NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Monday, 27 June 2016

1 Pengakuan 9 Luahan ~ Azura Rasiddin

Lelaki itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini? Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira
“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran
Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.
“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran

Kopiah Buat Zauji ~ Syima Syawal

“Bunga tahi ayam?!” -Ella.

“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.

Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang. Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing-masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.

Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni?
Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Dia menangis teresak-esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru-parunya. Dia seakan-akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad.
Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Izinkan Aku Jadi Sayapmu ~ Lily Haslina Nasir

Sofeatululaishah a.k.a Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk). Gadis yang digelar bendul dan jendul ini ialah staf baru di syarikat Menara Rumah Manis. Entah mana silapnya, dia selalu menjadi ‘mangsa’ Chairil Razlan. a.k.a Chairil Cougar, pewaris tunggal Menara Rumah Manis yang sangat anti dengan cara hidup orang perempuan ‘moden’. Buktinya, dia haramkan staf memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram!

“Isu global dia orang ni tak habis-habis nak buang selulit. Pakai kasut baru beli pun nak tayang. Tak pasal-pasal tunjuk kuku kaki cagu, kulit kaki berkerak daki! Tolonglah... Paling tak tahan, IQ tahap tujuh kerak bumi bila selfie dalam jamban awam! Apa masalah ya??? Macam tu kau nak suruh aku berbini cepat! Boleh pupus baka cerdik aku di muka bumi ni!” – Chairil Razlan

Tapi Pia Pemuk, dia lain dari yang lain. Susah ‘dibeli’. Malah, mana nak cari perempuan yang cekal memandu kereta Fiat lama manual itu? Kereta yang lantainya nampak jalan tar! Sungguh Pia Pemuk sangat tabah orangnya.

Siapa kata kita menangis untuk Tuan Chairil? I won’t cry for you, my mascara is too expensive. Dulu kata I Pendek
Gemuk, ni apa kes tiba-tiba nak kata I sweet and juicy?” - Sofeatulaishah

Namun perlahan-lahan dalam diam, ego dan keangkuhan Chairil terjentik dengan ketenangan Pia Pemuk @ Sofeatulaishah menghadapi masalah. Dibuli Effa, perempuan si muka ketat pun Sofeatulaishah masih mampu tersenyum. Hebat. Harus Chairil akui, Pia Pemuk ini istimewanya ibarat dinginnya air di pergunungan. Sejuk dan menenangkan
*****
(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Permata Hati ~ Rehan Makhtar

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin
“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin

Sunday, 26 June 2016

Encik Tunang vs BFF ~ Nana Fiqree

Eisya, tokeh kedai roti dan kek bersama sepupunya Adia. Jatuh cinta pada Erham, bff yang tall, dark and handsome.

Handsome ke? Biasa-biasa saja tapi, manisnya tetap ada. Susahnya bila jatuh cinta pada kawan baik sendiri. Lagi susah bila kawan baik tak punya perasaan yang sama tapi, geramnya kawan baik buat dia macam mesin ATM! Dicari bila poketnya menipis. Dan dia kerana sayang, senang saja memberi. Wang bukan masalah besar baginya. Perniagaannya walaupun tidak besar tapi, maju. Dia juga anak bongsu yang tak pernah putus duit.

Keadaan jadi rumit bila muncul Encik Tunang yang kacak bergaya. Cikgu Ilman yang tak skema macam tipikal guru-guru yang ada. Jejaka kacak bergaya yang jatuh cinta pandang pertama pada Eisya. Ilman tak peduli. Eisya suka atau tidak itu nombor dua. Yang penting Eisya sudi jadi isterinya. Baginya cinta boleh dipupuk, asal ada usaha untuk merubah perasaan sayang Eisya pada Erham berpaling padanya pula. Tambah susah bila kawan baik jatuh cinta pada perempuan lain pula. Ratna, si gadis genit muncul menambah ‘perisa’ dalam hidup Eisya yang sebelumnya serba mudah. Hidup yang dulunya mudah mula jadi payah. Erham yang tidak serius, suka bertukar-tukar teman wanita tiba-tiba boleh jadi pencinta paling agung. Ratna pula entah kenapa iri hati pada Eisya yang padanya serba sempurna. Bermacam-macam cara dilakukan untuk menjatuhkan Eisya. Lebih-lebih lagi, hatinya sudah berpaling arah pada Ilman yang punya lebih pesona. Eisya pening kepala!
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Dahlia Gua Punyer! ~ Fimirae

Kasih Damshaq dan Dahlia sebenarnya sudah terjalin sejak kecil. Persahabatan yang terbina berhenti separuh jalan tatkala keluarga Dahlia berpindah ke Kuala Lumpur. Damshaq terkilan dengan pemergian gadis itu. Sepuluh tahun kemudian, takdir Ilahi menemukan mereka berdua kembali. Persahabatan yang lama bertaut membenih menjadi cinta. Namun, mereka terpaksa berpisah sekali lagi. Kali ini, Damshaq serik. Dia tidak sanggup lagi mempertaruhkan perasaan sendiri namun, Dahlia nekad dengan perasaan sendiri yang mahukan lelaki itu menjadi teman hidupnya.

“Tangan yang ‘memetik’ Dahlia, bukan sembarangan tangan. Tangan kasar kampung boy yang ada visi dan misi untuk menakluk taman larangan.”
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Lelaki Idaman ~ Pena Kayu

Melina Samad. Semua orang panggil dia Mel. Dia diberi pilihan sama ada jadi ISTERI ORANG atau jadi CIKGU. Dan, dia pilih jadi cikgu. Biarlah dia korbankan cita-cita besarnya untuk menjadi juru gambar, asalkan dia tak jadi isteri orang. Idham Noah, lelaki yang Mel tolak mentah mentah, bekas calon imam tak jadinya. Syah Riduan pula, teman tapi mesra Mel. Yang Mel rasa nak pilih dia. Tapi, bila Mel jumpa Idham, hatinya pandai-pandai pula terpikat. Bila dia tahu Idham itu adalah orang sama yang dia tolak mentah mentah-mentah, dia padankan muka sendiri. 

