 'Nilai ni memang aku sayang, tapi takpelah. Ada rezeki lain.' Dan betul, lepas beberapa hari, Allah ganti dengan lebih baik. Allah beri saya merasa makan ditempat mahal dengan harga berganda-ganda. Dan kejadian yang sama juga berlaku untuk ketika tertentu. Allah ganti balik dengan sesuatu yang kita tak sangka-sangka. Allah beri untung berniaga, Allah beri makan sedap, Allah beri rezeki berjalan merata-rata, Allah beri diri & keluarga sihat dan macam-macam lagi.

Thursday 6 August 2020

Secebis Cinta Tihani ~ Ednin

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Realiti hidup Tihani tak seindah yang disangka. Dia diasuh yang tak semua benda akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan kadang-kadang perpisahan itu lebih membahagiakan. Dari situ, dia melihat dunia dengan cara yang berbeza.

“I rasa penting untuk kita kena merancang dengan apa yang kita ada hari ini, untuk kesenangan masa depan.” - Tihani
“Kalau you terlalu fokuskan pada masa hadapan... you akan kehilangan hari ini.” - Imar.
Mungkin betul kata orang, hati seorang Tihani itu terlalu sempit dan tertutup ruangnya. Bagi Tihani, lebih baik mencegah dari merawat hati yang patah.
Datang pula seorang Imar, lelaki yang punya hati besar dan sanggup berkorban untuk orang kesayangannya. Dan takdir membuatkan mereka dijodohkan sebagai suami isteri. Alasan Imar kerana desakan keluarganya, manakala Tihani pula dihukum atas kesilapan adik sendiri.
Namun bagaimana kalau tembok yang diciptakan Tihani terlalu tinggi untuk Imar jangkau di saat lelaki itu sedar rasa dalam hatinya? Cukup kuatkah cinta seorang Imar kepada Tihani?

Ash & Aish ~ Maya Adira

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.
Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa.

Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Taksub ~ Fitri Umairah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Asywad Afendi adalah seorang penulis yang mempunyai masalah sosial, tidak suka bergaul dengan dunia luar dan hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada manuskrip.

Dunianya hanyalah didalam bilik, yang sering membawanya pergi kedalam dunia fantasi penulisan yang sedang dia siapkan.

Taksub, sebuah manuskrip yang diberi nama olehnya. Yang menceritakan tentang seorang penulis dibawah keadaan separuh sedar telah meneroka satu dunia yang berbeza namun jasadnya masih kekal dialam nyata.

Kisah yang di tulis tidak berpenghujung...

Kemunculan Ainul Batrisyah sebagai watak utama dalam manuskripnya telah membantunya dalam menyiapkan hampir sepenuh kisah. Setiap jalan penemuan yang dibawa, seoalah menceritakan hal yang sebenarnya berlaku dalam dunia realiti gadis itu.

Kufur ~ Nurharyati Ishak

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Hasad tidak pernah memilih tuannya. Kerana hasad, Farah terjebak dalam perkara yang tidak bermaruah. Dia bukan seorang anak yang mendengar kata dan menghormati orang tuanya. Sikapnya keras, degil, penuh hasad dan pendendam, membuatkan dirinya terjerumus di dalam kancah yang tidak disangka-sangkakan.

Pandai pulak Wardah tu cari publisiti murah, ye?~ Farah

Kerana bencikan Wardah, Farah mengupah Mail, samseng kampung yang sudah beristeri dan mempunyai anak ramai. Kerja belum dilunaskan, Mail sudah meminta upah. Upah yang diminta membuatkan Farah berbadan dua.

“Woi Mail! Aku akan hebahkan fasal kandungan ni kalau kau tak nak nikah dengan aku! ~ Farah
“Aku, nak nikah dengan kau? Aku ni?” ~ Mail

Sudahlah gagal mengenakan Wardah melalui ilmu hitam, kini Mail pula enggan bertanggungjawab. Bertambah meluaplah marah Farah. Dia tekad untuk mengenakan Mail.

