Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 29 September 2021

Belajar menerima takdir yang berlaku tanpa diduga


SEMUANYA SUDAH DITENTUKAN ALLAH.BELAJARLAH MENERIMA, BERTENANG & BERSYUKUR.

Buku: @nashihatku. 2017. Tuhan, beri aku waktu. Syabab Publication. Selangor.

Kebajikan secara rahsia & terangan


Buatlah kebaikan semampu & semahu anda. Terang-terangan mahupun rahsia (di dalam Al-Quran ada menyatakan kebolehan dalam membantu secara rahsia mahupun terangan. Cuma pastikan yang terang tu, kita dapat kawan rasa riak atau bangga diri ya). 

Allah Maha Mengetahui segala kebaikan lintas hati kita😊

Munajat dan Ikhtiar Dengan Al-Quran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya.

Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu.

Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat seperti:
- Membaca surah Al-Kafirun akan membebaskan daripada syirik.
- Melazimi surah Asy-Syarh selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan kesukaran dalam urusan.
- Membaca surah Adh-Dhuha sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.
- Membaca surah Al-Fatihah sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.

CSI Kewangan ~ Zaidi Ismail

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Pengurusan wang adalah seni. Malangnya, keseniannya semakin pudar. Kita menjadi semakin miskin setiap hari hanya kerana kita tidak mampu menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan aset kita dan memastikannya berkembang.

Pengurusan kewangan terbaik bermula sejak dari awal hidup kita. Ini bagi memastikan kita dapat menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kegagalan kita menguruskan aset dan memastikannya berkembang boleh menyebabkan kita menjadi semakin miskin setiap hari. Jadi, usah tunggu sesuatu perkara mencecah tahap tidak terkawal sebelum memikirkan cara untuk menguruskan sumber berharga kita ini.

Oleh itu, di dalam buku ini, penulis berkongsi pelbagai cara pengurusan kewangan bagi setiap tahap umur dan pada semua peringkat perjalanan hidup kita. Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan membantu anda mengatur hidup dengan lebih baik.

Rezeki Dari Langit ~ Ida Hani Ali

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Bagaimana ingin mengetahui konsep rezeki yang sebenar? Di dalam buku ini ada dinyatakan jawapannya. Jawapan yang diberi oleh penulis sangat mudah dan disampaikan dengan gaya yang sangat santai.

Buku ini mengajak para pembaca mengenal Pemberi rezeki, iaitu Allah Taala. Kemudian, barulah penulis membuka minda pembaca tentang rezeki yang sebenar. Allahuakbar! Rezeki paling mahal ialah nikmat iman dan Islam.

KANDUNGAN
1. Allah Maha Melapangkan Rezeki
2. Menjernih Hati
3. Niat Biar Power
4. ‘Membesarkan’ Allah Taala
5. Hidupkan Sunnah Nabi SAW
6. Bersyukur Lagi Dan Lagi
7. Menyelongkar Khazanah Duha
8. Beruntung Jadi Orang Berilmu
9. Taubat Cuci Hati
10. Membina Yakin
11. Tekun Bertindak
12. Aura Positif
13. Kasih Sahabat Bertaut

Seindah Akhlak Nabi ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM98.00 > RM93.00

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.

Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:
• Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.
• Rahmat kepada umat.
• Memaafkan kesalahan orang lain.
• Membantu urusan keluarga.
• Suka berbincang dan bermesyuarat.
• Suka bersedekah dan menolong orang lain.
• Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.
• Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.
• Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).
• Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.




Kiamat Hampir Tiba ~ Syeikh Ahmad Fahmizamzam

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Bahagian PERTAMA membawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecilkiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini. Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkania bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar. Antara isu yang dibincangkan ialah: Golongan anti hadis, Bahaya kemewahan, Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan Bermegah-megahdengan bangunan masjid.

Manakala Bahagian KEDUA pula memaparkan kronologi kejadian hari kiamat daripada sebelum kemunculan Dajjal sehingga ia muncul dan dibunuh. Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.

Mukjizat Rasulullah s.a.w ~ Ustaz Hj. Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi, Nabi Muhammad ï·º memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta‘ala. Buku ini hadir bagi menyajikan sebahagian daripada kisah-kisah mukjizat tersebut.

