Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 27 August 2021

Neo: Puncak Kuasa ~ Fizziany

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Namanya Neo Andira Syah. Dia lelaki yang boleh melihat dua alam. Darahnya bukan sembarangan. Dihantui bayang masa silam. Dia menjadi pelarian tanpa tujuan. Dia sering menidakkan takdir yang tertulis untuknya. Namun, sejauh mana dia lari sekalipun, bayang itu akan selalu mengejarnya sehingga tugas penting itu selesai. Bergurukan Pendeta Kudus, bertemankan Prof Nano, Chi dan Isadora, dia bangkit melawan ketakutan dan mebentuk satu pakatan. Pelan dirancang dengan teliti. Semua demi berdepan dengan Dr. Ion dan konco-kononya.
 

Chi: Uras Positron ~ Fizziany

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Dia digelar sebagai yang gagal dalam hidup. Takkan ada masa depan. Dia dihina oleh orang dan diperkecilkan oleh kaum keluarga. Namun apabila takdir berubah, ia meragut seluruh kepercayaan Chi terhadap nilai kemanusiaan. Sementara itu, Dr Ion mula mebina sebuah Gerbang Bintang yang lebih hebat berbanding Gerbang Masa Makrokosmik, iaitu sebuah mesin perjalanan antara ruang dan demensi. Satu persatu spesis hidupan bumi mula hilang, ditranportasi ke demensi lain demi plan masa depan. Berjayakah Chi mengekang usaha Dr. Ion

Ken: Revolusi Nano ~ Fizziany

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Di sini mulanya perjalanan yang panjang. Ken Syah,satu-satunya saintis Malaysia yang terpilih dalam projek penting Badan Sains Dunia. Dalam kebuntuan mencari jalan untuk menjayakan projek Nanoken, Ken bertemu wanita misteri yang akhirnya berjaya mengisi ruang sepi dalam hati. Lafaz diakad lalu dengan pertolongan wanita misteri tersebut, 

Nanoken berjaya direalisasikan. Namun, kerjaya yang dianggap satu kebanggaan,rupa-rupanya bakal meragut seluruh masa depan termasuk nyawa orang-orang yang disayanginya.

Gerbang Masa ~ Fizziany

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Setelah mesin masa berjaya diaktifkan oleh Prof. Nano, Dr. Ion merentas ke masa depan untuk melihat nasibnya. Malang, beliau mendapati hasil kerjanya tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada dunia. Malah, dia akan dibunuh oleh seorang lelaki bernama Kapten Neo. 

Berang dan tidak percaya dengan ramalan masa depan, Dr. Ion bertindak merampas Nanoken, seketul batu berkuasa aneh dan mengaktifkan Gerbang Masa Makrokosmik untuk kembali ke masa lalu bagi mencari lelaki bernama Kapten Neo. 

Dalam pergelutan berebut Nanoken dengan Prof. Nano, Gerbang Masa Makrokosmik tersalah tetapan lalu Dr. Ion tercampak ke zaman 1511, di mana dia menemui sesuatu yang lebih berharga di sana. Punca kuasa untuk menakhluk dunia! Bila tamak mula merajai hati, niat asal Dr. Ion berubah. Dia tidak lagi mahu mencari lelaki bernama Kapten Neo semata-mata, malah mahu menakhluk dunia! 

Kemalangan di dalam makmal, kehilangan Nanoken daripada simpanan Badan Sains Dunia dan kerosakan Gerbang Masa Makrokosmik telah mengakibatkan Prof. Nano digantung kerja. Usaha sejak kecilnya sia-sia. Demi membuktikan dia tidak bersalah dan mahukan kerjayanya kembali, Prof. Nano mula merancang untuk menjejak Dr. Ion. Tanpa disedari, Dr. Ion sudah memanipulasi kuasa dan masa yang ada padanya untuk memusnahkan dunia perlahan-lahan. Dalam kembara mencari Dr. Ion dan Nanoken, Prof. Nano menemukan banyak hal di sepanjang pengembaraannya.

Kita ada 1000 sebab untuk terus tersenyum


You have 1000 reasons to smile & happy 😊😊😁😁😃😃.

