ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 30 November 2020

Psycho Path ~ Eija Khadeeja

(SEM & SS) RM24.00RM22.00

Manusia yang berhati syaitan telah memusnahkan angan-angannya untuk mengabadikan cinta untuk Zain. Kematian Zain meninggalkan pilu mendalam dalam diri Ezlina.
Mendung dirasakan ada di mana-mana menyuluh hidupnya.

“Kalau apa-apa jadi dekat saya, jangan percaya orang sekeliling. Ingat! Kematian saya bukan kebetulan. Ada yang merancang.” – ZAIN

Dendam harus dilunas dengan dendam, Ezlina memburu satu nama! Iqbal. Lelaki yang dipercayai dalang di balik apa yang telah berlaku ke atas Zain. Lelaki itu tak normal
seperti manusia biasa. Perlu mengambil pil penenang untuk mengawal emosinya. Segala bukti bagai terarah kepada Iqbal.

“Darah berbalas darah!” – EZLINA

Lelaki itu kian terdesak untuk membersihkan namanya saat satu demi satu pembunuhan menuduh dia adalah topeng utama di sebalik semuanya. Pembunuhan yang penuh jijik dan sadis! Satu mangsa, satu ‘trofi’! Trofi yang diambil dari anggota tubuh yang terkulai tak

Akad Me, You, Us...Eternity ~ Jules

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Evian vs grape sparkling juice menemukan kembali Railynn dan Marc di MyAngel’s Café, sejak pertemuan pertama mereka 14 tahun lalu. Kini, gadis yang digelarnya My Angel benar-benar ada di hadapannya.

Marc tekad menawan Railynn. Bermacam cara dilakukan bagi mengukuhkan
janji, sumpah dan akad yang dimeterai termasuklah mengekori Railynn hingga
Marc mendapat jolokan male-escort.

“I sudah bersumpah… berjanji… berakad…” – MARC
“Awak faham maksud perkataan-perkataan tu atau awak suka-suka menyebutnya? Awak yang keluar daripada hubungan kita!” – RAILYNN

Railynn, selepas kejadian hitam yang memberi parut mendalam terhadap dirinya, dia nekad untuk bersendirian. Apalagi selalu ada bayangan yang sering menghantui dirinya seolah-olah menjemput deja vu yang pernah dirasai pada masa lalu. Kesumat seseorang yang cuba menjahanamkan hidupnya juga mula memutarbalikkan perasaannya kepada Marc.

Hanya Ikhlas Untuk Kamu ~ Bella H.

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati…

Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah – AISYA

Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon
  •  Tampal lolipop pada lokar
  • Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu
  • Tepis semua langau yang mahu menghinggap
Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?!

“If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi.” – ZILL DE LEON

Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar

Saat Dusta Membawa Pergi ~ Haini Salme

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Dia bukannya lelaki baik seperti yang diimpikan gadis-gadis di luar sana. Kehidupannya disalut noda. Dunia lumba dan pergaduhan sudah sebati dalam diri. Dialah penggawa, dialah juara!

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Kaira Zharifah merubah segalanya. Ameer mula mengenal apa makna cinta, apa makna rindu. Tekadnya, dia ingin memiliki gadis sebaik Kaira, tanpa dicanang khilafnya yang lalu.

Ameer tetap mengejar, namun kehadirannya kurang disenangi Kaira. Tidak mungkinlah dia boleh mencintai lelaki seperti Ameer.

“Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu." - KAIRA ZHARIFAH

Baginya, apa yang dihajat, itulah yang didapat. Tapi dalam mencari cinta, tidak semudah yang disangka. Iman senipis bawang, usah diangan manikam kayangan. Ada insan lain yang lebih layak untuk gadis itu.

"Saya rasa sayalah insan paling bodoh. Saya memang teruk. Saya tak layak untuk dia." – AMEER AZIZI

Bahagia lawannya derita. Bila bahagia membuka ruang di kalbu, kenapa derita sepantas kilat menduga hati menghampar pilu?

