Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 27 January 2021

Ibadah terindah melalui pernikahan


Melalui pernikahan, anda banyak perkara boleh dilakukan bersama dengan pasangan yang kita cintai.
Ia lebih manis & lebih diingati.

Buku: Shaza Baharuddin. 2018. 99 Stress Free Wife. Mustread sdn bhd. Selangor.

Hello, Jangan Tapau Cintaku ~ Hasreeyati Ramli

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati.

Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara. Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

Teja di Hati ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Kahwin. Topik yang sangat ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahannya berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.

“Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila.” - Teja.

“Please do that.”- Luq

Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, Tuah hadir menuntut Tejanya.

“Awak tahu tak, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang.” -

8 Perkara Boleh Dilakukan Sebelum Jam 8 Pagi


Berpagi-pagian adalah salah satu daripada Sunnah Nabi s.a.w.

Dan menurut beberapa kajian Barat, berpagi-pagian juga memberika kesan positif pada badan & minda. Cuba anda lakukan mana yang mampu 😊

"Ya Allah, berkatilah umatku di pagi harinya. Adalah Nabi s.a.w jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga & beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat untung)."
(Hadis Riwayat Abu Daud, 2606)

Friday 22 January 2021

Isteri Bukan Bibik ~ Ahmad Sarwat

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Menjadi stigma dalam kalangan masyarakat kita, posisi seorang isteri adalah menjadi seorang pembantu bagi sebuah rumah tangga. Secara tidak sedar, kita menganggap semua itu bersumberkan dari ajaran agama Islam. Seolah-olah kita mengatakan Islam mewajibkan setiap isteri untuk melakukan banyak pekerjaan rumah tangga, layaknya seorang bibik.

Isteri harus menyapu, mengemop, mencuci, menggosok, memasak, dan melakukan seluruh kerja rumah yang lain. Waktunya dihabiskan untuk pekerjaan sebanyak itu. Hasilnya, saat suami pulang, isteri sudah kelelahan dek pekerjaan hariannya sehingga tidak ada waktu untuk melayani suami dan anak-anak.

Jadi, apa sebenarnya peranan dan tanggungjawab seorang isteri dalam rumah tangga?
Apakah isteri perlu melakukan semua pekerjaan itu?
Bagaimana Al-Quran, As-Sunnah, dan para ulama memandang masalah ini? Ataupun adakah ini semata-mata kesalahan persepsi bangsa kita?

Buku ini akan mengajak kita menelusuri khazanah Islam secara lebih luas perihal seorang isteri, dengan merujuk kajian fiqh para ulama empat mazhab.

Bijak Merancang Wang ~ Afyan Mat Rawi

(SEM & SS) RM37.00 > RM35.00

Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan.

Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.

Ubah Lelah Jadi Lillah ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM40.00 > RM37.00

Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup, terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah SWT pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan?

Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang yang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah SWT. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah.

Prinsip pertama: Pastikan aktiviti kita terarah.

Prinsip kedua: Pastikan apa yang kita kejar dan usahakan di dunia ini mampu membawa kita kepada keberkatan.

Prinsip ketiga: Berusaha kuat supaya hidup kita mampu menghasilkan kebaikan kepada masyarakat.

Prinsip keempat: Semua akan mudah dicapai apabila kita sudah berniat dan bertekad untuk llillah (kembali pada aturan Allah SWT ) dari awal.

The Amazing Rasulullah s.a.w: Sejak Hijrah ke Madinah ~ Sayf Muhammad Isa

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

"Manusia mulia itu sudah wafat. Kita akan berasa sedih apabila membaca kisah Baginda di dalam buku ini. Kerana sehingga pada saat-saat akhir sebelum wafat, apa yang difikirkan adalah mengenai kita, umatnya." Dicky Kentsela, (Pemilik Ghazi Publishing)

Bagaimanakah karakter Muslim sejati? Jawapannya hanya satu, seperti karakter Baginda Rasulullah SAW. Hadirnya seseorang yang menjadi contoh tauldan amatlah penting. Kerana ada banyak ideologi di luar sana, yang tidak memiliki contoh untuk diikuti, kemudian menjadikan para pengikut ideologi itu berpecah belah dan akhirnya sesat.

Karakter baginda amat penting, kerana di saat kita hendak mengetahui yang mana ajaran Islam yang benar, kita hanya perlu merujuk kepada penjelasan para ulama yang bersumber dari amal perbuatan yang pernah Baginda lakukan.

