ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 22 September 2021

Bahagia Yang Sebenar ~ Eija Khadeeja

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Cinta... tak mudah untuk ditafsir makna sebenar di balik kalimah yang satu itu. Ada yang ketepikan semua hal demi memenuhi keinginan untuk dicintai dan mencintai hingga alpa batas sempadan. Gambaran yang tepat bagi dua manusia bernama Nafsiah dan Mushir.

Balkis... Wanita itu dibesarkan oleh walid wan dan umi tuknya. Bagi Balkis kedua insan itulah ibu bapa kandungnya. Membesarkan dia dengan erti ketabahan yang sebenar.

Di saat ramai mencaci hina, hadirnya Fikri mengubah rasa yang bercambah di hati mereka. Bermula dengan sayang, akhirnya terkuntumlah kasih dan berkembangnya cinta. Tapi, hadirnya Aiton memisahkan mereka.

“Aku sendiri pun tak tahu nak kategorikan cucu kau tu sebagai apa! Sama tarafnya macam binatang!” - AITON

“Kalau saya disamakan dengan binatang yang akan mendapat balasan mulia di sisi-Nya kelak, apa agaknya balasan dan tempat yang disediakan oleh Dia kepada insan yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap insan lainnya?” -BALKIS

Fikri, relakah menerima segala kekurangan Balkis, walhal dia tau sejarah gadis itu?

“Kenapa Balkis sanggup hancurkan hati abang sampai macam ni sekali? Tak cukup ke Balkis menyeksa abang selama ni? Kenapa bukan abang yang Balkis pilih? Kenapa Balkis? Kenapa?” – FIKRI

Bagaimana dengan Balkis, mampukah dia bernafas sekali gus menikmati bahagia yang abadi?

Sedangkan ‘sisi gelap’ hidupnya sering memusnahkan segala-galanya?

Perpisahan adalah penderitaan yang paling banyak menghuni hidupnya. Tetapi, tidak akan melunturkan semangat untuk membuktikan bahawa dia mampu berdiri di atas sebuah kebaikan untuk mengusir sejuta kejahatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...