Menariknya, penulis menyusun kisah-kisah hebat tersebut dalam lima tema utama. Ini merupakan satu kelainan yang dikemukakan oleh penulis. Supaya masyarakat dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Rasulullah berdasarkan tema yang dipaparkan.

Kelima-lima tema itu antaranya ialah mukjizat berkaitan dengan alam, mukjizat berkaitan dengan binatang, mukjizat berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, mukjizat berkaitan dengan makanan, dan mukjizat berkaitan dengan perubatan.

Antara kisah-kisah menakjubkan Rasulullah ï·º yang disusun di dalam karya tulis ini ialah:
- Gunung Uhud bergoncang saat Rasulullah ï·º mendakinya
- Batu-batan memberi salam kepada Rasulullah ï·º
- Kayu bakar berubah menjadi pedang
-

Wednesday 22 September 2021

Cubalah perkara baru dalam hidup


Tak selamanya kita akan jatuh. Bangkitlah.

Usahalah.
Belajarlah ilmu baru.
Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Say no to racism


Sejarah rakyat kulit hitam Amerika dahulu sangatlah perit.Terlalu banyak diskriminasi. Terlalu banyak penyiksaan.

Say no to racism

Miss Ducati ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati. Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan. Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.
“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.
“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.
“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.
“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala

Ada Yang Tertinggal ~ Mimie Afinie

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Tertipu oleh Harris Shah yang mengaku bujang walhal sudah berkeluarga, Sofea Hana mengambil keputusan untuk lari dari lelaki itu. Dia tak mahu jadi perosak rumah tangga orang. Tinggal di kampung tok ma dan tok ayah dengan harapan dia akan mendapat ketenangan.

“Awak yang tinggalkan dia, dah kenapa awak berkelakuan macam orang tak siuman terjerit-jerit kat tempat awam macam ni?” - Jeffry.
“Eh, saya kenal awak pun tak, tiba-tiba nak menyibuk tentang saya ni, apa hal?” – Sofea.

Mulut tak bertapis + suka menyibuk Jeffry Asyraf, anak teruna jiran tok ma membuatkan tenang yang Sofea cari ternyata gagal. Yang dia dapat selalunya sakit hati.Tapi di sebalik mulut Jeffry yang begitu, rupa-rupanya lelaki itulah tukang azan di masjid yang bersuara merdu, yang selalu buat Sofea terpikat dengan kemerduannya.

“Tentang Harris tu, boleh saya tanya sikit?”- Jeffry.
“Suka jaga tepi kain orang ya, awak ni?” – Sofea.
“Saya jaga tepi kain awak je.” – Jeffry.

Jika Itu Takdirku ~ F.H.Y

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kelmarin, dia masih ada di sisiku. Merangkulku mesra penuh romantis. Ketika itu, aku sangka akulah perempuan paling bahagia di dunia. Sebaliknya hari ini, di hadapanku tanpa rasa bersalah dia merangkul wanita lain. Di khayalak ramai! Kini akulah wanita termalang di dunia. 

“You sayang I, kan?” Aku tundukkan wajah bila mendengar soalan Melinda itu. Kalau mampu, aku mahu pekup telinga. Aku tak mahu mendengar jawapan yang Ray akan beri. 
“Of course.” Itu suara Ray. 
“Kita pergi dari sini. Jauh. Just you and me. You kata nak pergi overseas dengan I, kan? I bawa you. Kita pergi. You nak pergi Greece, kan?” Sekali lagi suara Ray kedengaran. 

Dan aku hanya mampu ketap bibir. Tahan rasa. Aku angkat wajah dan nampak Melinda mula mahu menapak kepada Ray. Ya-ya. Nak pergi jauh dengan suami aku. Sweet sungguh pasangan merpati dua sejoli ini. Saat aku kenang bagaimana Ray begitu mengejarku sebelum ini, hati terasa musykil. Betapa konsistennya dia mencuba walau aku tidak pernah fikir sebelum ini untuk jatuh cinta. Ya, aku wanita yang punya segalanya. 

“Marry me!” – desak Ray. 
“Eh orang gila! Tolong jadi gila sorang-sorang. Jangan nak ajak orang lain gila sama.” Itu jawabku dulu. 

Kini, semua bagai tak bererti. Dia tak lagi pulang. Tak lagi memanjakan aku seperti dulu, malah

Tuesday 7 September 2021

Mengembaralah untuk mencari sumber kekuatan


Setiap tempat, setiap negerri, setiap negara & setiap benua, ada ilmu yang boleh kita perolehi.

