Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Aryanie Ismail. Show all posts
Showing posts with label Aryanie Ismail. Show all posts

Friday, 22 January 2021

Adelia ~ Aryanie Ismail

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Bukan Adelia pinta semua ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa.

Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda.

Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi. Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas daripada belenggu ini? Akan terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini?

“Awak, Adelia kan?”
“Awak... awak... nampak saya ke?”
“Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?”
“Ya, saya.”
“Tapi, bukan ke awak dah meninggal?”
“Saya... saya...”

Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian.

“Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini.