Setiap orang pasti akan ada fasa-fasa yang baginya terasa begitu melelahkan. Menjalani hidup di titik paling terendah dan sering dipatahkan oleh keadaan.
Sedih, kecewa, bersendiri yang mengejar seorang manusia itu untuk terus tabah menghadapi kenyataan. Semua itu yang membentuk seseorang menjadi lebih dewasa dalam menjalani pasang surut kehidupan.
Semoga buku ini menjadi teman di saat hati terasa lelah, dan ingatlah;
“Ada lelah yang harus dihargai, agar ia menjadi harapan yang bakal ditujui, menjadi sinar walaupun hati dilukai.”
Belian & Pertanyaan:

Showing posts with label Whitecoat. Show all posts
Showing posts with label Whitecoat. Show all posts
Friday, 25 August 2023
Tentang Semua Yang Melelahkan ~ Elhaura Masyitah
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00
Healing With Quran ~ Farhatul Faizurah
(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, hidup kita mudah tertekan dan terbeban dengan pelbagai masalah. Dugaan yang datang melanda, adakalanya tidak tertanggung rasanya, baik dari segi fizikal, koma, mental, mahupun spiritual.
Fikiran buntu dan perasaan jadi tidak menentu. Pelbagai rasa; kecewa, marah, dendam, iri, sedih, pilu, putus asa dan sebagainya datang mengganggu. Apabila dugaan ini datang bertubi-tubi, semangat untuk terus hidup menjadi pudar dan hidup rasa kosong seperti hilang erti. Ketenangan dan ketenteraman mula menjauhi. Tanpa kita sedari, antidot bagi permasalahan ini semua sebenarnya sentiasa ada di depan mata. Itulah Al-Quran.
Di dalamnya terkandung penawar yang mampu menenangkan hati dan mntenteramkan jiwa. Kita hanya perlu membaca, memahami dan mendalami isi kandungannya. Healing with Quran membawa pembaca mendekati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pelbagai masalah yang di hadapi pada masa kini. Terkandung juga panduan untuk kita bersahabat akrab dengan kalam Tuhan ini. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan dalam segenap urusan kehidupan.
Monday, 17 April 2023
Magis Akal ~ Sufian Talib
(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00
Allah SWT bukan sahaja menuntut kita para hamba-Nya untuk berdoa. Bahkan Dia juga turut memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dimustajabkan. Dalam masa yang sama, agama kita banyak memberikan isyarat berkenaan dengan seni-seni yang boleh diaplikasikan dalam ibadah berdoa. Karya ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam berkenaan dengan petunjuk-petunjuk dan seni yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga Al-Sunnah dalam proses berdoa. Ini meliputi penelitian yang mendalam berkenaan dengan lafaz-lafaz doa yang dibaca oleh para anbiya' serta isyarat-isyarat yang diperoleh daripada doa mereka.
Terlalu Berharga Untuk Putus Asa ~ Teh Fatihah
(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00Hari ini Allah berikan kekecewaan, untuk kamu sedar erti kebahagiaan & pergantungan. Hari ini Allah berikan kesakitan, untuk kamu hargai nikmat kesihatan. Hari ini Allah pisahkan dengan seseorang, untuk digantikan dengan yang lebih baik di hari kemudian. Hari ini Allah turunkan ujian demi ujian, untuk Dia gantikan dengan satu rasa yang amat hebat iaitu kekuatan. Jangan mudah mengalah andai diri sentiasa diuji. Teruslah kuat kerana diri kamu terlalu berharga untuk putus asa. Semoga buku ini menjadi teman saat berada dalam fasa terendah & sedang bergelut dengan kesedihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)