Di sinilah kepentingan generasi Islam menyelami kembali perjalanan hidup dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ada banyak kisah hidup Baginda yang menakjubkan yang akan menjadi lautan hikmah yang tiada batasnya bagi kita. Buku ini akan mengungkap sedikit sahaja dari kisah-kisah yang menakjubkan tadi.

Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun.

Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengingatkan hakikat keberadaan dan kewujudan mereka atas muka bumi ini, ia adalah kesengajaan Sang Pencipta sebagai ujian untuk mengetahui hamba-Nya yang mana patuh dan taat serta sebaliknya. Tujuannya apa? Tiada lain melainkan untuk menunjukkan kemahakuasaan-Nya semata-mata.

Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai ujian iman yang paling besar kepada makhluk yang ditaklifkan iaitu manusia dan jin. Selain daripada keduanya tiada beban tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak di akhirat, ia adalah kemuliaan sekali gus adalah beban yang maha berat.

Jangan Tunda Taubatmu ~ Ilham Wahyudi

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Setiap manusia pasti akan mati. Sama ada kita sudah tua, masih muda, masih kanak-kanak, bahkan juga bayi, kematian pasti datang.

Tidak ada sesiapa yang tahu, bila dan di manakah kematiannya akan berlaku. Apabila ia muncul, tidak mungkin dapat kita awalkan mahupun dilewatkan walaupun hanya sesaat.

Kerana apabila Izrail sudah datang memanggil, tidak ada yang dapat membantu selain iman dan amal soleh.

Maka, JANGAN TUNDA TAUBATMU.

Buku ini mengupas secara jelas semua perkara berkaitan taubat, kaedah taubat, tatacara solat taubat serta doa-doa taubat yang diamalkan oleh para nabi dan rasul. Mudah-mudahan dapat membantu kita dalam memastikan hidup kita dibimbing dengan jalan yang betul bagi meraih rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sebelum kita kembali untuk bertemu dengan-Nya.

Ingatlah, Ajal tidak menunggu taubatmu. Lakukan taubat selagi sempat.
 

Bangkitnya Legasi Anak Iblis ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM28.00

Peristiwa Holocaust yang dilihat Adolf Hitler sebagai hero, kerana berjaya membunuh orang-orang Yahudi sebenarnya bukanlah seperti apa yang ditulis di dalam lipatan sejarah. 

Mereka mengubah fakta asal, sebagai salah satu cara untuk menubuhkan negara HARAM Israel. Yahudi asal Orthodox menentang Puak Yahudi Zionis yang meletakkan pelbagai asas kekejaman dan kezaliman berpaksikan "Satanic Rule" demi mengasaskan negara Dajjal yang bakal dibangunkan kelak. 

Watak hero dicipta, kononnya inilah perjuangan dia, dan akhirnya melarikan diri kemudian mati adalah rekayasa puak Iblis untuk menanamkan Ilusi kepada masyarakat di seluruh dunia supaya kita faham tertegaknya negara Haram Israel di Palestin akan terlihat mulia ( bagi sesetengah pejuang kemanusiaan). Kita selalu berpegang dengan kata-kata beliau yang popular " Sengaja aku tinggalkan sedikit orang-orang Yahudi supaya kamu tahu kenapa aku membunuh mereka". Yang dibunuh adalah Yahudi yang menentang mereka. 

Apakah sebenarnya yang berlaku? Dan apakah di Tanah Melayu tiada sejarah yang diubah oleh puak-puak ini?

 

Silence Protocol ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah sebagai wakil Tuhan atau anak Tuhan Matahari. .. ..

Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di dalam bentuk manusia tua yang berjanggut. Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa lampau? .

Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman, menjadi penguasa dan pembina yang hebat.

Setiap tamadun yang dijejaki Dajjal, dia akan meninggalkan monumen sebagai simbol kehebatan ilmunya sebelum tiba zaman kemunculan semula Dajjal yang dijanjikan di akhir masa nanti. .. .. Jangan terus mengerutkan dahi anda, walau sebenarnya kajian ini agak pelik dan aneh bukan?

Pertanyaannya benarkah kemunculan Dajjal hanyalah selama 40 hari keberadaannya di akhir zaman, atau Dajjal memang benar-benar telah wujud mengembara ke serata dunia menyuntik doktrin sekian lama ? . Apakah definisi 40 Hari yang dimaksudkan oleh baginda Nabi SAW?
 

Kamu tidak akan melakukan perkara yang sama


Biar Allah yang balas. Pahalanya untuk kamu.

BUKU: LUQMMANN. 2018. METANOIA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Adelia ~ Aryanie Ismail

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Bukan Adelia pinta semua ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa.

Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda.

Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi. Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas daripada belenggu ini? Akan terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini?

“Awak, Adelia kan?”
“Awak... awak... nampak saya ke?”
“Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?”
“Ya, saya.”
“Tapi, bukan ke awak dah meninggal?”
“Saya... saya...”

Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian.

“Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini.

Izinkan Aku Bahagia ~ Aalin Amily

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya.

“Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!” - Tengku Fahmi
“Kasut bos kasut kulit, kan? Saya tak kisahlah kalau bos samakan muka saya macam kasut bos.” - Dhiya
“Memang kasut kulit. Tapi kau tahu kulit apa? Kulit oink-oink.” - Tengku Fahmi

Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik untuk bercinta. Namun, takdir menemukan mereka, lalu berjaya mengundang rasa cinta dalam hati kedua-duanya. Baru saja hati ingin melakar keindahan, dugaan datang bertimpa-timpa.

“Tolonglah terima saya semula. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk hubungan kita. Saya takkan pergi tinggalkan awak lagi.” - Serra
“Hubungan kita dah lama berakhir, Serra. Kalau ye pun awak nak muncul semula, sepatutnya awak d

Harimau Jadian ~ Zarini Mansor

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Kemalangan bas pada lima tahun lalu menyebabkan Farid hilang tanpa jejak. Sekian lama masa berlalu, Emy masih tidak berputus asa mencari abangnya itu.

Namun, lain yang dicari, lain pula yang dijumpai. Emy bertemu seorang lelaki dan dikurung di dalam sebuah gua. Lelaki misteri yang disangka gila itu sebenarnya bukanlah manusia biasa. Harimau jadian?

Dan, lelaki itu tidak henti-henti menghalau Emy pergi dari situ.

“Mungkin kau boleh bantu aku.”
“Aku tidak dapat membantu kau.”
“Kenapa? Kau mesti tahu sesuatu. Kau... bukan manusia, kan?”
“Manusia ataupun tidak, bukan urusan kau untuk bertanya itu dan ini. Kau mesti keluar dari sini.”

Berkali-kali dipujuk rayu, Tajul Asran akhirnya terpaksa bersetuju dan membawa Emy ke sebuah dunia yang dipanggil Tujuh Dahan, untuk bertemu dengan Raja Hutan.

Di samping hendak membebaskan lelaki yang disangka abangnya, Emy berpeluang menyaksikan pertarungan antara Ulung Tajul Asran dan Ulung Kaala Ghazi, lelaki berketurunan harimau jadian.

Thursday 21 January 2021

Hari Ini Dalam Sejarah Peristiwa Orang Melayu ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM37.90 > RM35.50

Buku ini membincangkan megenai 36 topik yang merangkumi isu bebas mengenai orang Melayu. Sering juga saya ditanya, "Bagaimana cikgu tahu semua?" Saya jawab yang saya tidak mengetahui semuanya tapi saya tahu sedikit untuk setiap perkara. Cukuplah untuk menjawab soalan kamu. 

Buku ini juga menghidangkan pelbagai topik seperti penetangan , pengetahuan am, penjajahan, bahasa dan sebagainya. Semua fakta-fakta yang diberikan ialah berkaitan dengan Melayu dan orang Melayu. Ini merupakan sumbangan kecil untuk memberitahu kepada orang Melayu mengenai sejarah nenek moyang mereka yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Belajar sejarah bukanlah belajar tentang orang mati tetapi kita belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang pernah dilakukan dan apa yang berlaku kepada si mati. 

Jika kita melupakan sejarah, sudah tentu kita akan mengulangi benda yang sama. Tentu sangat buruk jika kita melakukan 2 kesalahan yang sama. Dan yang penting sekali ialah anda sudah ada pengetahuan untuk 36 perkara atau peristiwa yang pernah berlaku di Tanah Melayu.

Sejarah Arab Saudi: Buku Pertama Membongkar ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM37.90 > RM35.50

Buku ini mengupas sejarah Semenanjung atau Jazirah Arab sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang . Inilah buku pertama yang mengupas persoalan seumpama ini dengan menyeluruh, yang diketahui tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Alam Melayu ini. Terdapat dua kekeliruan besar dalam penulisan sejarah Semenanjung Arab ini. Pertama, selama ini dalam subjek Sejarah Islam kita hanya mengetahui sejarah Hijjaz atau Haramain ( Makkah dan Madinah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al-Rasyidin sahaja. 

