Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 26 May 2021

Goodbye Sedih & Kecewa ~ Ririn Rahayu

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Hidup memang perpindahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah selanjutnya. Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang-ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.

Kekuatan ini pula akan membentuk jati diri seorang Muslimah. Si Fulanah yang pantang berputus asa, Si Halimah yang sayang kepada mentua, Si Inayah yang memelihara alam sekitar, Si Shireen yang mampu mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah, Si Walidah yang disayangi jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Bukan sebaliknya, seorang Muslimah yang berperangai buruk, mudah tersinggung, perosak rumah tangga, mencabar suami, tidak menghormati orang tua, dan sebagainya. Nauzubillah.

Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru, dan mungkin bosan. Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.
 

Kisah-Kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah ~ Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Menceritakan mengenai kisah-kisah nabi, sahabat dan ulama terdahulu yang perlu disemak semula kesahihannya. Menariknya, kisah-kisah tersebut popular dan selalu diulang kali dalam ceramah. Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.

Antara Kandungan:
Kish Rasulullah s.a.w. Dianiaya Oleh Jiran Yahudi
Kisah Penderhakaan Alqamah Terhadap Ibunya
Kisah Pertarungan Antara Rasulullah s.a.w. Denngan Rukanah Bin Abd Yazid
Adakah Umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
Kisah Tha’labah Bin Abd Al-Rahman
Umar r.a. Berhijrah Secara Terang-terangan?
Kisah Wanita yang Taatkan Suami
Kisah Hindun Melapah Hati Hamzah
Usia Ummu Al-Mukminin Khadijah
Kisah Umar Al-Khattab r.a.Menanam Anak Perempuannya
Kalimah Ummati (Umatku) Sebelum Rasulullah s.a.w. Wafat

200 Tip Rajin Selawat ~ Tengku Zahirul

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.70

Buku 200 Tip Rajin Selawat mengumpulkan info-info berkenaan selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat. Buku ini adalah buku bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja. Ia terbahagi kepada 3 bahagian utama yang khusus membincangkan berkenaan selawat.

40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat ~ Mustafa Mohd Suki

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Buku “40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat” ini ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat mengenai kisah-kisah popular yang selalu kita dengar.

  • Allah s.w.t. menciptakan dunia kerana Nabi s.a.w.
  • Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah
  • Abdul Rahman Bin ‘Auf merangkak masuk syurga disebabkan terlalu kaya
  • Ucapan “ummati , ummati” (umatku) ketika akhir hayat Baginda s.a.w.
Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan juga sahabat. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini.

Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari sirah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan riwayat-riwayat sirah yang ada perselisihan para ulama.

10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita ~ Greg Behrendt, Liz Tuccillo

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.

Hakikatnya, Lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja. Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.

Menerusi buku “10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita” ataupun judul asalnya He’s Just Not That Into You, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita.