Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Fajar Pakeer. Show all posts
Showing posts with label Fajar Pakeer. Show all posts

Tuesday, 16 April 2019

Kasih Yang Tak Terlewat ~ Wannie Nordin

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Terima kasih, doc. Awak dah selamatkan nyawa saya. Maafkan saya sebab dah menyusahkan…”
- TIA IZZARA

“Tak apa, Tia… awak tak menyusahkan saya pun. Yang penting awak selamat. Dan kalau boleh lepas ni janganlah awak buat kerja bodoh dan gila macam ni lagi. Hidup kita ni hanya sekali, jadi kena fikir berkali-kali sebelum buat benda tak berfaedah.”
– ILHAM QAIS

Siapa menduga Ilham Qais yang selama ini dingin dan sejuk beku boleh berubah apabila mengenali gadis lincah yang selamba badak seperti Tia. Tia selamba meluahkan rasa cinta. Ilham Qais pula cuba untuk menolak dan mengelak, namun akhirnya tewas. Terus saja dia melamar Tia menjadi isteri. Alasan mudah, kononnya mahu selamatkan Tia daripada terus diganggu teman lelaki kasanovanya.

Tapi, Ilham takut kebahagiaan bersama Tia akan membuatkan dia lupa kepada Kaseh, satu-satunya perempuan yang pernah menjadi suri dalam hatinya. Tapi, rasa cinta sudah mula bertapak untuk Tia. Argh, sudah… nak Tia atau nak Kaseh? Kalau nak dua-dua, rumit pulak jadinya.

Infidelity ~ Marini Mat Zain

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Ada orang dilimpah kasih yang melimpah ruah. Mana-mana pergi mendapat kasih dan manja. Tidak putus rasanya cinta di dada. Hingga terkadang sukar membuat pilihan. Betapa ramai lelaki mahu mencurah cinta. Itulah Melissa.

“Aku tak faham seperkara mengenai lelaki. Aku rasakan aku cukup khatam dengan fiil dia. Tapi semakin aku kenal dia, rupa-rupanya masih banyak pula aku rasa keciciran. Takkanlah sukatan pelajaran berkenaan dirinya kian bertambah?”
- MELISSA

Ada pula yang sering sendiri. Cinta tidak pernah datang walaupun mencari. Kalau mencari pun takkan ketemu kerana yang indah cuma sementara. Esok dia kan kembali sendiri. Hanya bertemankan kenangan yang dikutip. Ini pula tentang Zalea. Dia mengukur nasib diri di badan sendiri.

“Tak perlu berusaha tetapi semua lelaki suka dekat dengan dia. Ada pula dah usaha macam-macam. tetapi jodoh tetap liat nak dekat. Aku pernah lalui semua itu. Orang paling kita senangi itulah yang takkan kita dapat,” – ZALEA

Menunggu Sempurna ~ Annis Rizani

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sukar menerima hakikat bahawa dirinya menjadi mangsa kerakusan lelaki, Nur Zara membawa diri ke Rumah Raudhah. Impian cinta alam persekolahan tidak kesampaian apabila Hanafi mengundur diri. Separuh nyawanya terasa melayang. Dia sedar, dirinya tak mungkin menjadi wanita sempurna.

Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagaikan angin lalu yang mendamaikan menyapa hati Zara tatkala membaca nota-nota yang ditinggalkan di keretanya. Namun, perasaan itu seboleh mungkin cuba diabaikan kerana diburu igauan ngeri masa silam.

Kemunculan Zharif memang tidak terduga. Baik Zara mahu pun Zharif, tidak pernah bersemuka. Namun, nota-nota kecil telah mendekatkan mereka.

Saya sukakan awak. Serius! - ZHARIF
Awak betul-betul dah sedia untuk terima cabaran dengan kisah silam saya? – ZARA

Jai-Ho #TakkanJatuhCinta ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Kau nak apa sebenarnya ni, kambing?”- JAI
“Kenapa kau bersusah payah nak berjoging bagai? Kau kena terima takdir yang kau tu gemuk macam anak gajah.”- HO

Hangin satu badan Jai, bila Ho@Haider Omar mengeluarkan kata-kata itu. Mulut Ho memang mulut naga, sentiasa berapi.