Bagi #ulatbuku yang beragama Islam, sematkan dalam hati agar kita dapat juga menjejakkan ke tanah suci. Pasti ada ilmu tersendiri kita pelajari.

Ketinggian Budi Pekerti


Mahu contohi pekerti bila orang buat keji pada kita?Mahu kita sayangi diri kita juga?
Ikutilah contoh terbaik lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah ini. Dia adalah sebaik-baik ikutan.

Kematian Bernyawa ~ Jeehan

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pertualangan memburu jasad. Ritual menanti jiwa. Sumpahan iblis melalui patung-patung itu telah membawa permainan terkutuk itu bersemadi selamanya.

Namun, demi seorang sahabat, Kat dengan rela hati berusaha merungkai segala teka-teki yang bersarang di fikirannya. Vina pula semakin kuat rasa ingin tahu tentang rahsia yang disembunyikan oleh keturunannya.

Nol terjebak dengan misteri yang sedang melilit dua sahabatnya. Pertemuan bertiga telah membongkar rahsia asal keturunan mereka. Walau sudah terpisah dek perubahan masa, tetapi Kat, Vina dan Nol nekad untuk menyudahkan cerita yang tidak selesai beratus tahun dahulu.

"Kamu ni, sudah aku bilang, kita perlu pulang! Untuk mencari keturunanku!" - VINA
“Korang pernah dengar tak pemburu hantu, legenda Melayu. Ala-ala Ven Helsing Melayu lagi.” – NOL
"Kata Mak Mah, jawapannya ada di Perigi Tujuh Puteri Palembang. Kita perlu ke sana." KAT

Dapatkah Vina, Kat dan Nol merungkai misteri sebenar tentang patung ukiran yang hidup itu semua?
Dan apakah hubung kait patung-patung itu dengan keturunan dan riwayat mereka dahulu?
Apa yang sebenarnya patung-patung itu mahukan? Jasad atau Jiwa?
Tidak akan tamat kisah aku selagi keturunanku masih mempunyai roh di dalam nyawanya.

Jeriji Besi: Derita Mat Rempit ~ Zakir Husin

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Selepas mengharungi liku serta perit getir bersama banduan dan pegawai atasannya di Penjara Pagoh, Zakri ditukarkan ke Penjara Semenyih. Sangkaannya dalam persekitaran kerja yang baharu akan memberikan suasana kerja yang aman dan harmoni ternyata melesit. Kehadirannya ke Penjara Semenyih sdisambut dengan ragam banduan yang lebih ganas dan mencabar. Begitu juga dengan gelagat organisasi yang lebih memeritkan. Konflik berterusan silih berganti menjadi rencah hidup yang perlu dilalui dengan tabah dan berhati-hati. 

Konflik yang lebih perit perlu ditempuhinya. Kemudian Zakri berpesan secara umum kepada mat-mat rempit yang dikumpulkan itu, "Korang semua camkan betul- betul muka aku ni. Jangan kau terperanjat pulak kalu jumpa bapak tiri kaun ni dalam penjara nanti."

Jeriji Besi: Biarkan Aku Sengsara di Sini ~ Zakir Husin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Zakri graduan muda baru bertugas di Majlis Daerah Kuang Selatan dengan menyandang jawatan penting di sana. Dia mengalami kejutan budaya yang parah. Sentiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Sering mahukan sanjungan dari kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.

Setelah sedar akan dosa-dosanya, jiwanya mula bergelora hingga membuatkan beliau mengambil keputusan menghukum dirinya sendiri. Keputusan itu diteguhkan lagi selepas dia terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut nyawanya.

Akhirnya dia bertindak menyertai Jabatan Penjara untuk berguru dengan kesengsaraan yang ada di dalamnya supaya boleh memberikan keinsafan kepada dirinya. Berbagai pengalaman perit dan getir sepanjang berada bersama-sama banduan dan kakitangan penjara banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan yang hakiki.

Dengan penuh semangat, Zakri terus bercerita, "Sah kereta yang aku pandu telah terbalik. Aku sangka aku sudah mati lalu aku hanya mendiamkan diri sahaja. Rasa seolah-olah aku sedang menunggu sahaja