Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 28 February 2021

Berbuat baik pada orang terpenting dalam hidupmu

Berbuat baik & bersifat ihsanlah dengan orang keliling kita.
Mulakan dari yang tersayang & yang menyayangi kita.

Buku: Mizi Wahid. 2020. You are loved. Iman Publication. Selangor.
 

Jadilah diri sendiri & bukan orang lain


Jadilah diri kita sendiri.Jika ada orang lain lebih baik & lebih bagus dari kita, jadikanlah dia sebagai idola untuk memperbaiki diri. ☺️💞

"Kita janganlah jadi orang lain. Kita jadilah diri kita."

Rasulullah s.a.w tidak meng'Abu Bakar'kan Umar. Rasulullah tidak meng'Usman'kan Ali. Rasulullah tidak meng'Ali'kan Muawiyyah. Setiap orang ada wataknya tersendiri. Setiap orang ada kelebihannya tersendiri. Namun mereka semua tetap menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.

Rujukan: Kuliah dhuha Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 15 Ogos 2020.

Al-Quran Al-Karim Amazing A4 (Cover Baru)

(SEM & SS) RM145.00 > RM133.00

33 Panduan Al-Quran Untuk Hidup Anda.

(DILENGKAPI WAQAF IBTIDA’) KEISTIMEWAAN:
  • Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan. 
  • Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna) 
  • Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah. • Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid.
  • Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran)
  • Perbahasan Tafsir Jalalain
  • Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema)
  • Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari
Warna Pilihan: Hijau, Ungu, Hitam, Putih, Hijau Mint




Membongkar Misteri Dewa & Dewi Yunani Purba ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM36.00

Masyarakat Yunani purba pernah menyembah dan percaya kepada banyak dewa dan dewi. Dewa-dewi itu tinggal di Gunung Olimpia, di bawah kepimpinan suatu dewa tertinggi iaitu Zeus. Zeus adalah raja para dewa. Dia mampu mengendalikan cuaca. Penyair Yunanu kuno, Hesiod, memanggilnya sebagai 'awan-pengumpul' dan 'guntur atau guruh'. Senjatanya yang paling ampuh adakah petir. Masyarakat Yunani purba percaya bahawa ketika petir menyambar bumi, itu adalah tanda Zeus hadir. Zeus juga sangat mementingkan sifat keramahtamahan, jika ada yang memperlakukan tetamu dengan buruk maka Zeus akan marah. Kepercayaan masyarakat Yunani juga merupakan kumpulan beberapa mitologi. 

Keyakinan terhadap kuasa Dewa-dewi dikaitkan dengan aktiviti seharian masyarakat Yunanu purba. Contohnya, Aphrodit sebagai dewi cinta. Di sebuah gunung iaitu Olympus yang berdekatan dengan Athena didirikan sebuah kuil besar yang dipersembahkan untuk Dewa Agung Yunani Zeus dan didirikan juga patung Zeus. Di samping kuil tersebut didirikan pula sebuah lapangan besar agar masyarakat Yunani merasa lebih dekat dengan Zeus iaitu melalui

Misteri Al-Masih Ad-Dajjal ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Dunia sekarang ini sedang bergolak dengan pelbagai kemelut. Penyakit sosial , perpecahandalam masyarakat , pertumpahan darah melibatkan negara ISlam dan negara terkenal, peperangan , kerosakan di bidang fikiran, fahaman serta ideologi, pemujaan sihir dan lain-lain lagi telah menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Krisis bidang ekonomi , kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang dan sistem perbankan riba telah menindas umat manusia diserang pelbagai penyakit kerana pening dan stress. Di sebalik semua gejala yang terjadi , kita lupa, alpa dan terlepas pandang . 

Apakah itu? Atau apakah "Dia"? Semua kemelut yang terjadi sekarang ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bumbag kalau-kalau umatnya terpengaruh dengan fitnah yang dibawa "Dia". Ramai dikalangan umat Islam sendiri tidak tahu dan sedar siapakah "Dia", tokoh yang merbahaya. "Dia" ialah DAJJAL. DAJJAL yang bakal muncul di penguhujung umur dunia untuk menghuru-harakan dunia ini. Buku ini mendedahkan bukti-bukti kewujudan Dajjal yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW; diisyarat dalam Al-Quran secara simbolik dan diperjelaskan bukti kewujudan Dajjal dalam hadis sifat-sifatnya secara terperinci termasuk fitnah dan pembohongan yang dibawa dalam pelbagai bidang kehidupan. 