Sesukar itukah syarat untuk memiliki cinta yang abadi bila ada saja yang membunuh jiwa mereka?

“Aku akan pastikan kejatuhan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu aku tak puas hati!” – DANIEL

Kisah kita seharusnya berakhir indah, namun di sebalik cerita ada gelungan sembilu membawamu kembali menerjah riwayat lalu.

Thursday, 26 November 2020

Calon Isteri Buat Suami ~ Sophilea

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

"Apa? Kahwin dengan anak datin? Biar betul? Anak datin to gay ke apa sampai tak ada girlfriend?" - Haizi 
"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab 

Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat keria begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima. 

“Mama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim 

Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim sama ada suka atau tidak. Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata. 

"Awaik ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?" 
"Saya nak makan sandwich yang ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?" 

Pendamping Puaka ~ Mohd Nadzri Kamsin, Syamzaily Musa

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia lamunannya Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina, sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betut 'Salina’, Azmi sudah cukup berpuas hati. 

Biarpun syirik perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu, melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta. Adakah Azmi akan terus memilih untuk tenggelam dan terpisah dari realiti? Apakah dia mampu untuk melepaskan diri dari genggaman pendamping puaka yang semakin lama semakin hebat membelenggu hidupnya itu? Segalanya akan terjawab dalam novel seram percintaan berpuaka ini.

Misteri Taming Sari ~ Ibnu Ibrahim At-Tawari

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari, bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka. Kutelusuri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah. Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah dan ramai lagi.

Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang, semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri. Tidak cukup di situ, aku tandangi candi Borobudur di Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di Indonesia. Aku dapati, pada relief di candi Borobudur itu, tepatnya di sudut bawah bahagian tenggara, gambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di candi Prambanan. Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva.

Di candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan Laksmana

Piah di hati Mr. Beku ~ Mia Azwari

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Kerana dinginnya Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya. Walaupun tahu atas dasar simpati kerana dia anak yatim piatu, namun lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Namun perkahwinan saja, belum mampu menyatukan dua hati. Farhan dan Piah terpisah membawa haluan masing-masing.

“Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?” - Piah
“Pensyarah tu lelaki ke perempuan?” - Iris
“Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku…” – Fatin
Piah tersentak.

Farhan bekerja sebagai pensyarah di UUM, fakulti tempat Piah belajar. Farhan berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.

“Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?” - Piah.

Wednesday, 25 November 2020

Fasa kehidupan kita


 Jika panjang umur, kita akan melalui semua fasa ini. Betul, saya sudah melalui fasa 20 & 40 & ia benar seperti apa dikata. So, tak perlulah fikir sangat apa orang nak kata 🥰 

Buat aje baik.

Buku: Muharikah. 2016. Hidup Yang Aku Pilih. Iman Publication. Selangor.

Tuesday, 24 November 2020

Kasih ~ Azian Zahra

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Peristiwa di Tower Bridge menemukan Hakimi dan gadis Jepun, Keiko. Bagi Keiko, sungguh dia terasa terhutang budi apabila niatnya untuk membunuh diri dihalang oleh lelaki budiman itu. Melalui Hakimi, dia mula terpesona dengan keindahan Islam, agama yang dianuti lelaki itu.

"Insya-Allah."
"Apa?"
"Oh, itu bahasa Arab. Maksudnya semoga diizinkan Tuhan."
"Kalau boleh, esok sudi tak awak jelaskan lebih banyak tentang Islam kepada saya?"

Mereka juga bertukar kisah hidup sehingga akhirnya menyentuh mengenai status Hakimi yang sebenarnya sudah pun bertunang.

"Sebenarnya saya sendiri tidak kenal dan tidak pernah lihat wajahnya. Saya menerima dia kerana mak saya sukakan dia. Bila saya pulang nanti kami akan terus dikahwinkan. Hanya itu saja yang saya tahu."