Syukur Selalu.

BUKU: LUQMMANN. 2018. METANOIA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Hati yang murni lahir dari jiwa yang bersih


Luangkanlah masa dengan melakukan perkara bermanfaat & menyenangkan orang keliling.

Buku: Rahsia pengutip sampah jadi jutawan.

Monday 9 August 2021

Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan ~ Rozan O'Hara, Laila Haq

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Khianat adalah perlakuan yang belot atau tidak setia dalam sesuatu urusan berkait dengan hubungan. Belot boleh berlaku sama ada dalam kalangan individu mahupun kumpulan yang akhirnya menatijahkan kesan negatif. Banyak kata lain yang sinonim dengan khianat antaranya derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati dan macam-macam lagi. Banyak sejarah pengkhianatan berlaku ribuan tahun dalam tamadun manusia. Dalam pelbagai kitab sejarah dan catatan-catatan purba juga tidak kurang dipahatkan. Sehinggalah pada era moden ini, khianat menjadi semakin rumit dan ruwat.

ASP Ali Batche: Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara ~ MD Ali Amir Batcha

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Selepas tangkal diasap, pistol pula diasapkan dengan kemenyan. Darah setiap orang yang dikumpul tadi kemudiannya disemah kepada pistol. Kini aku dapat kepastian dan melihat sendiri, ada empat pucuk pistol.

***

Aku memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, mengetuk cermin kereta sebelah pemandu suspek, meminta diturunkan cermin tingkap kereta untuk pemeriksaan. Tiba-tiba dari arah penumpang belakang kereta suspek bahagian kanan, terengar beberapa das tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah aku. Dalam masa yang sama aku terdengar suara Konst Saharudin menjerit.

"Tuan, saya kena tembak!"Sebuah kidah benar dan memggemparkan yang pernah melanda PDRM.Seorang lagenda yang dipenjara dan dibuang angkara fitnah manusia.

Tuesday 3 August 2021

Lelaki Itu Imamku ~ East Diani

(SEM & SS) RM28.90 > RM28.00

Akibat tersilap langkah mengatur jalan hidup, rosak masa depan Alisya. Kerana seorang lelaki harga diri yang dijaganya musnah. Hidupnya musnah dan masa depannya hancur. 

Saat dia rebah Haikal Mikail hadir bagaikan seorang penyelamat waklaupun hubungan mereka bagaikan anjing dan kucing yang selalu bercakaran. Abang teman baiknya itu ada sebab mengapa dia ingin membantu. Semuanya kerana maruah seorang wanita. 

"Hah, sebab sayang habis semua maruah diri digadaikan. Masa nak buat tu tak pernah nak fikir ke? Dah jadi macam ni baru nak menangis melalak", Mikhail. 

Bukan kerna menyerahkan diri, tetapi kerana perangkap Alisya tersungkur. Lelakiyang disangka akan menjaganya sendiri memusnahkan semuanya. 

"Saya tak minta pertolongan awak. Dan awak tak perlu nak tolong saya." 
"Saya akan tolong awak, Alisya. Maruah awak dan keluarga penting untuk saya." 

Alisya dan Mikhail bersatu, walaupun dalam hati tiada cinta. Sebagai seorang suami Mikhail bertanggungjawap dia atas kebajikan Alisya. Dari rasa simpati, lama-kelamaan ada putik-putik cinta

Misteri Sumpahan Mahsuri Berdarah Putih ~ Ibnu Ibrahim At-Tawari

(SEM & SS) RM29.90 > RM29.00

Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tatasusila oleh kedua orang tuanya, Sejak zaman kanak-kanak lagi, Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa di mana dia tidak seperti kanak-kanak lain. Sehingga meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan, serta hati budi yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut penduduk LAngkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Datuk Pekerma Jaya. Dia adalah wakil sultan, memerintah Langkawi pada masa tersebut. 

Mahsuri dikahwinkan dengan Wan Derus, iaitu adik kepada Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi kerna pergi berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah. sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ihsan ibu bapa Mahsuri, Deramanag tinggal di rumahnya untuk mengajar syair. 