Ramai di kalangan manusia , termasuk orang Islam terperangkap dan terikut-ikut dengan Dajjal serta mudah terkena sihir Dajjal. Di penghujung buku ini dikongsikan tips dan panduan cara mana untuk selamat daripada fitnah dan Dajjal serta menangkis "Sihir Dajjal".

Sunday 14 February 2021

Bahagia Itu Milikku ~ Nurul Shuhada

(SEM & SS) RM28.00 > RM26.00

Nur Afwan Insyirah, di sebalik sebaris nama itu ada harapan yang ditanam untuknya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sebagai seorang anak. Sekaligus menunaikan janji yang telah dilafazkan kepada arwah abah.

“Afwan... janji dengan abah. Janji yang Afwan akan cari keluarga Afwan. Cari mereka dan dapatkan balik hak Afwan sebagai anak.” - Pak Malik

Bermulalah rancangannya mahu mendekati keluarga kandung dengan menjadi warga syarikat korporat milik Tan Sri Malik. Namun kehadirannya mendapat perhatian dua orang jejaka yang memegang jawatan penting di dalam syarikat.
Alif Mikail Adam, jejaka tampan yang punya segalanya. Dengan hanya melihat kepada sekeping gambar, dia jatuh cinta kepada gadis itu.

“It was the same feeling I got when I saw her picture. She is beautiful.” - Mikail

Aizat Hariz, bertahun-tahun dia menyimpan kasih sayangnya buat seorang insan sehingga sanggup

Cinta Hati Mr. Chocolate Marshmallow ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Pertemuan pertama di antara Faliq dan Ayana bukanlah bermula dengan baik. Sangka Ayana, itulah pertemuan terakhir mereka.

“Hello, cik adik. Awak pekak ke?” - Faliq
“Awak apa hal? Tiba-tiba nak cari pasal?” - Ayana

Ternyata sangkaannya meleset apabila mereka terpaksa ‘berpasangan’ demi menyiapkan tugasan berkumpulan. Maka bermulalah hubungan ‘sejuk beku’ dan sesekali ‘perang dunia’ antara mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Perhubungan mereka semakin rumit apabila kedua-dua ibu bapa mereka mahu menjodohkan mereka.

“Aku tak nak kahwin! Faham tak? Tak nak!” - Ayana
“Biar masa dan takdir yang tentukan. Lagipun, kita bukan nak kahwin dalam masa terdekat ni.” - Faliq

Tak punya pilihan, akhirnya Ayana terpaksa setuju. Dengan syarat, tiada sesiapa pun yang tahu tentang perkahwinan mereka dan mereka akan menjalani kehidupan seperti biasa. Bukan seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, satu kejadian yang menimpa Ayana telah membuatkan Faliq mengambil keputusan untuk

Allah berikan yang terbaik untuk kita


Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Meskipun kita tertekan dengan kelebihan orang lain, belajar sangka baik & cuba perbaiki diri.
Doa, usaha, tawakal.

You are special just the way you are


You Are Special Just The Way You Are. INGAT TU!
Belajarlah berfikiran bahawa setiap kita ada keistimewaan masing-masing. Semua orang berbeza.

Jika jatuh atau rasa down, bangunlah dan belajarlah sesuatu darinya. Adakala Allah mengajar kita dengan cara yang tak disangka-sangka.

Buku: Mizi Wahid. 2020. You are loved. Iman Publication. Selangor.

Misteri Raja Bersiong ~ Ibnu Ibrahim At-Tawari

(SEM & SS) RM29.90 > RM27.90

Arman, Suzana, Yusri, Laila dan Chakrii Sampron berusaha merungkai misteri Raja Bersiong. Akibatnya mereka terperangkap oleh penjenayah Kumpulan Raja Bersiong yang memakai topeng Raja Bersiong. Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa itu ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. 