"Saya masih tidak percaya dengan awak Hakimi, macam mana awak sanggup terima seseorang tanpa

Zinnirah ~ Woorie Hue

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

HIDUP Zinnirah berubah 180 darjah setelah ibu bapanya meninggal dunia disyaki akibat membunuh diri. Demi melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapanya, Zinnirah mengikat kontrak dengan Tango sebagai profiler tanpa menyedari bahawa percaturannya itu adalah jerat yang mampu memakan diri.

"You that resemble her makes me lose my mind. What should I do to you?"- QAREEB

Bagi Qareeb, wajah Zinnirah sangat mirip dengan bekas isterinya yang tidak dapat dijejak, Sofea. Zinnirah pula beria-ia menafikan bahawa dia bukanlah wanita yang sedang dicari oleh Qareeb.

"Maaf, cik. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" - QAREEB

"Encik pakai taktik zaman bila ni? Encik nak tahu nama saya ke? Kenapa tak tanya straightforward aje?" - ZINNIRAH

Disalah anggap sebagai Sofea turut mengancam nyawa Zinnirah apabila dia menjadi buruan bapa Sofea yang tampak bersedia untuk menerkam Sofea bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama, Zinnirah didedahkan pula dengan hakikat bahawa dia bukanlah anak tunggal seperti yang disangka selama ini. Kubur saudaranya wujud sebagai bukti. Tetapi mengapa tidak pernah sekali pun ibu bapanya bercerita? Mengapa statusnya sebagai anak kedua dirahsiakan?

"Awak berada dalam bahaya, Zinnirah." - QAREEB

Saat Zinnirah dihimpit dari pelbagai arah, Qareeb menawarkan sesuatu.

Zinnirah terdesak. Identiti Sofea menjadi tanda tanya. Rahsia mengenai kewujudan saudaranya menyebabkan Zinnirah mula meragui memori sendiri. Sejauh manakah kepercayaan yang boleh dia beri kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya? Sedalam manakah Zinnirah terpaksa menggali kisah di sebalik kematian ibu bapanya? Apa sebenarnya yang berlaku 24 tahun yang lalu?

Cik Buah Hati Encik Sendu ~ Airisz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di

Kerna Syurga Bukan Percuma 4 ~ Najmi Fetih

SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.
Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Ajari Aku Mencintai Tuhan ~ Syed Salahuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Penulisan ringkas, padat dan santai ini adalah berkisarkan TAUBAT sebenar yang memungkinkan untuk kita kembali kepada FITRAH SEMULA. Suci bersih tiada noda. Terhasil lah buku AJARI AKU MENCINTAI TUHAN ini untuk saya sendiri dan korang semua. Moga Allah memudahkan dan merahmati kita semua untuk kita sama2 menggapai cinta-Nya.

Cinta Tanpa Syarat ~ Shukery Azizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini khas untuk pelajar dan mereka yang mencari tujuan hidup. Juga untuk mereka yang menyangka bahawa semua orang nampak baik tidak ada masa silam yang gelap. Penulis nak sampaikan kepada semua orang, hari ni kita jahat bukanlah bermakna selamanya jahat. Dan setiap orang jadi jahat mesti ada sebab. Tak ada yang jadi jahat secara tiba-tiba.
 

Aku Ada Allah ~ Azeem Razali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

AKU ADA ALLAH merupakan kompilasi komik-komik dakwah. Komik ini berkisarkan sekumpulan anak muda yang baru berjinak-jinak didalam dunia dakwah. Bukan mudah untuk saya siapkan buku ini. Ini buku pertama saya, jadi pengalaman yang sangat baru untuk saya sendiri. Saya perlu buat pelbagai kajian dan bacaan. Baca kisah-kisah menarik yang sesuai untuk dikomikkan. Dan juga dengar kisah daripada sahabat saya sendiri.

Untuk komik ini saya fokuskan kepada kisah sedih atau yang menyentuh hati. Ada juga diselitkan unsur komedi. Tetapi untuk buku pertama ini saya lebih cenderung untuk melukis kisah-kisah yang sedih. Kenapa kisah sedih? Kerana bila sebut “Aku Ada Allah”, kisah sedih pertama sekali hadir dalam bayangan saya.

