ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 16 March 2012

Sebenarnya Saya Isteri Dia ~ Zura Asyfar

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Love You Mr. Arrogant ~ Aliesha Kirana

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Thursday, 1 March 2012

Furu' Al-Masail: Wa Usul Al-Wasa'il ~ Maulana Al-Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. 

Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM80.00 - RM70.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...