Kain Batik Merah ~ Faten Anur

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Sebut saja nama Ngah Langit Hitam, sudah tentu telinga yang mendengar akan menggigil ketakutan dan tak senang duduk. Masing-masing sudah kenal, siapa Ngah Langit Hitam. Kehilangannya dari kampung secara tiba-tiba sering menjadi tanda tanya penduduk, tetapi tak pernah ada seorang pun yang sudi bertanya kepada Maimun, bekas isteri Ngah Langit Hitam.

Sejak bermulanya kematian Maria dalam keadaan mengerikan, nama Ngah Langit Hitam kembali meniti di bibir penduduk. Masing-masing sudah tidak senang hati, dan sudah tentunya Melur dan Maimun menjadi mangsa keadaan.
Semenjak itu, Maimun sering dihantui resah. Terngiang-ngiang lagi kata-kata bekas suaminya pada hari terakhir dia lihat wajah lelaki itu. Kata-kata itu berupa ancaman dan malapetaka yang akan menimpa mereka.

Tambahan pula, sejak kali pertama Maimun dan Melur didatangi mimpi-mimpi aneh, hidup mereka semakin kacau. Setiap hari, Maimun dapat rasakan yang ‘dia’ sudah mula mendatangi Melur.
Maimun: “Aku takkan biarkan. Aku takkan benarkan. Dia anak aku!”

Wednesday 5 August 2020

Kalung ~ Zahida Zarkasi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kenapa aku dipulaukan hanya kerana kau menyebelahi dia?
Kenapa aku disingkirkan hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku harus dibenci hanya kerana kau mencintai dia?

NIA, seorang gadis bandar yang dipaksa pulang ke kampung bersama adiknya IRFAN. Sebuah kampung di pedalaman yang mendatangkan mimpi ngeri buat mereka berdua. Didera fizikal dan mental oleh mak long, ibu saudara yang tak berhati perut. Tinggal dalam serba kekurangan, benar-benar menguji kesabaran.

“Mereka duduk sini sementara saja Nah. Bila Yah dengan suaminya menyusul nanti mereka akan pergi. Nah kena bersabar. Mereka tu bukan orang lain. Anak saudara kita juga.” – PAK LONG

“Anak saudara abang sorang saja tau! Bukan anak saudara Nah! Nah tak nak bertanggungjawab kalau sesuatu berlaku pada mereka!” – MAK LONG

Perempuan Yakuza Itu ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

ASP Rafique Edruce- seorang pegawai polis aka criminal profiler telah mengambil keputusan untuk bercuti setelah sekian lama dia tidak berbuat demikian. Dunia manga dan anime yang menjadi idolanya telah membawanya ke Jepun. Tujuannya, menggali sejarah 47 Ronin, namun lain yang dijumpainya.Pertembungannya dengan seorang gadis Jepun di atas bas persiaran membimbit rasa umpama bunga sakura yang lebat berkembang. Reina- seindah namanya, dia bagai watak manga yang turun ke bumi.

“Could you take me back with you?” - ReinaReina- 

Dia bukan sembarangan wanita. Dia perempuan seorang yakuza yang sangat berpengaruh di Tokyo. Menyentuh perempuan Yakuza itu bermaksud bermusuh dengan naga, bermain dengan api.

Bella- Seorang gadis manis yang sedang menyambung Masters Degree di New Zealand. Merangkum anak angkat Tuan Edruce; isteri yang dikahwini Rafique dalam terpaksa. Bella tak pernah serik menagih cinta lelaki itu, cinta pandang pertama yang tidak pernah pudar.

Dia Lelaki Milik Sarah ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Lima tahun berumahtangga, kehidupan Sarah dan Tengku Ishaan bahagia sebagaimana pasangan lain. Segala masalah bermula bila Tengku Ishan tiba-tiba berubah tingkah. Lelaki itu sentiasa pulang pada lewat malam. Malah ada rahsia yang disimpannya daripada pengetahuan si isteri. Sekaligus menimbulkan rasa curiga pada Sarah.

Sakit hati, marah, kesal. Semua itu dirasai Sarah bila dia melihat dengan mata kepala sendiri kegiatan gelap yang dilakukan si suami. Apatah lagi bila Tengku Ishaan masih cuba menegakkan benang basah biarpun semuanya sudah terbongkar di depan mata. Hingga menimbulkan pertengkaran antara mereka.
“Sampai hati abang tipu saya. Abang kata abang dah tinggalkan dunia gengster. Kalaulah saya tak ekori abang tadi, sampai mati pun saya sangka abang dah berubah.”- Sarah
“Sayang jangan nak biadab dengan abang, ya? Jangan fikir abang boleh terima semua tuduhan sayang tu. Jangan sampai angin abang betul-betul berputar. Sayang takkan boleh jangka apa yang abang mampu buat pada sayang nanti.” – Tengku Ishaan

Keranamu Tuan Ziyad ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Gara-gara tertumpahkan air secara tidak sengaja kepada anak majikannya pada hari pertama bekerja, menyebabkan hidup Insyirah sentiasa disusahkan oleh Ziyad sejak insiden tersebut.

“Kau buta ke? Tak nampak aku lalu sini tadi? Ke kau memang tak tahu buat kerja?”
“Ss... saya minta maaf tuan.”
Marahlah macam mana pun, katalah apa sekalipun, Insyirah tetap bersabar. Perkenalannya dengan Harraz, yang bekerja sebagai pemandu membuatkan hubungan kedua mereka menjadi rapat. Adanya Harraz yang sentiasa menolongnya ketika berada di dalam kesusahan membuatkan Insyirah bersabar untuk terus bekerja di Zainal Holdings. Cinta yang mula berputik di antara mereka berdua membawa keduanya sehingga ke perancangan untuk berumah-tangga, biarpun sepupu Insyirah, Aira memandang sinis akan perkahwinan tersebut.
Kerana satu kejadian, tanggapan Ziyad yang menganggap Insyirah sebagai seterunya mulai berubah. Hati gadis itu ingin ditawan, tapi sayangnya sudah terlambat.

Bagaimana Ke Syurga dan Terjauh Dari Neraka? ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini memperlihatkan pelbagai amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha bagi mendapatkan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.

Umum mengetahui bahawa syurga bukan percuma namun tidak ramai yang sanggup bersusah-payah untuk meraih syurga. Sedangkan amalan-amalan baik yang disukai Allah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar atau tenaga yang banyak.

Tidak kira sama ada golongan muda mahupun kuat, golongan kaya mahupun golongan miskin, amalan untuk ke syurga itu ada pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada ibadah tertentu sahaja.

KANDUNGAN:
· Muqaddimah
· Mereka yang Dirindui Syurga
· Sifat yang Melayakkan Seseorang ke Syurga
· Meraih Syurga
· Mereka yang Dijanjikan Syurga oleh Al-Quran dan Hadis
· Amalan Mengangkat Diri ke Syurga
· Penyebab Mereka ke Neraka
· Tingkatan Neraka
· Tingkatan Syurga

Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM16.00 > RM14.40

Solat sunat Rawatib adalah antara amalan yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW dan Baginda juga menggalakkan umatnya supaya istiqamah melaksanakan solat Rawatib.

Ia bukan sekadar solat untuk menambah pahala, bahkan ia menjadi pelengkap kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam solat fardhu.

Buku ini menerangkan perihal solat sunat Rawatib yang mesti diketahui setiap umat Islam supaya dapat menambah dan meningkatkan amalan sebagai bekal untuk akhirat.