Sedih apabila melihat umat hari ini terlalu jauh dari Allah. Hidup seolah-olah berkiblatkan harta dan nama semata-mata. Sanggup tinggalkan apa yang Allah suruh demi matlamat yang dia kejar. Nauzubillah semoga Allah lindungi kita dari semua itu.

 

Surat Cinta Untuk Pendosa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.

Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:

“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”
“Allah murka kepadaku… . ”
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”

Haimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu.

Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.

Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.

Muhammad Rasul Terakhir ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM80.00 . Pos: RM8

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.




Lana Living As An Autistic ~ Syahirah Omar, Lana Darwisya

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh,
Lana mula bersuara.
Kata Lana hidung dia selsema.
Apabila dihembus, keluar darah sikit.
Aku cakap,”Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak.”
Lepas tu, dia cakap dia tak berasa sihat nak ke sekolah.
“Ada yang kacau awak kat sekolah?”Aku menyoal.
“I don’t know mama.”
“Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?”

“HOW TO EXPLAIN MY FEELINGS WHEN I CAN’T FIND THE WORDS, MAMA?”
……………………………………………………………….

“Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman. Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis. Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam

Wednesday, 18 November 2020

Cinta Untuk Kekasih Hati ~ Ateen Khalid

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu.

Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima.

Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.

“Jadi, awak takde kekasih? Tunang? Isteri?” – Tyara Ailana

“Saya mana ada marka. Eh… kekasih. Tak sempat nak cari. Sibuk. Kekasih pun tak ada takkan tiba-tiba nak ada bini pulak.” – Luthfi Alzidan

Tengku Firas hanya tahu mengarah. Tapi… yang melindungi, yang buat Tyara rasa selamat, yang

Dia Cinderella Amanda ~ Emma Zara

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak daripada kecil.

Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci.

Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja memalukan Zhariff di sebuah parti. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya nanti?

Black Rose ~ Sai Ambrose

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Kisah dua belas tahun lalu memberikan kesan yang mendalam pada jiwa Harleena. Tanpa sedar, tercipta sebuah dendam terhadap keluarga Haji Rahmat. Tiada cara lain kecuali dia masuk ke dalam keluarga itu dengan memakai dua wajah demi ‘menggoda’ dua hati. Dia akhirnya berjaya.

Segala cerita bermula dengan penuh tersusun dan dendam yang dia bawa selama ini pasti akan terbalas. Itu sahaja niatnya yang satu – merosakkan kebahagiaan keluarga Haji Rahmat supaya mereka sekeluarga merasai sendiri apa yang pernah dia alami selama ini.

Harleena - Dia berusaha untuk terus kuat dan mencari cebisan-cebisan bahagia yang masih berbaki. Dalam masa yang sama, dendam itu meletakkan dia dalam keadaan di luar pengetahuannya sendiri.

Qi Putra - Jatuh cinta merupakan perkara yang mahu dielakkan atas alasan masih menderita dengan cinta lama. Namun, kehadiran Harleena menjanjikan bahagia yang jelas untuknya. Tatkala sedar bahawa dia

Puntianak Lubuk Dalam ~ Suhana Mat Lazim

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Dengan kematian Siti Fatimah pada malam berdarah itu, bermulalah rasa takut dan gerun penduduk-penduduk kampung Lubuk Dalam. Ironisnya, kematian Darus turut berlaku pada malam yang sama, oleh pembunuh yang sama, tetapi dibunuh dengan cara yang berlainan. Kematian Darus bersaksikan anaknya, Dharwisy. 

“Ibu akan hantar kamu ke tempat lain. Ibu risau dengan kelebihan yang ada pada kamu. Ibu takut nasib kamu akan jadi seperti bapak kamu.” 