Jai-Ho, mereka ni memang terkena genetik suka bergaduh. Pantang berjumpa, pasti perang dingin meletus. Apa yang dilakukan oleh Jai, semuanya tidak kena di mata Ho. Jai pula pasti akan membalas setiap perbuatan khianat yang dilakukan oleh Ho terhadap dirinya. Sampai katak dan kambing pun join sekali.

Bila penat sangat bergaduh, dalam hati nak jua berbaik, tapi tak jadi sebab dua-dua bermusuh sampai mati. Hinggalah satu kejadian telah merubah skala hidup Jai-Ho. Ho sangat terhutang budi dengan Jai. Dia sanggup melupakan segala persengketaan antara mereka.

“Kau dah selamatkan Kareena. Kalau kau tak selamatkan dia tadi, aku tak tahulah apa yang akan jadi pada hidup aku,”- HO

Tuesday, 5 March 2019

Berikan Aku Sebutir Bintang ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kata Adhara, dia tidak akan menuntut hak sebagai sebagai isteri.
"Walaupun I tak minta cinta, I minta you berlaku setia." - ADHARA

Pinta Altair, jangan jatuh cinta kepadanya.
"Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Aku hanya mahukan Nazira." - ALTAIR

Demi menyembunyikan aib dalam perut, Adhara mencari seorang suami. Demi melindungi Nazira yang dicintai, Altair rela mempertaruhkan diri walaupun nanti si kekasih bakal membenci. Atas persetujuan bersama, akad dimaterai.

Mereka yakin bahawa bersatu dalam pernikahan, berdua dalam kamar bahkan saling berkongsi tempat tidur tidak akan menghadirkan cinta dalam hati. Yang mengikat hanya persetujuan dan perjanjian yang ada tamat tempohnya.

Namun, akibat fitnah... mereka terpisah dan menjauh. Adhara memilih pergi. Altair hidup dalam teka-teki.

Kurelakan Yang Indah ~ Arniza Idayu

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Lina, mulai esok kau tak payah lagi buat kerja teruk-teruk tu. Sepatutnya kau anak dara ni, jaga badan, jaga muka. Bukan buat semua kerja tu. Tengok lengan kau tu, berurat. Entah jantan mana yang suka dekat kau. Dah la perangai mengalahkan jantan.” – PEAH

Sinis kata-kata itu membuat dia berfikir… sampai bila ujian datang tanpa berhenti menguji diri? Membesar bersama Tok Mek dalam keadaan serba kekurangan membuatkan Adlina dlilingkari masalah keluarga yang tiada berpenghujung.

Kadang-kadang, bila kesabaran menipis, dia menyalahkan takdir. Tapi, ada Tok Mek yang sentiasa memberi semangat, sentiasa mengingatkan hal yang baik-baik.

Namun, kehadiran dan kesungguhan Ziyad membantu Adlina bagaikan telah menyuntik satu perasaan halus di hati Adlina.

Sulit rasanya menyatakan cinta kepada si dia kerana sedar kekurangan diri. Takut lelaki yang jatuh cinta kepadanya, tidak dapat menerima kenyataan pahit hidup bersama dengan wanita bernama Adlina. Tapi, bukan Ziyad namanya jika tidak dapat menakluk hati sang bunga yang mula memberi warna pelangi di hatinya.

Carl Faliq ~ Nurwahyu

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

“Ana, saya tahu awak marahkan saya.” – CARL FALIQ
“Habis tu, takkan awak nak saya ketawa dan tepuk tangan dengan gembira?” – ANA AISHA

Demi sebuah misi, Faliq terpaksa akur yang jalan perpisahan adalah terbaik untuk mereka. Bukan hati sudah tidak sayang, tetapi dia tidak mahu episod hitam yang pernah menimpa Camelia dulu berulang. Episod itu telah menyebabkan Camelia dibunuh dengan kejam.

Jauh beribu batu di bumi Brazil, Carl Faliq masih meneruskan misinya. Misi menumpaskan kumpulan Peter yang masih gagal dilakukannya. Namun, siapa sangka takdir semakin menguji apabila muncul kembali si gadis yang masih bertakhta di hati. Gadis yang kini memegang status tunangan orang.