Raja Ong Maha Perita Deria ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima baginda. Raja Ong Maha Deria atau Raja Bersiong ini amat gemar memakan masakan sayur bayam. Pada suatu hari, baginda telah pergi berburu. Tukang masak baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak sayur bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk sayur bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan orang lain

Dia yang Mencintai Aku ~ Wawa Akil

(SEM & SS) RM28.90 > RM27.00

Lelaki itu pernah dicintai dalam diam. Inilah lelaki yang bakal menjadi imamnya suatu hari nanti. Dia yakin lelaki itulah yang akan menemani hari-hari tuanya. Namun, belum sempat bunga-bunga cintanya mekar mewangi, dia diminta melepaskan lelaki itu. Walaupun terluka dengan permintaan itu, Hidni terpaksa akur. Perasaan yang baru bercambah itu harus diketepikan. 

Lelaki bernama Aqid Rayyan perlu dilepaskan daripada hatinya Lelaki itu bukan miliknya. Ada insan lain sudah bertakhta di hati lelaki itu. Tiga tahun Aqid meneka dalam kesamaran. Mencari di mana silap dirinya sehingga gadis itu menghilangkan din. Separuh dirinya hilang. Kehilangan gadis itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat. 

"Kau jangan nak seksa diri sendiri Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu. Tak berbaloi langsung."- KAMARUL 

Namun... Percaturan Allah memang hebat. Saat Aqid mulai reda dengan kehilangan gadis itu, Allah menemukan mereka semula. Pertemuaan yang tidak dijangka itu membuatkan jiwa lelakinya Kembali

Duniaku Hanya Ada Kamu ~ Azimah Lily

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

“Cinta bertepuk sebelah tangan, kenapa nasib aku begini? ”

“Abang long! Omar tu milik Husna. Tak ada siapa boleh rampas Omar dari Husna. Orang yang Omar cinta… Husna, bukan Mariam. Anak angkat tak guna tu ada hati nak ambik Omar dari Husna. Cermin diri tu dulu.”

Bagi MARIAM, niatkan menggantikan tempat Husna semata-mata ingin menjaga hubungan semua pihak. Biarlah dirinya berkorban berkali-kali walaupun pengorbanannya sedikit pun tidak dipandang oleh Husna. Memang diam-diam dia mencintai Omar, tapi apa gunanya kalau hanya bertepuk sebelah tangan?

Akhirnya Mariam merawat lukanya jauh di utara semenanjung Malaysia. Namun tanpa disangka, jantungnya sekali lagi berdegup kencang apabila melihat seorang lelaki. Bertahun-tahun mencintai Omar, yang hairannya, kenapa cepat sangat jantungnya mencari sasaran pengganti?

“Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung ni degup laju macam ni? Jangan cari pasal, cik jantung oiii!” - MARIAM

Perkenalan dengan seorang jejaka bernama Raja Luth mengubah hidup Mariam. Kehadiran Raja Luth

Jasad Tanpa Nyawa ~ Maiera

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Jiwa yang mati adalah musuh,
bagi jasad yang hidup.

AYANI NABILA... Hidupnya penuh dengan duka. Zaman kanak-kanaknya tidak indah kerana dia perlu menjadi saksi penyeksaan yang dilakukan oleh ayah terhadap ibunya, Seri Rohaya. Fikiran ayahnya telah diracuni oleh wanita berhati iblis bernama Mariana.

“Kenapa kau sanggup bakar gambar ni? Kenapa?” - Ayani
“Bodoh! Sedangkan arwah mak kau tu aku sanggup seksa. Setakat bakar gambar tak bernyawa ni, bukan perkara yang susah untuk aku,” – Datin Mariana

Walaupun Ayani tahu perangai sebenar Mariana, namun dia diamkan sahaja kerana Mariana sangat hebat berlakon di depan ayahnya. Dan kerana idea Mariana, perkahwinan Ayani turut diatur. Berkahwin dengan jejaka kacak dan nampak lucu, bukan pengalaman yang ngeri buat Ayani. Dia reda demi kebaikan semua pihak.

“Oh, ya! Status awak? Masih belum berpunya, kan?” - Hareez
“Errr… Sebenarnya, saya dah ada kekasih.” - Ayani
“Kalau awak nak, kita boleh batalkan saja perkahwinan ni. Yalah, saya tak mahu awak menyesal pada kemudian hari,” - Hareez

Lima tahun telah berlalu, perkahwinan Ayani dan Hareez pula jauh dari kata bahagia. Kematian Alissa, kekasih gelap Hareez mempertemukan Ayani dengan Inspektor Arman, anggota polis yang ditugaskan

Lelaki Ke-19 ~ Norzailina Nordin

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.

Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!

“Hoi!” – Hanani Nuha
“Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus

Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam perkenalan. Nuha pula malas nak layan sebab... ‘Insiden’ atas katil itu yang buat dia lebih tak keruan!

“Apa mimpi awak call saya ni?”
“Mimpi nenek kebayan awak tulah!”
Nuha mahu pengsan!

Macam mana mahu berkawan dengan Adwan? Asal berjumpa aje, mesti ada benda berlaku. Nuha jadi buntu. Adwan pula kaku.

Ah! Bagi Adwan pula, tak kiralah kalau muncul bayangan lelaki zaman lampau siap bertanjak dan

Tuesday 9 February 2021

Asam Garam Meriahnya Rumahtangga Nabi s.a.w 3 ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Nabi dikurniakan ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai. Merekalah yang mengasyikkan lagi kehidupan dan perjuangan Baginda.

Buku ini akan menghidangkan babak-babak interaksi Nabi dengan ahli keluarga dan kerabat Baginda. Paling kurang kita akan berkenalan dengan 60 orang daripada mereka menerusi 13 kelompok berikut:
  • Ibu-ibu Nabi; 3 orang.
  • Bapa saudara Nabi: 2 orang.
  • Sepupu Nabi: 15 orang.
  • Anak Nabi: 4 orang.
  • Anak Angkat Nabi: 1 orang.
  • Anak Tiri Nabi: 4 orang.
  • Menantu Nabi: 3 orang.
  • Mentua dan Besan Nabi: 4 orang.
  • Ipar Duai Nabi: 5 orang.
  • Cucu Nabi: 4 orang.
  • Keluarga Susuan Nabi: 4 orang.
  • Kaum Keluarga Besar Nabi: 6 orang.
  • Hamba dan Khadam Nabi: 5 orang.
Begitulah, Nabi dianugerahi ramai ahli keluarga dan sanak saudara yang mendokong perjuangan Baginda.

Perang Gerila Dengan Syaitan ~ Abdullah Bukhari

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

  • Merungkai sejarah di langit serta permusuhan awal.
  • Pengenalan tentang jin, iblis dan syaitan.
  • Kelebihan dan kelemahan jin dan syaitan.
  • Rasul dan sahabat Nabi SAW dalam kalangan jin.
  • Sifat-sifat syaitan serta cara serangan iblis dan syaitan.
  • Senjata untuk menghadapi serangan syaitan.
  • Nama jin dan syaitan dalam al-Quran dan sunah.
  • Komentar terhadap riwayat berkenaan nama-nama syaitan.
Buku Perang Gerila dengan Syaitan ini boleh disifatkan sebagai buku yang mendedahkan tipu daya Iblis kepada manusia moden di alam Melayu. Justeru untuk menulis buku ini, penulis banyak merujuk buku Alam al-Jinn wa al-Syayatin karya Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar. Walau bagaimanapun, penulis turut menambah isinya dengan rujukan lain bersama olahan sendiri bagi menyesuaikan isinya dengan kehendak semasa seperti perihal nama-nama jin atau syaitan mengikut kepercayaan orang Melayu dan beberapa perkara lain.

Tafsir Mini Surah Al-Humazah ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Buku ini memberikan penerangan yang mendalaTentang surah al- Humazah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.
Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak- anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

My Bibik My Darling ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM28.00 > RM26.00

Najah Sofea binti Tajul – Bibik di rumah Puan Sri Rokiah

Irfan Haris bin Khairul Azlan – Cucu Nyonya Mansur a.k.a. cucu majikan Najah yang sangat menjengkelkan; membuli Najah sesuka hatinya.

Suatu hari terjadi satu peristiwa yang menyebabkan mereka disatukan. Najah dan Haris sama-sama menolak.

“Saya nak cari suami yang boleh bimbing saya ke jannah. Dia tu bau-bau syurga pun tak ada.” – Najah

“Kau bukan taste aku. Lagipun aku tak sentuh perempuan low class macam kau!” – Haris

Irfan Haris, pada zahirnya kelihatan seperti calon ahli neraka. Solat memang tidak pernah, minuman keras diteguk seperti air sirap dan teman wanita keliling pinggang. Pendek kata, memang tiada langsung ciri-ciri calon penghuni syurga. Namun, siapa kita untuk menentukan syurga neraka orang lain. Mungkin esok lusa Allah akan berikan hidayah agar lelaki itu insaf dan bertaubat. Insya-Allah syurga baginya.