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah dengan Deramang. Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan Wan Mahora. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa dituduh. Menurut lagenda,

Penyakit hati itu wujud & bergantunglah pada Allah


 Belajar untuk tidak cemburu dengan rezeki & kejayaan orang lain.
Semua kita Allah dah tentukan kejayaannya. Kita cuma perlu usaha 💪💪

Rahsia Pedang Panglima Salahuddin Al-Ayyubi


 Selain dia lelaki yang tawaduk kepada perintah Allah, berjaya menyatukan Abbasiyah & Umayyah dalam menghadapi perang salib, bijak dalam strategi peperangan sambil mempamerkan budi pekerti Islam, berjaya membuka kembali Baitulmaqdis, dia juga memiliki pedang yang sangat hebat.
Pedang beliau & tentera yang ditempa adalah dari sebatian besi yang kuat. Keistimewaan pedang ini telah dibongkar oleh Prof. Dr. Peter Paufler & kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman.

Mereka menemui karbon nanotube di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi & tentera Islam. Karbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa, ringan tetapi tajam. Penemuan ini diterbitkan di dalam jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) tahun 2006 (www.nature.com).

Membongkar Misteri Borobudur Warisan Istana Ratu Saba'? ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & S) RM37.90 > RM37.00

Borobudur adalah istana Ratu Saba' atau Ratu Balqis. Negeri Saba' yang hilang pada zaman Nabi Sulaiman dan digambarkan sebagai sebahagian dari syurga yang ada di bumi, ternyata berada di Indonesia. Fakta mengejutkan itu disampaikan oleh ahli Matematik Islam, KH Fahmi Basya Hamdi melalui kajian selama lebih 33 tahun, beliau bukan hanya memaparkan tentang peninggalan Nabi Sulaiman yang agung tetapi mengubah sejarah Nusantara. 

Menurut beliau, ciri-ciri negara Saba' yang pernah disinggahi Nabi Sulaiman dan tenteranya telah digambarkan dengan jelas dalam al-Quran melalui kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis.

Misteri Kisah Lagenda Melayu ~ Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap)

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Adakah suatu masa dahulu lelaki Melayu sememangnya telah membina tamadun agung yang hebat sehingga menggusarkan para musuh Allah dan mereka begitu takut generasi ini akan bangkit semula atas nama Islam? Kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa pasti akan disandarkan kepada lelaki. Kuat lelaki, gagahlah bangsanya. 

Kini makin ramai lelaki Melayu yang ingin moden, tanpa disedari semakin jauh dari budaya malah agamanya. Mereka di ambang hilang jati diri dan hanya menggangguk kepada apa yang dibawa dari luar.

 

Sejarah Pembantaian & Penghapusan Manusia Di Dunia ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Kemanusiaan merupakan nilai kenabian yang dipandang enteng oleh manusia. Demi mengejar sesuap kekuasaan dan secubit kemegahan , manusia sanggup memperlakukan manusia lain dengan sewenangnya. 

Tiada lagi sifat kemanusiaan di dalam diri sehingga mereka sanggup menganggap nyawa orang lain sebagai murah dan tidak berharga. Betapa dahsyatnya apabila manusia sebegini menjadi penguasa.

Membongkar Sejarah Awal Kegemilangan Tamadun Islam ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Kegemilangan umat Islam bermula tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira' , Arab Saudi . Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masehi. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, kerajaan ISlam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan di Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan Islam lain yang muncul. 

Sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi . Mereka melakukan ini dengan dua cara , iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi awal, serta menambah rekaandan pembaharuan sendiri. Pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu. Kerajaan Islam mewarisi pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah purba, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya penomboran kedudukan dari India. 

Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim sekitar 37 juta , sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas oleh China) ,

Terjemahan Al-Adab Al-Mufrad ~ Imam Al-Bukhari

(SEM & SS) RM149.00 > RM145.00

Kelebihan
Kitab al-Adab al-Mufrad karya Imam al-Bukhari ini merupakan karya agung beliau selepas Sahih al-Bukhari.
Kitab ini mengandungi kumpulan hadis berkaitan segala skop adab dalam kehidupan, pentadbiran dan kenegaraan selain adab kepada ibu bapa, adab kepada anak, adab antara sesama manusia, adab kepada anak yatim, adab tetangga, adab silaturahim, adab kepada Rasulullah SAW dan adab kepada Allah SWT.
Karya al-Adab al-Mufrad ini sesuai untuk kalangan umum mahupun khusus.