“Kambing awak nak panggil saya?” – CARL FALIQ
“Yalah! Kambing berjanggut! Kambing takutkan air. Sebab tu awak malas mandi!” – ANA AISHA

Perkara lebih menyesakkan hati lelakinya, bila tunang Ana Aisha adalah Hardy Zafran. Bagi Hardy Zafran pula, kedatangannya ke Brazil bukan untuk si gadis. Tetapi, ingin menuntut kembali permata berharga yang berada di bawah jagaan Carl Faliq.

Berjayakah Carl Faliq meneruskan misinya menumpaskan kumpulan Peter? Terbelakah kematian Camelia?

Siapa pula yang akan menjadi pilihan hati Ana Aisha setelah segala rahsia terbongkar?
Carl Faliq yang sentiasa menghantui dirinya atau Hardy Zafran yang mula bertaktha di hatinya?

Tuesday, 29 January 2019

Separuh Aku ~ Alya Husna

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Jalankan tugas saya. Rawat hati awak.” – SYAH
“Ra.. wat hati?” – MUJAHADAH

Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia?

Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung.

“Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati.” MUJAHADAH

“Bila masanya saya gulakan awak? Saya ni bukan spesies lelaki yang suka berjanji tapi tak tepati.” – SYAH

Kekurangan yang ada pada diri sendiri membuatkan keyakinan Mujahadah carik untuk menerima sekeping hati. Namun, sejak mengenali Syah…. dia tidak tahu jampi cinta apakah yang telah menyampuk dirinya. Mahu ditolak jauh Syah, jiwanya pulak dah tersimpul kuat dengan lelaki itu.

Denganmu Kurasai Cinta ~ Ainon Zaini

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mr. Edwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Semua nak ikut kata dia. Poyolah dia ni.

“Kerja tak boleh main-main. Awak sudah cederakan pekerja lain. Saya bagi warning akhir. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN

Julita ketap bibir membendung perasaan. Rasa mahu sepak-sepak saja bos yang tidak mahu mendengar penjelasannya.

“Saya suka awak. Saya nak awak.” - ISKAN

Iskan, lelaki yang berani berterus terang. Yang pandai beli jiwa, tapi cemburu buta.

Kedua-duanya menyedarkan Julita bahawa cinta adalah hal yang complicated. Julita perlu memilih antara mereka. Bertambah serabut bila Nurlis muncul. Nurlis yang tidak pernah senang hati melihat kebahagiaannya. Ada saja akal jahatnya mahu mengenakan Julita.

"Kau rampas Iskan daripada aku, kemudian kau rampas pula Mr. Edwin yang mula baik dengan aku! Kau memang tamak Julita! Kau porak-perandakan hidup aku!” - NURLIS

Antara dua jejaka itu, dengan siapa harus dia menyemai cinta? Adakah pilihan itu yang terbaik? Buat dia bahagia? Buat dia derita? Tiga hati, satu cinta… di mana titik noktah cinta Julita?

Wednesday, 26 December 2018

Arjuna Milikku ~ Mariyati Miskon

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dipinang orang? Kalau orang lain, dipinang orang, biasalah tu kan? Tapi, untuk sweet seventeen macam Dania Hana memang luar biasa. Lagi-lagi daripada orang yang tak dikenali. Gila ke apa?

Eh, tak nak klise… kahwin paksa + paksa kahwin.

Tetapi Qayyum ni bijak, bagi ayat yang manis macam gula, mulalah Dania blink-blink love dekat Qayyum. Sekuat apapun Dania menolak, tetap saja namanya yang terucap saat di ijab qabul.

“Bagi abang apa pentingnya hubungan ini?” – Dania Hana

“Dania ada sesuatu yang abang perlukan yang tidak dimiliki oleh mana-mana wanita. Abang akan jaga Dania hingga ke akhir hayat abang.”- Qayyum Danish.

Saat merasai erti cinta sejati, hati Dania retak seribu bila orang ketiga, orang keempat dan sewaktu dengannya mula menjadi igauan dalam setiap langkah cintanya bersama Qayyum.

