Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 18 June 2021

Minimalis ~ Faridah Ghazali

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kejayaan dalam memiliki ketenangan dan kebahagian bermula dengan menghargai sekecil-kecil perkara.

Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat dan semestinya lebih bebas. Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia.

Bab 1: Kembara Minimalis
Bab 2: Jurnal Minimalis
Bab 3: Permulaan
Bab 4: Muslim Minimalis
Bab 5: Kendiri
Bab 6: Minimalis Material
Bab 7: Misi Bilik ke Bilik
Bab 8: Racun Popular
Bab 9: Buku Minimalis
Bab 10: Kebebasan




Berjuang Urus Emosi ~ Fatimah Syarha

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Transisi kehidupan daripada seorang gadis menjadi seorang ibu, pasti akan meninggalkan kesan berbentuk emosi, mental dan fizikal buat seseorang.

Buku ini menawarkan solusi perjuangan mengurus emosi yang dilalui para ibu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, perubatan moden dan pengalaman peribadi.

Proaktif
Proaktif mengucapkan Taa’wwuz
Proaktif Panggil Nama-Nya

Jelaskan keutamaan
Keutamaan Mengharap Nikmat
Keutamaan Dirimu Sebagai Hamba-Nya
Keutamaan Dia Sebagai Pelindung

Fahami Supaya Dirimu Difahami
Fahami dan Maafkan
Fahami Nikmat Tersenyum Semasa Sakit

Sifat 20: Sejarah dan Kupasan Pendekatan Akidah ~ Nik Muhamamad Syukri Nik Wan @ Masakaree Ardae

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Akidah merupakan kunci kebahagiaan seseorang hamba Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Tanpa akidah yang benar, tepat dan jelas, segala amalan yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..

Kini, umat Islam terdedah kepada pelbagai cabaran fahaman luaran dan dalaman yang menguji akidah kita. Umat Islam perlu menjernihkan kembali akidah keimanan daripada segala kekeliruan menerusi mengenali Allah s.w.t. serta sifat-Nya. Berpegang teguh kepada-Nya menerusi bukti-bukti dan hujah yang nyata, terang, tepat, jelas, berpaksikan Al -Quran dan hadith serta berasaskan keterangan para ulama muktabar.

Buku ini sesuai dimiliki oleh setiap individu bergelar Muslim, khususnya masyarakat awam yang masih kurang memahami akidah secara tepat dan jelas kerana ia turut;
Memberi tumpuan sepenuhnya kepada Akidah Ahli Sunah Wal Jemaah. Menerangkan sejarah perbincangan tentang sifat-sifat Allah s.w.t. serta kemunculan dan perkembangan perbahasan Sifat 20 secara terperinci.

Menerangkan 41 sifat; Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah s.w.t. secara tafsili (terperinci), berasaskan

The Psychology of Selling (Edisi Bahasa Melayu) ~ Brian Tracy

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau berbanding mereka yang hadir ke latihan jualan yang dianjurkan oleh pihak lain. 

Buku ini bertujuan memberi pelbagai idea, kaedah, strategi dan teknik yang dapat anda cuba serta-merta bagi membuat lebih banyak jualan dengan cepat dan mudah.

Pengenalan
BAB 1: Rahsia Kerjaya Jurujual
BAB 2: Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan
BAB 3: Sebab apa Pelanggan Membeli
BAB 4: Menjual secara Kreatif
BAB 5: Dapatkan Lebih Banyak Temu janji
BAB 6: Kuatnya Pengaruh Suasana
BAB 7: Membuat Jualan
BAB 8: 10 Tip Menjual yang Berjaya
Program Mentoring dan Bimbingan Lanjutan Menentukan Hala Tuju Utama

Jagalah lisan

JAGALAH LIDAH...
IA BOLEH MENGERATKAN HUBUNGAN & JUGA MEMUTUSKANNYA.
IT'S YOUR OWN CHOICE

Silaturahim menambah umur


 Ingin sihat & panjang umur, eratkan kembali silaturahim. Bertanya khabarlah pada keluarga & sahabat handai. Ada rasa tenang selepas itu.

Rezeki dari sudut lain juga Allah tambahkan.
😇😇

Bolehkah Kita Mengubah Takdir? ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.'
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Apabila berbicara mengenai takdir, satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita adalah “Bolehkah Kita Mengubah Takdir?”.

Apakah manusia juga berhak untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka sendiri?

Jawapannya adalah ‘Ya’ dan ‘Tidak’.

Buku ini ada jawapannya.

 

The Extraordinary Adventure of Arsene Lupin: Gentleman-Burglar (Edisi Bahasa Melayu) ~ Maurice Leblanc

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran. Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.

Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout. Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!

Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dengan judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar dan pertama kali diterbitkan pada 10 Jun 1907.