“Ke mana ibu mahu hantar Abang Dharwisy?” “Riau.” Pulangnya Dharwisy ke Lubuk Dalam, menamatkan sebuah penderitaan dan merungkai satu per satu tragedi yang berlaku di kampung Lubuk Dalam pada 16 tahun yang lalu.

 

Menunggu Kamu ~ Phidot

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Tidak pernah Idrus menyangka kedatangannya ke Miri akan menemukan dia dengan Miss Icy. Gadis yang dikenali dan dihubunginya menerusi e-mel, akhirnya dapat dilihat depan mata.

Tanpa angin ribut, gadis itu tiba-tiba menghilang. Langsung tiada e-mel buat dirinya lagi. Tambah-tambah lagi Miss Icy meluahkan rasa cinta terhadap dirinya, tetapi Idrus tolak dengan alasan setiap perasaan yang hadir hanyalah bersifat sementara.

Sedar, cinta tidak mungkin berbalas, Narissa menghilangkan diri tanpa khabar dan cuba untuk melupakan Idrus. Menjauhkan diri bagi mengelak daripada berterusan mengejar cinta yang tiada jawapannya.

Ya, Narissa memang gila kerana cintakan lelaki yang tidak diketahui wajahnya melainkan gambar kaki dan pemandangan yang disertakan dengan kapsyen yang menarik hati.

“Do you think we can be happy?”
“Yes, we can. To be love and to love someone, we have to have courage, no matter how it is. Trust me, you will be the happiest person. And of course, we will be happy together. We can make it happen.”

 

Benar Kucinta Dia ~ Amyra Aimi

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Kisahnya ibarat cerita dongeng Cinderella versi lelaki. Makan apa yang ada. Tidur beralaskan tikar. Tinggal merempat pula. Puas dimaki, puas dicerca. Dibelasah lelaki yang merupakan ketua samseng di kampung. Itu semua sudah menjadi ‘makanan’ yang dia kena hadam.

Fareez Iskandar sudah lali hidup susah. Sehinggalah, pertemuan dengan seorang lelaki yang berpangkat Dato’. Dia ditawarkan pula pekerjaan sebagai pemandu peribadi kepada anak tiri orang kenamaan tersebut.

“Aku rasa tak salah pun kalau kau berbahasa elok. Kau tak risau ke? Disebabkan mulut kau tu, takde lelaki yang nak.” - Fareez
“Ek eleh... cakap kita. Lelaki yang berebut nakkan aku lagi adalah. Kau tu yang takde perempuan nak.” - Raysa

Raysa sakit jiwa nak menghadap muka lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Entah manalah ayah tirinya itu sudah kutip.

Padahal, hati mula sukakan pemandu peribadi merangkap bodyguard sendiri. Dengan berbaju sut serba hitam dan berkasut hitam, berperwatakan misteri dan suka berahsia, gaya selekeh itu terus bertukar maco.

Lelaki itu kini menjadi lelaki yang Raysa puja dalam diam!

 

Pandai itu subjektif. Semua orang berbeza kemahiran


Carilah ilmu. Moga kita dijauhi kejahilan & kesombongan.

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim."
(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya'la daripada Anas Bin Malik)

Buku: Nasrullah Amran. 2018. Orang yang lupa takkan ingat perkara esok. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Thursday, 12 November 2020

Secrets of Divine Love ~ A. Helwa

(SEM & SS) RM65.00 > RM59.00

Secrets of Divine Love draws upon spiritual secrets of the Qur'an, ancient mystical poetry, and stories from the world's greatest prophets and spiritual masters to help you reignite your faith, overcome your doubts, and deepen your connection with God. Through the use of scientific evidence, practical exercises, and guided meditations, you will develop the tools and awareness needed to discern and overcome your negative inner critic that prevents you from experiencing God's all - encompassing love. The passages in this book serve as a compass and guiding light that returns you to the source of divine peace and surrender. Through the principles and practices of Islam, you will learn how to unlock your spiritual potential and unveil your divine purpose. Secrets of Divine Love uses a rational, yet heart - based approach towards the Qur'an that not only enlightens the mind, but inspires the soul towards deeper intimacy with God.