Cinta Tersalah Alamat ~ Ezdiani Abd Rahman

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Lain kali nak parking kereta guna akal, bukan guna kepala lutut. Kalau dah tahu nak keluar lama tinggalkan nombor telefon. Taklah menyusahkan. Stupid!” – Raif Widad

Ditulis sebesar-besarnya pesanan itu kepada pemilik kereta yang menghalang keretanya. Puas hati bila dapat menconteng bonet kereta itu.

“Eh, awak ni memang samseng jalanan ke? Sesuka hati pecahkan cermin tingkap kereta saya tu. Tahulah kereta saya tu murah tak semahal kereta awak.” - Eshal

Perkenalan tragis antara Eshal dan Raif Widad meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Eshal. Dari jejaka idaman, lelaki itu menjadi musuhnya. Pantang nampak wajah Raif Widad, Ehsal naik hantu.
Namun, dalam mereka bertelingkah ada perasaan yang menjentik hati. Ada jiwa yang merindu dalam diam.

Raif Widad, dulu kata benci, tup-tup tergolek cinta pulak.. bila dah jatuh cinta, sangguplah Si Raif Widad ni menyamar… nak memikat hati Eshal kan? Hasilnya memang lumayan bila Eshal menerima Raif Widad. Mereka bersatu juga sebagai pasangan suami isteri.

Monday, 3 December 2018

Yang Selalu Ada Di Sini ~ Eyla Hime

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Aku nak kau tolong aku tackle Ailin jadi girlfriend aku.” – ANIQ

Zafreen sangka, pada hari jadinya yang ke 29 tahun, Aniq akan meluahkan perasaan dan mengajaknya bercinta. Namun, lain pula yang berlaku bila Aniq jatuh cinta pada sepupunya yang cukup menjengkelkan itu.

Kesedihan Zafreen membawa kepada pertemuannya dengan Imaad, pemain piano terkenal dunia yang ketika ini sedang hiatus.

Mamat ni nak merompak aku ke? Ke dia nak culik, lepas tu rogol aku? Eh! Lepas tu jual semua organ dalam badan aku! – ZAFREEN

“Miss, orang-orang tu adalah orang-orang yang merbahaya. Kalau you tak start enjin dan beredar dari tempat ni, you dan I… Kita berdua akan dibunuh!”- IMAAD

Pertemuan pertama membuatkan perkenalan mereka berpanjangan.
Imaad yang mendengar setiap kali dia meluah, Imaad yang menemani di saat dia berduka, Imaad yang selalu ada di sisi. Zafreen terusik dan bahagia.

Tiba-tiba…

Sepahit Kopi Semanis Cham ~ Syima Syawal

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Aku akan potong gaji kau sebab patahkan batang anak lada tu.” - FAWWAZ RADI
“Eh mana boleh, namanya pun dah ‘ter’… bukan sengaja pun.” - DAYANG IRDINA
“Cuba aku ‘ter’patahkan jari kau, kau nak tak?” – FAWWAZ RADI
“Eh jangan tuan muda. Nanti tuan muda ‘ter’kahwin pula dengan saya sebab dah patahkan jari saya ni… tuan muda nak ke ada isteri jari yang dah patah? Tak nak, kan… kan?”- DAYANG IRDINA

Dari tak suka, boleh saja bertukar menjadi cinta. Dari menyampah boleh saja menjadi gila bayang. Jampi apa yang Dayang dah buat sampai Fawwaz yang hatinya suam-suam kuku mula berbunga-bunga cinta. Bagi Dayang, Fawwaz adalah pelajaran terindah dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan mengubah hatinya untuk lelaki lain.

“Cinta abang sebanyak air di lautan. Tak pernah sedikit pun berkurangan.” - FAWWAZ RADI
“Cinta saya sebanyak darah yang mengalir di tubuh kita. Yang memisahkan hanyalah sebuah kematian.” – DAYANG IRDINA

Sunday, 11 November 2018

Tulus ~ Zara Aluwi

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Cinta pertama tidak akan mati sampai bila-bila. Ia akan terkubur oleh waktu, tetapi tidak pada hati.

“Abang masih tunggu Nurul. Sampai bila-bila pun, abang tetap tunggu.”– SYUKRI

“Cinta semalam dah berlalu, bang. Jangan tunggu Nurul. Berkahwinlah dengan sesiapa pun. Nurul tumpang bahagia.” - NURUL

Syukri cinta pertamannya, lelaki yang telah menyelamatkannya tetapi lelaki itu jugalah yang telah mematahkan hatinya. Nurul akur bukan jodohnya bersama Syukri. Antara cinta dan keluarga. Biarlah dia berkorban. Dia sayangkan lelaki itu tetapi dia lebih sayangkan ibu dan ayahnya. Dia akur bila Abang Wan menjadi pilihan ayahnya. Dia akan cuba membina masa depan dengan lelaki itu.

Dunia barunya bersama Abang Wan tidak pernah bahagia. Herdikan, pukulan menjadi santapan hidupnya hingga sanggup seorang suami menjual isterinya demi melunaskan segala hutang. Dia nekad untuk melarikan diri. Mana mungkin Nurul akan bertahan di neraka ciptaan manusia ini.

Calon Menantu Hantu ~ Hani Amizam

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Dia Yusuf Abid, dan aku Bunga Aishah. Dia orang panggil Usop Hantu, manakala aku pula orang sapa Ecah. Ecah? Tak glamour langsung, tapi tak apalah, nama Ecah lebih baik daripada digelar hantu macam Usop Hantu. Usop ni perangai dia nauzubillah memang jahat, memang nakal dan wajarlah orang gelar dia hantu.

Dalam semua orang menyapa diriku dengan nama Ecah, hanya Usop seorang sahaja yang memanggil namaku dengan panggilan Bunga. Bila kutanya mengapa memanggil namaku Bunga? Sahutnya kerana hidungku kembang seperti bunga raya. Kenyataan berani mati Usop buat hatiku marah. Suka sangat cari pasal.

“Tengok sayur ke tu?”- USOP HANTU
“Taklah, tengok anak ayam.”- BUNGA
“Ceh, belajar tinggi-tinggi, sampai keluar negara, tapi sayang tak juga bijak. Sayur dengan anak ayam pun tak dapat beza. Rabun ke buta?” – USOP HANTU

Setiap kali berjumpa, setiap kalilah Usop akan cari pasal dengan Bunga. Kenapalah dia jadi macam tu?! Ada masalah jiwa atau kurang kasih-sayang?

Friday, 5 October 2018

Bukan Kekasih Terlarang ~ Misz Haifa

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Untuk mendapat apa yang kita suka, pertama kita mesti sabar dengan apa yang kita benci. Itulah yang terjadi pada Tengku Adli. Hati sudah berdetak laju saat terpandangkan raut wajah itu. Si gadis tidaklah secantik mana. Namun aura si gadis buat dia serba tidak kena. Peluang muncul didepan mata, kata cinta dilafaz untuk si gadis. Tetapi cinta hanya seketika, Tengku Adli menghilangkan diri. Si gadis? Dibiarkan mereput tergantung sepi.

Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Bekerja di bawah syarikat yang sama. Bagi Tasha, antara dia dan Tengku Adli sudah berbeza. Dia kini bergelar tunangan kepada Anuar, adik kepada Tengku Adli. Di saat dia menunggu diiktiraf sebagai isteri muncul teman baiknya menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan encik tunang. Perkahwinan dengan Anuar diteruskan namun hanya untuk satu malam sahaja.

Mendengar khabar si gadis memilih adik sendiri sebagai bakal suami, Tengku Adli kecewa. Dia lantas menghilangkan diri ke luar negara. Namun, bila dia mengetahui Tasha bukan lagi milik sesiapa. Peluang seakan terbuka luas untuk menawan semula hati Tasha.

Berhenti di Hati Kamu ~ Shera Zulghafar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Sibuk tanya pasal tunang aku pula. Sudahlah, Ezza! Kalau tak ada benda nak cakap, tak payah cakap apa-apa. Buat sakit hati aje!” – Kayla Nafisah.