“Saya tak nak kahwin dengan awak, Mel. Mel bukan perempuan yang saya pilih untuk jadi isteri. Mel cuma pilihan bonda saya.” – Idham 
“Mel nak jadi isteri Idham.” – Mel 
“Jadi isteri saya bukan perkara yang bagus. Tak elok Mel musnahkan hidup sendiri.” – Idham 

Nampak tak permainannya di situ? Sekarang Mel pula yang ditolak mentah-mentah. Mel hendak pilih siapa lagi jadi lelaki idaman? 
A : Syah 
B : Syah
 C : Syah 

Mel nak Idham! Tapi, Idham tu dah ada buah hati dan buah hati Idham adalah kawan baik Mel. Sanggup ke Mel kecewakan kawan baik sendiri? 'Mel tak sanggup!' 'Kalau macam, tu pilih Syah.' 'Syah jadi imam Mel + dapat anak = Nanti Mel fikirkan.' 'Tetapi kalau Mel tamak dan berkeras nak Idham juga, boleh tak?' Apa akan jadi kalau Mel berkeras mahukan Idham? Adakah Idham akan melepaskan buah hatinya demi Mel?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Projek Seram Airport ~ Helmi Effendy, Noorfadzillah, Aida Adia, Aziah Zainal

ZON HITAM – HELMI EFFENDY
~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia~
Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya.

LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH
~ Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian~
Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bersama tawaran setengah juta dengan syarat dokumentasikan Lapangan Terbang Akarak sebelum tempat itu dimusnahkan. Dayang Erdina bersama satu team dihantar ke sebuah lapangan terbang lama di Pulau Akarak, Sabah. Ini satu peluang yang sangat mengujakan. Ini juga satu rezeki datang tidak terduga. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa inilah jalan daftar masuk dan mati dialu-alukan oleh roh-roh kejam menantikan jiwa murni.

BLURB DESTINASI TERAKHIR - AZIAH ZAINAL
~jahat dibalas jahat~
Mengisahkan Hazrin seorang anak keluarga berada yang sangat sayangkan kekasihnya Nora. Pada suatu hari Nora ditugaskan untuk bertugas di Indonesia dan sesuatu yang aneh telah berlaku kepada Nora yang menyebabkan mereka berpisah. Kapal terbang yang dinaiki Nora hampir terhempas. Kehadiran Fara seorang pramugari cantik menyebabkan Hazrin leka dengan cintanya. Berjayakah Nora berjumpa kekasihnya semula dan siapakah yang bertanggungjawab di atas semua kejadian ini?

Nyawa ~ Eqbal Mohaydeen

Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai.

Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku?

"Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar." - Inspektor Amiruddin

"Saya nampak sendiri Azazil tarik bayi dalam kandungan ni hidup-hidup. Mimpi ni ada makna abang. Iblis tu masih hidup. Dia nak ambil anak kita" - Izara

“Rumah kau tu macam mengusik. Maksud aku macam ada sesuatu selain manusia yang menumpang kat rumah kau. Kau faham kan maksud aku?" – Arman
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Bicarawara Sains Islam ~ Mat Rofa Ismail

Buku ini mengangkat kembali sejarah sebenar di sebalik kecemerlangan sains yang cahayanya dapat dinikmati oleh seluruh manusia sepanjang zaman. Ibarat menikmati buah-buahan yang enak, tidak wajar kita sekadar menghargai penjual buah, tetapi kita juga perlu memberikan penghargaan kepada pekebun yang menanam benih, menyiram dan menjaga pokok-pokok ini dengan baik. Merekalah saintis-saintis Muslim yang dinafikan sumbangan mereka dalam kemajuan sains yang dibawa ke Barat. Merekalah yang mengubah dunia!
*****
(SEM & S/S) RM75.00 > RM66.00

20 Sen Untuk Ke Syurga ~ Ustaz Elyas Ismail

Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya.

Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.

Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Menumpang Teduh Pohon Akasia: Somaliland Bukan Somalia ~ Muhammad Suhail Ahmad

Kebanyakan kita lebih mengenali Somalia berbanding Somaliland. Sebabnya mudah sahaja, Republik Somaliland tidak pernah wujud. Itulah hakikat pahit yang cuba ditelan setelah tiada satu pun negara di dunia mengiktirafnya.

Kembara ini membolehkan aku melihat sendiri negara Islam yang dipinggirkan ini. Begitu banyak perkara yang mengejutkan aku sejak dari awal menjejakkan kaki sehingga berlepas pulang ke Malaysia.

Walaupun rakyat Somaliland berbangsa Somali, serumpun dengan rakyat Republik Somalia, namun mereka tidak mahu saling berkaitan.

Tahukah anda tentang kehebatan tentera Malaysia yang diselindungkan dunia sewaktu berlakunya kejadian Black Hawk Down? Pernahkah anda terfikir gelombang 4G telefon bimbit sentiasa penuh di kawasan gurun? Percayakah anda kembara ini terpaksa merentasi 20 batang sungai?

Bacalah buku ini untuk menikmati pengalaman kembara gurun Somaliland yang jarang sekali diterokai. Aku sudah selitkan juga video di dalam buku ini. Sambil membaca, anda dapat menonton!
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...