Sinopsis
Dinamakan al-Adab al-Mufrad kerana karya ini fokusnya terhadap hadis-hadis mengenai adab dan memuatkan hadis- hadis yang berkaitan adab sahaja. Berbeza dengan kitab al- Sahih yang memuatkan hadis-hadis berkaitan semua perkara berkaitan Islam: Akidah, ibadat, akhlak dan sebagainya.
 

Haiwan Makkah Dalam Al-Quran dan Hadis ~ Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Kelebihan
Merupakan koleksi terbaik pusat sumber sekolah rendah dan menengah, Pusat Kegiatan (PKG) serta perpustakaan.
Ibu bapa yang perihatin terhadap percambahan ilmu pengetahuan anak-anak dalam bidang sejarah Rasulullah SAW pasti tidak akan mengabaikan buku ini.
Ibu bapa dan guru boleh membantu anak-anak yang belum pandai membaca dan menulis jawi.

Sinopsis
Semua haiwan ini pernah ditemukan atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Buku ini menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang di alami ketika bersama Rasulullah SAW.
 

Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kehidupan insan sentiasa berubah. Peraturan yang menyusahkan akan menyukarkan insan secara dasar. Maka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang fleksibel dengan suasana semasa, buku tentang Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf dihasilkan. Buku ini adalah tulisan semula kepada buku Fiqh Muallaf.

Ia disusun dan disesuaikan dengan situasi semasa untuk menjadi panduan kepada Muallaf dalam kehidupan awal mereka ke arah yang lebih baik dan dapat membentuk personaliti atau keperibadian mereka sebagai Muslim sejati.

Monday 2 August 2021

Bahtera Nuh a.s. @ Noah Arc


Nabi Nuh a.s. termasuk dalam 5 rasul ulul azmi.

Nama beliau disebutkan sebanyak 43 kali di dalam Al-quran. Beliau merupakan Rasul pertama yang diutuskan demi menyampaikan akidah yang benar & meluruskan akhlak umatnya yang menyimpang.

Mendapat gelaran ulul azmi kerana kesabarannya yang tinggi meskipun usia hampir mencecah 1000 tahun. Dia antara suami yang didatangi juga diderhakai isteri & anak.

Bilamana Allah menyuruh Baginda membina bahtera dalam mempersiapkan diri menghadapi banjir besar, Baginda ditertawakan & dihina.

Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 64 yang bermaksud:
"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

Sehingga kini, tempat terlabuhnya bahtera ini banyak diperdepatkan. Ada yang berkata ia di Gunung Ararat, Armenia & ada yang menyatakan di Bukit Judi, Turki.

Sikit-Sikit dan Kurus


 Yang nak cuba diet atau kurangkan pengambilan makanan, boleh cuba tips ni. Dari tidak pernah buat, kita cuba buat. Step by step. 

5 Surah Pilihan & Al-Ma;thurat Berserta Terjemahan Surah Per Baris & Dalil Fadhilat Zikir ~ Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Selain memuatkan al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini juga mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian. Lima surah tersebut ialah al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqi’ah, dan al-Mulk. Kelima-lima surah tersebut dilengkapi dengan terjemahannya dalam format per baris bagi memudahkan para pembaca untuk menghayati, memahami, dan mentadabbur setiap ayat yang dibaca.

Selain itu, buku istimewa ini juga telah disusun oleh Ustazah Asma’ Harun dengan disertakan kelebihan-kelebihan amalan membaca surah-surah tersebut. Natijahnya, apabila ia diamalkan, mudah-mudahan ia boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keimanan, penyuntik motivasi dan inspirasi, serta menjadi benteng pelindung diri bagi para pembacanya. Dengan adanya hadis tentang fadhilat sesuatu surah tersebut, pembaca mempunyai dalil dan alasan yang kukuh apabila hendak mengamalkannya.

