ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday, 17 July 2021

Dia Tiada Dua ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Tetaplah berjanji untuk bersama selamanya…

Indahnya percintaan apabila diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Biarpun banyak halangan, Lufiya dan Bazlan memaknakan hubungan mereka dengan hiasan bahagia dan sumpah setia.

Namun, janji tinggal janji. Lufiya tertipu! Sungguh, Bazlan bijak mengatur janji palsu. Lelaki itu tersilap langkah. Dan malam itu menjadi saksi, mimpi ngeri menghancurkan kasih sayang mereka. Terlerai sudah mahligai cinta abadi.

“Kalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau, Bazlan!” - Lufiya
“Maafkan abang, sayang. Abang masih sayangkan Fiya.” - Bazlan

Pilu hati Lufiya membawa diri meratapi nasib. Kecewa, sakit dan rasa terhina tatkala memikul status janda. Namun kehadiran Zildan mengelirukannya. Adakah lelaki itu benar-benar menaruh perasaan terhadapnya sedangkan Bazlan tidak putus-putus memujuknya menebus kesalahan dan meraih kembali cinta?

“Saya dah lama cintakan awak, Lufiya. Berilah saya peluang. Saya janji akan buat awak bahagia.” – Zildan

Ah, lelaki semuanya sama! Suka berjanji. Kebahagiaan itu bukan mudah dicapai. Namun, Zildan gigih cuba merebut cintanya. Haruskah Lufiya menerima lelaki itu dalam hidupnya? Adakah masih ada ruang untuknya mengecapi mimpi indah? Dan Bazlan… Masihkah ada perasaan sayang terhadapnya? Lufiya benar-benar keliru…

Dia Seadanya ~ Hanina Abdullah

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm… Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi… yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh?

Emmalyn tahu, dirinya dijadikan ‘gula’ untuk menarik Si Tareq. Anyway… Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak ‘tarik si Tareq’ balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini dia… Emmalyn Mohd Ehsan?

“Umi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.” - TAREQ
“Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?” - EMMALYN
“Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.” - TAREQ
“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?” - EMMALYN

Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu

Biarkan Cinta Itu Bernafas ~ Al-Wahyu

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Rindu, pasrah… menyerah. Perlahan-lahan bercantum menjadi sekeping hati yang remuk setelah mengetahui khabar si pujaan yang dikasihinya sudah berkahwin dengan wanita lain.

“Mudahnya kau lupakan aku. Kau angkat aku sebagai ratu. Kau taburi aku dengan janji-janji manismu. Ni kalau aku buat gila lagi, nak saja sekejap lagi aku nyanyi lagu Janji Manismu.” – ZARA MARISSA

Dengan perasaan yang sudah kosong, dia nekad berdepan dengan lelaki itu. Meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka?

“Masa kat kampung dan universiti dulu, aku hanya mampu dengar saja brand Gucci, Prada, Chanel, LV, Rolex, Armani… Tapi, bila aku kenal Sofea, dia sanggup berbelanja untuk aku. Dan bonus untuk dia pula, aku memang cintakan dia…” – AQIL FASHRIQ

Murahnya cinta seorang lelaki kerana ditaburi dengan harta dan bodohnya seorang wanita kerana merampas kebahagian wanita lain.

Zara Marissa cuba merelakan apa yang terjadi. Namun, siapa menyangka perpisahan dengan Aqil

Setiap Langkahmu Ada Takdirku ~ Syima Syawal

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Cinta pertama memang sesuatu yang agung. Sentiasa dikenang dan dibajai oleh rasa manis kisah silam. Tidak mampu diusir pergi. Begitulah indah yang dilakarkan.

Afina, seorang wanita yang sangat setia, namun sering dilukai perasaannya. Kesabaran Afina semakin tergugat saat Uzza mula mengejar cinta pertamanya.

“Tolong jangan buat saya jadi lebih gila. Kalau kesabaran saya dah hilang, entah kerja gila apa lagi yang bakal saya buat.” - AFINA

Begitu juga dengan lelaki yang bernama Dhul Fiqar. Dia punya segalanya. Ditaburi dengan kemewahan, terasa dunia bagaikan dia yang punya. Tapi, kenapa tiada istilah indah dalam hidupnya?

“Kadang-kadang aku sedih sebab aku tak berjaya menjadi khalifah yang sempurna di muka bumi ini...” – DHUL FIQAR

Mereka sangka, lakaran kisah itu terhenti di situ. Rupanya setiap langkah mereka, takdirnya serupa. Pertemuan demi pertemuan, Afina cuba menghindar, namun bayangan Dhul Fiqar bagaikan mengejar.

Hubungan antara mereka rupanya membuka ruang fitnah dek kerakusan manusia yang tamak dan penuh

Kerana Dia Lebih Sempurna ~ Faizah Mohd Noh

(SEM & SS) RM28.00 > RM26.00

Melangkaui dua latar zaman. Melayari keping-keping rindu menjadi satu potret suram. Ini fasa-fasa duka dalam hidupnya…

Fida, gadis yang dicurangi setelah segalanya dikorbankan. Jay, memperlakukannya seperti hamba. Sedikit pun tiada terdetik rasa kasihan di jiwa lelaki itu untuknya. Derita yang ditanggung, membuatkan Fida dilanda kemurungan.

“Ini yang kau balas kat aku, Jay? Tak apa. Tuhan ada. DIA takkan sesekali menganiayai hamba-Nya. Masa kau akan tiba, Jay." – FIDA

Biarpun berkali-kali dia jatuh, Fida tetap bangun seribu kali.

Penghujungnya, dia menghabiskan masa di sebuah pondok. Mencari jalan pulang. Di situ, dia bertemu dengan Delaila. Seorang gadis yang senasib dengannya.

Faheem meninggalkan Delaila bersama seribu janji yang belum tertunai. Namun, gadis itu kembali bangkit demi membuktikan kepada lelaki itu, bahawa dia gadis yang bukan sekadar bermain dengan kata-kata.

"Maaf, Faheem. Luka yang awak tinggalkan dulu, masih berdarah.

Dan peluang yang awak minta tu, tak mustahil awak akan sia-siakan sekali lagi. Kan?"- DELAILA

Delaila bukan hadir pada saat Faheem di kemuncak. Delaila hadir pada saat dia jatuh terduduk. Dia t

Kenanga Nan Berdarah ~ EB Reeza

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Jangan diseru si ‘dia’. Jika diseru si ‘dia’ akan datang melawat. Si ‘dia’ akan menyapa dan seterusnya… si ‘dia’ akan menjelma.

Inilah yang sering dielak oleh pelajar di sekolah Seri Ratu. Mereka langsung tidak mahu si ‘dia’ datang berkunjung ke dorm kerana jika tidak sesuatu yang ngeri akan berlaku.

Seboleh-bolehnya mereka cuba mengelak bertemu kecuali seseorang....

“Kau kan bijaksana, Jojo! Kau carilah sendiri siapa ‘dia’ tu. Maaf kami tak boleh seru nanti dia datang melawat kami pula. Kalau dia dah datang melawat, maka akan terjadilah perkara sebagaimana kau alami kini.” - RAMONA

Jojo seringkali diganggu oleh kelibat gadis-gadis yang berkebaya ketat setiap kali waktu prep habis, sedangkan di sekolah itu memang diharamkan memakai kebaya.

Kau kena lepaskan aku. Kau tidak boleh terus memerangkap aku di dalam tubuhmu. Aku sudah tahu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...