Mereka melayari bahtera rumah tangga yang porak-peranda dan penuh dengan kekecohan. Haris dengan egonya yang tidak mahu menerima Najah, manakala Najah pula sibuk berusaha menarik suami bau-bau nerakanya ke jalan syurga.

“Jangan nak jadi ustazah kat depan aku, boleh tak?” – Haris

“Kalau saya ustazah, saya dah baca talkin kat telinga tuan. Biar Tuan Haris insaf.” – Najah

Di sebalik kekecohan dan hubungan kusut Haris dan Najah, muncul pula Dayana yang masih tidak putus asa menagih cinta Haris.

“Haris, apa lebihnya dia berbanding I? Dia cuma orang gaji.” – Dayana

Najah menjeruk rasa dengan keegoan Haris. Puas dia cuba menambat hati suaminya. Muncul pula seseorang daripada masa lalunya. Seseorang yang membuat dia terpaksa menyingkap semula kisah silamnya.

“I love you… I tahu you masih sayangkan I, cintakan I… I yakin you tak cintakan Haris.” – Asyfar

Umar ~ Fariesya Fauzy

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Pertemuan kali pertama di pasar raya membuatkan Damia menyimpan perasaan benci terhadap seorang lelaki.
“Eii… poyonya! Umar nanti dah besar jangan jadi macam mamat tu. Tak gentlemen langsung!” – Damia

Tanpa disangka, lelaki itulah yang bakal memisahkannya dengan anak saudaranya, Umar Fayyadh yang dipelihara sejak kematian kakak dan abang iparnya. Walaupun Umar selalu menaikkan darahnya, dia tetap menyayangi Umar bagaikan anaknya sendiri.

“Saya Firaz, abang kepada arwah Arman Fahim. Saya baru balik sini dan saya nak tuntut hak penjagaan Umar sekarang.” – Firaz

Disebabkan wasiat, terpaksa juga Damia melepaskan Umar. Tetapi… cerita Umar membuatkan Damia buka mata.

“Umar tak tahu nama betul dia, tapi papa panggil dia Kay. Dia suruh Umar panggil dia Cik Kay. Tapi papa suruh Umar panggil Pak Cik Kay atau Uncle Kay. Umar tengok papa dengan Cik Kay memang rapat. Masuk toilet pun sama-sama… Mak su, lelaki boleh kahwin dengan lelaki ke?” – Umar

Damia perlu menuntut hak penjagaan Umar secepat mungkin! Dia perlu menamatkan zaman

Jangan takut gagal


Cubalah.
Usahalah.
Meskipun hanya langkah kecil.
Moga ia mampu merubah, menambah ilmu & perbaiki diri kepada yang lebih baik.

Buku: Cerita Gagal. 2017. Iman Publication. Selangor.

Cuba buat apa yang kita rasa kita tak pernah mampu sebelum ini


Cuba.
Jika gagal, kita tahu kat mana kita kena perbaiki.
At least, ada pertambahan ilmu baru di situ.

Kenangkanlah masa kita kecil dahulu. 
Kita berusaha untuk cuba pelbagai perkara baru, belajar benda baru & nak dapat kawan baru. 
Kita cuba pelbagai cara untuk capai apa kita mahu. 
Jadi, teruskan usaha. Don't give up. 
Doa, usaha, tawakal.

Monday 1 February 2021

Wanita Wajib Kaya ~ Fida Jaafar

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini mengajak kita berfikir, kaya yang bagaimana yang kita mahu? Mahu jadi ‘betul ke kaya’? Atau betul-betul kaya? Real rich sudah ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang tidak mahu menjejaki mereka.

Jadi, apabila kita melihat kehidupan orang lain yang biasa dan sederhana, jangan kita anggap seseorang itu tidak berjaya. Jangan kita menilai dari pandangan mata kasar sahaja dan jangan sesekali merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

Tanggapan ini hadir kerana kita tidak dapat mencari material pada orang itu, kerana fikiran kita telah diasuh untuk melihat kemewahan yang tertonjol sebagai tanda kaya dan berjaya.