Manakala al-Ma’thurat merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa yang terpilih

Allah Sayang Kita ~ Rohimiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji.

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.
 

Telah Terbit Bulan Pernama ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kewujudan Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman. Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW dan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.

Nota Hartanah Sentap ~ Harith Faisal

(SEM & SS) RM50.00 > RM47.00

Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan.

Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal.

Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan awal, tidak pernah mula buat simpanan, tidak rajin mencari ilmu kewangan dan hartanah.

Golongan ini, jika harga rumah turun pun tidak akan mampu membeli kerana dia langsung tidak bersedia serba-serbi. Perkara pertama yang dia perlu ada adalah kesedaran. Kemudian, ilmu.

Maka, buku ini ditulis untuk anak muda yang sedang mencari jalan mendapatkan rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga kandungan buku ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk cepat-cepat mula mengurus kewangan pada waktu muda dan beli rumah pertama di awal usia.
 

1157 Persoalan Solat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM98.00 > RM95.00

Buku ini mengandungi 12 tajuk besar tentang solat antaranya: Solat orang sakit, Solat di dalam kenderaan, Solat berjemaah, Solat Jumaat, Solat Jamak dan Qasar, Solat Jenazah, Qadha’ solat, Solat-solat sunat dan Perkara-perkara khilafiah tentang solat.

Kesemua 1,157 persoalan bukan sahaja diberi jawapan, bahkan turut dinyatakan rujukannya daripada kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i.

Al-Maram Subulus Salam Jilid 3 ~ Alawi Abbas al-Maliki Sulaiman Hasan al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini.

Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat mengenalpasti landasan bagi setiap amal ibadah yang dilakukannya. Ini bagi memastikan amal perbuatannya itu menepati ajaran yang terdapat di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.

Kitab lbanah al-Ahkam jilid pertama ini terdiri daripada bab bersuci dan bab solat. Yang merangkumi antara lain tentang bersuci hukum air, bejana, menghilangkan najis, wuduk, mengusap kDuff, perkara yang membatalkan wuduk, etika membuang hajat, mandi clan hukum berjunub, tayammum, haid. Bab solat adalah tentang waktu solat, azan, syarat solat, membuat pembatas bagi orang solat. khusyuk dalam solat, masjid, tatacara melaksanakan solat, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, solat sunat, solat berjamaah dan imam solat.

Al-Maram Subulus Salam Jilid 2 ~ Alawi Abbas Al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini.

Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat mengenalpasti landasan bagi setiap amal ibadah yang dilakukannya. Ini bagi memastikan amal

Al-Maram Subulus Salam Jilid 1 ~ Alawi Abbas Al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy.

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.

Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini. Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat mengenalpasti

Kumpulan 8 Surah ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM4.50

Al-Quran diturunkan penuh dengan mukjizat dan kelebihan. Banyak lagi ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya masih belum kita bongkar. Setiap ayat dan surah yang diturunkan memiliki khasiat dan kelebihannya tersendiri. Dengan belajar dan membaca malah dengan mendengar bacaan Al-Quran juga mendapat ganjaran daripada Allah.

Naskhah kecil ini menghimpunkan surah-surah pilihan yang boleh kita amal dan hafal. Ia mudah dibawa umpama makanan minda dan jiwa yang mesti berada di dalam poket baju atau beg tangan. Himpunan surah-surah ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri bagi mereka yang mengamalkannya. Semoga hari-hari kita, lebih bermakna diisikan dengan bacaan Al-Quran walaupun sepotong ayat.

Kandungan:
1. Surah Yasin, Tahlil & Doa
2. Surah Al-Kahfi
3. Surah Luqman
4. Surah As-Sajdah
5. Surah Ar-Rahman
6. Surah Al-Waqi’ah
7. Surah Al-Mulk
8. Surah Nuh

Belian melebihi 100 naskhah, DISKAUN 5% diberikan.

 

Kenapa manusia melakukan kejahatan?


Kenapa kita kadang-kadang jumpa orang yang suka buat jahat?

Mungkin ini salah satu faktornya mereka bertindak begitu...

Bercakap dengan Allah


 Bila semua orang menolakmu, Allah tetap ada menjadi teman setiamu.