Antara perkara yang dijelaskan ialah:
- Pengertian solat Rawatib dan pembahagiannya
- Fadhilat solat Rawatib secara umum dan khusus
- Kaifiyyat dan cara menunaikan solat Rawatib
- Niat dan surah yang dibaca dalam solat Rawatib
- Doa serta zikir sebelum dan selepas solat Rawatib

Generasi Jutawan ~ Mohammed Farid Sulaiman

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini ditulis buat pembaca membuka minda seluasnya untuk berkongsi bahawa semua orang layak menjadi kaya dan layak untuk membina genarasi yang lebih baik dengan pendidikan yang baik dan sempurna dengan adanya WANG.

Buku ini merupakan satu pengalaman yang penulis lalui hampir 17 tahun yang lalu untuk mempelajari dan melakukan sendiri apa yang beliau yakin bakal memberi impak yang tinggi kepada keluargnya. Hasilnya, sehingga beliau berjaya mengumpul simpanan anak-anak mengikut usia mereka yang berjumlah mencecah RM50,000 dalam tempoh tersebut.

Justeru, perancangan kewangan bukanlah satu perkara yang agak objektif pada setiap orang atau keluarga. Ia merupakan perkara subjektif dan boleh dilakukan oleh semua orang.

Bijak Urus Rumah Sewa ~ Bija Rosly, Fida Jaafar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja sekadar membeli rumah (atau rumah-rumah) dan menuai hasil daripadanya tanpa henti. Cabaran utama selepas urusan dokumentasi selesai dan kunci bertukar tangan adalah bagaimana cara menguruskannya dengan efisien?

Ramai yang tewas dalam bab pengurusan hartanah kerana ia melibatkan pelbagai kerenah dalam jangka masa yang panjang. Menguruskan rumah sewa bermaksud menguruskan manusia daripada pelbagai latar belakang dan bersedialah dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi. Cabaran lain adalah memastikan hartanah tersebut diselenggara dengan baik dan ia melibatkan konsistensi dan pengeluaran kos.

Pengalaman penulis dalam pengurusan rumah sewa turut diceritakan dalam buku ini. Walaupun tidak semua perkara yang indah, tapi tidak semua juga perkara yang sukar. Apa yang perlu dilihat adalah bagaimana menguruskan risiko-risiko dengan bersistem. Apabila kita faham bagaimana menguruskan risiko, perkara yang terasa susah tadi dapat diselesaikan dengan lebih mudah.

Anda & Kereta ~ Dato' Ir Haji Mohamad Dalib

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

ANDA & KERETA - Cantik belum tentu selamat merupakan sebuah buku panduan penjagaan kereta peribadi.

Melalui buku ini, pemilik kenderaan dapat memahami asas penjagaan kereta supaya hayat kereta lebih panjang ... tidak cepat rosak dan sekali gus dapat menjimatkan kos.

Apabila kereta berkeadaan baik, kes kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan. Paling penting ialah penyelenggaraan yang betul dan tepat pada masanya.

Selain itu, pembaca juga dapat memahami teknikal dan mekanikal kereta. Dengan itu pemahaman tersebut, dapat mengelakkan daripada ditipu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab

10 Kebaikan Musibah Kepada Manusia

Terbaca kata-kata motivasi ni dalam sebuah buku. 'Don't forget to love yourself' - Søren Kierkegaard.

Hidup ini tidak mudah. Hidup ini terlalu banyak ujian kena hadapi. Dan ini adalah tanda Allah sayang. Allah sayang? Tapi kenapa beri ujian dan musibah?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Apabila Allah inginkan kebaikan buat seorang hambaNya, Dia akan segerakan hukuman di dunia. Dan apabila Allah inginkan keburukan buat seseorang hambaNya, Dia tangguh dulu akibat dosa sehingga Dia akan laksanakan pada hari kiamat." (Riwayat Al-Tirmizi). Dia mahu kita belajar sabar, belajar cekal, belajar bersemangat & Dia mahu kita meminta pertolongannya & berharap hanya padaNya.