“The fragrance of the Beloved permeates every passage of this magnificent book, gently opening the gates of the heart and inviting the reader into a direct experience of that which the author so beautifully evokes. Whether you identify as a Muslim whose faith has perhaps grown weary or as someone who would like to taste of the essence of a tradition you do not

Biografi Imam 4 Mazhab ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

Buku ini memaparkan sejarah hidup empat Imam yang terkenal di dalam dunia islam. Mereka sangat masyhur kepada seluruh umat dari zaman lalu hinggalah sekarang.

Merekalah imam-imam bagi empat mazhab yang berkembang dalam islam , yang terus kekal dan dipegang oleh kebanyakan umat islam seluruh dunia, iaitu:
–>Imam Abu Hanifah ( Mazhab Hanafi)
–>Imam Malik ( Mazhab Malik)
–>Imam al-Syafie ( Mazhab Syafie)
–>Imam Ahmad bin Hanbal ( Mazhab Hanbali)

Merekalah peletak dasar mazhab yang empat. Pengorbanan dan jasa mereka begitu besar terhadap agama islam terutama dalam bidang ilmu fiqh. Sungguh , adalah satu kerugian dalam ilmu jika kita tidak mengenal imam-imam ini.

Dalang Di Sebalik Konspirasi Penaja Peperangan Dunia ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.90

Rasulullah SAW pernah memberitahu sejak 15 abad lalu bahawa umat Islam pada akhir zaman walaupun ramai, tetapi mereka lemah kerana dijangkiti penyakit "Cintakan dunia dan takut mati". Lantaran itu mereka mudah dicatur oleh musuh mereka yang terdiri daripada kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang. 

Melalui buku ini, penyusun cuba dedahkan betapa isyarat tersebut benar-benar terjadi kini yang mana dunia Islam terperangkap dalam jaringan "Konspirasi Yahudi Antarabangsa" yang memperalatkan kuasa-kuasa besar dunia, sama ada di pihak blok Barat atau blok Timur, yang berada dalam PBB, NAT, UNI-Eropah, hatta dalam kesatuan Negara-negara Islam sendiri seperti OIC, NAM dan lain-lain bagi mewujud dan menaja peperangan sesama sendiri. Untuk mengetahui siapakah "DALANG DI SEBALIK KONSPIRASI PENAJA PEPERANGAN DUNIA " yang mengaut keuntungan daripada hasil Penjualan Senjata? Anda perlu baca buku ini.

 

Muhammad Bukan Pendusta ~ Firdaus Zainal, Hanim Anuar

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Nama ' Muhammad ' begitu sinonim dengan umat Islam meliputi tatacara kehidupan, keperibadian dan akhlak yang terpuji . Islam meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai insan paling sempurna dan dicintai semua makhluk . Baginda dimuliakan Allah dengan pelbagai nama dan gelaran di dalam Al Quran dan hadis. Setiap daripada kita bercita-cita untuk beroleh syafaat baginda di Hari Kebangkitan kelak. Namun, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak terlepas dari kecaman musuh-musuh Islam.

Bermula daripada abad ke 7 sehingga sekarang, nama Muhammad tidak lekang daripada fitnah dan pembohongan yang ditulis orientalis dan diwarisi dari generasi ke generasi. Malah, kewujudan media sosial telah menjadikan ' Muhammad ' sebagai satu agenda provokasi melampau pihak-pihak tertentu yang pastinya mengguris hati umat Islam. Justeru , karya ini hadir sebagai pencerahan di sebalik agenda jahat mereka yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. 