Selepas itu sejarah Hijjaz terus hilang dan tenggelam akibat perubahan pusat politik ke Syam atau Damsyik dengan kenaikan Kerajaan Bani Umayyah, lalu berpindah ke Baghdad pada zaman Bani Abbasiyah, dan kemudiannya ke Istanbul pada zaman Uthmaniyah. Apa yang tinggal hanyalah Hijjaz ( Makkah dan Madinah ) sebagai pusat agama dan ibadah. Buku ini cuba mengisi kekosaongan sejarah Hijjaz yang terabai sejak berakhirnya zaman Khula al-Rasyidin hingga tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1925. Selain itu, kekeliruan lain dalam penulisan sejarah tentang Sejarah Makkah dan Sejarah Madinah ( yang diterbitkan di Arab Saudi ) ialah ia hanya mengupas tentang sejarah Kaabah, Hajar al-Aswad, maqam Ibrahim, telaga Zamzam, Masjidil-Haram, Masjid Nabawi, Masya'ir dan sebagainya. Walaupun tema-

Membongkar Keindahan & Keunikan Kota Warisan Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Keindahan dan keunikan kota warisan dunia kebanyakannya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.

Kota-kota warisan ini telah mendapat dana dari Dana Warisan Dunia yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Perlindungan Warisasn Budaya dan Semula Jadi Dunia yang dipersetujui oleh Persiadangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Kebanyakan kota-kota ini mempunyai 'nilai sejagat luar biasa ' atau outstanding universal value serta melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang berpengaruh secara signifikan terhadap budaya, menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi, mengandungi perincian atau bukti bahawa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap.

Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia , wujudnya rasa kekaguman pada sebuahtempat tinggal, tanah , atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan , khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang siknifikan , dan memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisitertentu , dari aspek pemikiran , kepercayaan , artistik dan sastera.

 

Friday 15 January 2021

Suratan Atas Pilihan ~ Ana Farhana

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Fia merasakan kehidupannya sudah cukup lengkap. Hidup berdua dengan Reza, tidak bermakna tiada yang datang mengganggu. Keadaan bertambah buruk selepas dia diganggu dan dikejar oleh Syah, lelaki yang masih berstatus suami orang.

“Aku mesti dapatkan perempuan tu. Masa tu baru kau tahu yang Ahmad Syahrin ini hebat ke tidak.” - Syah

Fia cuba sedaya upaya untuk mengelak, namun namun lelaki itu seperti tidak mengenal erti putus asa. Oleh kerana kerap diganggu dan diserang isteri Syah, ia telah memaksa Fia membuat cadangan gila.

“Awak nak kahwin dengan saya?” – Fia
“Kita tak boleh kahwin. Mustahil!” – Qal

Istilah kahwin paksa atau kahwin kontrak tiada di dalam kamus hidup Qal. Bagi Qal perkahwinan itu mulia dan dia tidak mahu Fia berkahwin dengannya hanya semata-mata untuk lari daripada masalah. Tetapi kenapa selepas dia menolak, raut wajah Fia terbayang di ingatannya siang dan malam?

“Apa yang saya tahu sekarang ini... saya rasa saya gilakan awak, Fia.” – Qal
“Tapi awak cakap kita tak kenal hati budi masing-masing?” – Fia

My Dangerous Arlo Russo ~ Mum Linz

(SEM & SS) RM28.00 > RM26.00

Hanya kerana satu kejadian, telah menarik minat Arlo Russo, ketua mafia Itali yang kejam dan berdarah sejuk itu untuk menjadikan Darwina sebagai tawanan di rumah agamnya. Bagi Darwina pula, perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya. Apa salah dia?

“You caught my interest. As I said before, I want you so bad.” - Arlo Russo
“Let me go! I’d rather die than being with you. I’m not yours!” - Darwina

Kata orang bila dah sebumbung, rasa benci pasti akan bertukar jadi suka. Atau mungkin lebih dari itu. Dan gelaran ‘tesoro’ selalu menjadi mainan di bibir lelaki itu.
Tapi segalanya mula berubah apabila satu rahsia tentang Darwina terungkai. Darwina adalah wanita yang dia cari selama ini. Wanita yang mempunyai kaitan dengan kematian orang tuanya. Namun belum sempat masalah dirungkaikan, Arlo telah kehilangan memori tentang Darwina.

“Kita pernah kenal ke?” - Arlo Russo
“Arlo... you dah lupakan I ke? Semudah itu?” - Darwina
Dan demi mengembalikan semula memori dan kisah tentang mereka, Darwina sanggup mengahwini

Tuesday 5 January 2021

7 Cara Diterima Pahala Sesudah Mati


Mari kita bina saham akhirat dari sekarang.Kerana bila kita mati pun, kita tak pasti.