Ingat, wanita wajib kaya. Kaya bukan terletak pada harga (price tag) tapi pada nilai (value) yang membawa lebih banyak kebaikan kepada orang lain juga.

KANDUNGAN
Antaranya menyentuh persoalan Kaya Itu Apa? Mengapa Wanita wajib kaya? Di mana mahu bermula? Bila wanita wajib kaya? Dan lain-lain lagi. Disertakan juga kisah-kisah berdasarkan pengalaman sebenar yang terpilih yang boleh dijadikan teladan.

Cash Flow Untuk Keluarga ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Apabila kita hanya membaca buku ini, kita mudah taksub dengan isi dan formula di dalam buku ini sahaja, tanpa meneruskan langkah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang terkini dalam menguruskan cash flow untuk keluarga.

Proses pembelajaran harus diteruskan tanpa ada penghujungnya. Saat kita kata kita sudah pandai, itu tandanya kita sudah diperbodohkan oleh sandiwara dunia.

Buku ini adalah untuk kita meningkatkan kecekapan mengelolakan setiap duit dalam bentuk mata wang ringgit, untuk ditukar kepada jongkong emas, hartanah, saham di Bursa Malaysia dan lain-lain.

BAB 1: KELUARGA DAN KEWANGAN
Pecahan Untuk Pembahagian Kos Kehidupan, Cash Flow Untuk Sebuah Keluarga, Kos Perceraian, Nafkah Anak, Isteri Perlu Ada Pelaburan Sendiri, Bom Jangka Suami Isteri dan lain-lain

BAB 2: SIMPANAN DAN PELABURAN
Apabila Dapat Gaji/Rezeki, Tabung Kecemasan, Cash Flow Simpanan Bulanan, Simpanan Di Bank,

Penyukuh Buat Penuntut: Bagi Adab-Adab Menuntut ~ Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Adab dan akhlak yang mulia mesti menjadi keutamaan dalam pembentukan diri setiap Muslim. Lebih lagi yang bergelar pelajar dan penuntut ilmu agama.

Kitab asal; Tanbih al-Muta‘allim mengandungi 77 bait syair berkenaan adab dan etika menuntut ilmu, ditulis dalam bahasa Arab oleh ulama besar di Jawa Timur, Indonesia iaitu Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi al-Indunisi.

Dr. Ayman al-Akiti bukan sahaja menterjemah kitab asal, malah mensyarahkan setiap bait dengan huraian berpandukan kitab-kitab besar karangan ulama muktabar.

Semoga pembaca dapat memahami setiap bait yang dibincangkan dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya sewaktu menuntut ilmu.

Terima Kasih Allah ~ Thebingkisanhati, Miiraimii

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku TERIMA KASIH ALLAH mempersembahkan nukilan dan ilustrasi istimewa, kolaborasi antara TheBingkisan Hati bersama Miiraimii dalam menghasilkan sebuah karya motivasi yang dihimpun bersama komik di mana intipatinya yang sangat dekat dengan kehidupan kita.

Ini kerana dalam kehidupan, semua orang pernah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup. Acap kali kita tersasar dalam menyeberang lautan dunia. Adakala kerana terlalu lena merasai kelazatan dunia, langkah yang kita atur semakin jauh daripada-Nya.

Namun kita tahu sesulit apa jalan yang kita tempuh, kita masih ada DIA. Sejauh mana khilaf yang kita lakukan, masih ada keampunannya yang tidak terputus.

Moga nukilan dan lakaran ini bisa melakarkan sebuah rasa untuk kita semua sama-sama muhasabah diri dan mendidik jiwa menjadi lebih baik. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

31 Soal Jawab Bid'ah ~ Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Persoalan mengenai bid’ah yang dijelaskan dalam buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

Bab pertama membincangkan definisi, pembahagian, dalil dan pendapat-pendapat ulama tentang bid’ah dengan disertai ayat al-Quran, hadis dan atsar Sahabat sebagai hujah dan contoh agar pembaca dapat memahami dengan tepat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bid’ah.

Bab kedua pula membincangkan definisi, dalil dan contoh-contoh berkenaan at-tark serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Bab ketiga menghuraikan 17 syubhah tentang bid’ah yang sering diperdebatkan umat Islam seperti bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, sambutan Maulidur Rasul, bacaan surah Yasin pada malam tertentu dan banyak lagi isu yang diberi pencerahan lengkap.