Berpandukan rujukan silang bidang antara pengajian Islam, sejarah, teologi, sosiologi, politik dan medieval, karya ini merungkao secara kronologi bagaimana fitnah ke atas Nabi Muhammad s.a.w bermula dan tersebar luas di eropah. Seterusnya , agenda kotor, kebencian dan kekeliruan orientalis dalam merencanakan sirah kehidupan dan perwatakan Nabi Muhammad s.a.w juga didedahkan sebagai asas pengetahuan mengenai fitnah yang sedang berleluasa di media sosial. Fitnah dan pembohongan

Cinta Senakal Dia ~ Lauren Alyrra

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“KAU tu hanya menumpang saja dalam rumah ni. Tak payah nak berlagak sangatlah ya. Umi dan ayah kau pun dah mati, kesian kau tinggal sorang-sorang. Kenapa kau tak ikut aje mereka sekali? Kan senang kerja aku. Ini tak, menambah beban lagi adalah. Aku tak faham kenapa suami aku tu nak sangat ambil kau tinggal dalam rumah ni sedangkan beban yang ada ini pun dah tak tertanggung.” 

Itulah kata-kata sinis dari Mak Tehnya, Puan Rohana yang hampir setiap hari didengari oleh Irdina. Sedih hatinya apabila dihina sebegitu tapi disabarkan saja. Adat menumpang memang begini. Bukan semua orang sukakan kehadiran orang baru. Wanita ini mula menunjukkan rasa tidak sukakan Irdina Qaisara sejak kedatangan Irdina ke rumah ini. Bukan saja Mak Teh yang tidak menyukainya, anak-anaknya yang lain juga tidak menyukai Irdina. Hanya seorang saja anak Pak Teh dan Mak Teh yang menyukai kedatangan Irdina di dalam rumah ini. Syahid. Anak sulung Pak Teh dan Mak Teh. Hanya Syahid saja yang sanggup rapat dengan Irdina. 

“Qaisara faham Mak Teh, tapi Mak Teh tak perlulah ungkit soal arwah umi dan ayah saya. Mereka sudah selamat di alam sana. Kalau Mak Teh tak puas hati dengan saya, Mak Teh cakap saja. Tak perlu nak aibkan arwah umi dan ayah saya. Mereka tak ada buat salah apa-apa pun dengan Mak Teh.”

Abang Bodyguard Nakal ~ Cik Zalikha

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kertas itu ditunjuk pada Dani. Terbeliak biji mata Dani membacanya. 

“AMANI!” keras Dani. Tak sangka Amani sanggup berkata begitu pada Puteri. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana orang seperti Puteri sudi menjaga kanak-kanak OKU seperti Amani. Bukannya menghina! “Kenapa Amani cakap macam tu? Tak baiklah! Dia yang tolong jaga Amani waktu abang pergi kerja! Kalau tak ada dia, siapa nak jaga Amani? Dia yang bagi Amani makan tau selama ni!” herdik Dani. 

Amani mendiam, dia tidak menulis apa-apa lagi. Terus dia mencampakkan anak patungnya ke tepi dan bangun berlari anak masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempasnya kuat. Dani mengeluh kecil. Dia meraut wajah untuk seketika, cuba untuk menenangkan diri. Terasa serba salah pula kerana meninggikan suara pada Amani. Dia tahu, dia tidak sepatutnya berkasar dengan budak kecil seperti Amani yang sensitif dengan kata-kata berbaur amarah. 

AISYA merengus geram. Hampir lima kali juga dia menghubungi Dani tetapi satu panggilan pun tidak dijawab. Dia terus bangun daripada duduk disofa, lalu kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. Sesekali jam di dinding diperhatikan Aisya yang sudah menandakan pukul 7:10 pagi. Aisya

Jika Aku ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.
Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu. Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.

"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."

Tuesday, 3 November 2020

Kesatria Melayu(Keperwiraan Bersulam Kesufian) ~ Izzuddin Al-Jitrawiy

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Perjuangan bangsa Melayu tidak akan terpisah soal agama dan juga bangsa itu sendiri. Ya! Pejuang bangsa Melayu itu sendiri sangat berkait rapat dengan soal keagamaan apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur urusan hal ehwal agamanya. Persoalannya, mengapa penjajah berhempas pulas untuk mengganggu gugat hal ehwal agama bangsa Melayu? Kerana itulah kekuatan yang menjadi tunjang utama kepada sebuah kebangkitan bangsa Melayu. Apabila agamanya baik, dibimbing dengan rapi serta istiqamah dalam amalannya,maka lahirlah pejuang-pejuang bangsa yang bertaraf ulama, wali Allah, pendekar, dan pelbagai bidang lagi.

Bumi nusantara ini subur dengan lembayung sufi yang membentuk akhlak luhur bangsa Melayu dan menggarap jiwa seorang pejuang untuk mempertahankan nusa dan bangsa. Kini, perjuangan bangsa Melayu itu hanya pada harta benda, pangkat, dan juga pengaruh semata-mata. Tiada lagi perjuangan yang bersifat murni kerana agama Allah itu. Soal ganjaran menjadi keutamaan sedangkan ganjaran atau rezeki itu soal kedua mahupun ketiga. Sedarilah,wahai bangsaku! Kita sudah tidak punya masa untuk berfoya-foya, berkhayal di tanah air sendiri sedangkan segalanya tergadai. Apakah kita tiada rasa kecintaan terhadap negara kita yang sedang dimamah rakus oleh musuh. Marilah kita bersama-sama telusuri semula kekuatan bangsa ini agar kembali teguh pendirian, pemikiran serta tindakan kita dalam mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air kita.

 

Sang Pewaris ~ Fizziany

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;
1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.
Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Cuma Setahun ~ Wazura Ramly

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Mereka dari dunia yang berbeza, ibarat langit dan bumi! Si jejaka dari dunia bergemerlapan, popular, glamor dan digilai ramai. Si gadis pula dari dunia pendidikan, cendekiawan, glamor dalam kelompok tersendiri. Tidak diduga dan tidak dirancang, pertemuan ini telah mengikat kedua-duanya.

Felix Iskandar... kariernya berada di kemuncak, segala-galanya tersusun rapi. Perancangannya tidak pernah tersasar tetapi, kenapa kali ini dia lari dari agendanya? Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan bukan boleh diatur dengan sesiapa sahaja. Perkahwinan adalah keputusan seumur hidup. Namun begitu, kenapa dia boleh terikat?

Wirdani... gadis berpendidikan, berdikari dan hidup bersendirian menjadikan dia kental. Cita-citanya tinggi ingin mencapai pelangi dan pergi lebih jauh meninggalkan memori silam yang pahit untuk dikenang. Namun, dia berada di tempat yang salah dan waktu yang salah. Dia terperangkap oleh keadaan. Tegarkah dia melalui ikatan perkahwinan kali kedua? Situasi yang berbeza namun, pengakhirannya hampir sama!

Namun, penyatuan ini cuma setahun. Cuma setahun? Benarkah ikatan yang terjerat ini hanya setahun? Perkahwinan tidak ada dalam perancangan hidup mereka. Tidak pernah ada! Itu adalah perancangan terakhir untuk difikirkan setelah semua impian tercapai. Sumpahan apakah ini?

Hanya Ingin Kamu ~ Syu Ariani

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Tiga tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi…

“Ada apa dengan kita?” – Adam Haidar

Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan?

“Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?” – Nurul Aileen

Aileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Tidak cukup dengan itu, Aileen perlu hadap kebencian ibu bapanya terhadap Adam. Dosa silam seseorang mampu

Allah merakam apa sahaja kita buat.


Orang aniaya kita, kita aniaya orang. Kawan tikam kita, kita tikam kawan.
Orang buat baik, kita buat baik, semuanya akan dipertontonkan pada semua pada hari perhitungan itu. 'Kamera' Allah senantiasa merakam kita. Ia akan 'off' bila kita sudah menghembus nafas terakhir.

Binalah kebaikan untuk diri sendiri meskipun kecil agar ia menjadi asbab untuk kita masuk syurga.

Buku: Hisham AR. 2018. Hidup 2 kali aje. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...