Shila Ezzani dibesarkan tanpa kasih seorang ibu. Walaupun Tuan Jamal mengahwini Puan Alisa dan memberikannya seorang ibu tiri, Ezza tidak pernah dianggap seperti seorang anak. Ezza tidak mengerti mengapa ibu dan kakak tirinya tidak menyukai dirinya. Nasib baiklah peribadi Haziq tidak begitu. Hanya pada abang tirinya sajalah Ezza dapat berkongsi duka.

Kemalangan yang menimpa Kayla memang terjadi tanpa disangka. Kayla terkorban di usia muda. Keluarga Tuan Jamal semuanya berduka. Datang Haziq pula dengan khabar tidak disangka-sangka. Lelaki itu menyatakan perasaan dan menagih cinta Ezza. Bercinta dengan abang tiri... gila apa? Mana nak campak Puan Alisa. Pasti terjadilah perang saudara antara mereka kalau Haziq menjadi pilihan.

Bidadari Ustaz Terpilih ~ Hidayah Izati

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Kalau boleh dia hendak beritahu satu dunia yang dia jatuh cinta. Kalau boleh dia nak lompat bintang dan menjerit yang hatinya telah ditawan. Namun, gembira itu tidak kekal lama. Bila kawan baik sendiri tikam dari belakang bertubi-tubi. Kasih yang diberi, racun serangga pula yang jadi ganti. Hampeh betul.

Sally, seorang manusia yang diangkat menjadi sahabat sejati. Adnan, seorang manusia yang menjadi tempat hatinya berlabuh. Akhirnya, itu semua bertukar menjadi mimpi ngeri.

Jantung aku ini macam kena libas dengan pedang samurai wei. Dia punya pedih sama macam kena curah dengan air garam – Eliyani

Eliyani, lupakan tentang dunia cinta, habiskan belajar dan kejar cita-cita. Namun, kehadiran Azhari membuat hatinya kembali dag dig dug. Azhari yang penuh misteri. Bila bertemu Eliyani, ada sahaja perbalahan yang terjadi. Tetapi, jejaka ini bukan sembarangan. Sebut sahaja sakit apa, Azhari pasti ada penawarnya. Dan, kerana itulah, dalam diam Eliyani jatuh cinta. Dalam diam aje tau... malulah nak luah depan-depan. Arhhh... bencinya hati ni.

Thursday, 30 August 2018

Tuan CEO KGdotcom ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Garang, mulut puaka dan anti perempuan: memang itulah trademark Tuan CEO kampung dot com tu. Bukan lelaki yang romantik, bukan lelaki macho, hidupnya hanya berteman kambing dan lembu. Bagi Wahyudeen, mendodoi kambing dan lembu lebih baik dari mendodoi perempuan.

Sehinggalah kedatangan seorang gadis telah memporak perandakan hatinya yang keras macam batu bata.
“Kau perempuan kan?”-WAHYUDEEN
“Ya. Betul. Saya memang perempuan.”-IMAN FAIRUS
“Iman Fairus tu nama lelaki kan? Yang datang hari ni perempuan pula. Kau pergi telefon Iman Fairus sekarang.”-WAHYUDEEN

IMAN FAIRUS, cuba hadam dan telan dengan perangai tegas tak bertempat Wahyudeen.

“Kuat perasanlah tuan ni. Saya pun tak suka tuan. Tuan kerek!” – IMAN FAIRUS
“Kerek tu apa? Kau kutuk aku ke?” WAHYUDEEN
“Bukan kutuk, tapi puji. Kerek tu nama sejenis kuih.” - IMAN FAIRUS

Sunday, 15 July 2018

Terakhir Untuk Selamanya ~ Kathy Tuah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya, Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia. Namun, demi membuktikan dirinya kuat tanpa lelaki bernama suami di sisi, Kayla bangkit. Dia berubah menjadi Kayla yang lebih dramatik, Kayla yang lebih anggun dalam agama dan tutur kata, Kayla yang ala-ala wonder woman. No lelaki, no hal. Tetapi, bertemu dengan Adli, hati yang retak seribu, mula bercantum-cantum. 

Hati yang dingin macam ais, mula cair. Kata tak nak bercinta, tapi kenapa hati ini melompat-lompat setiap kali terlihat mamat ni? Bila Adli ajak kahwin, Kayla terkejut. Mamat ni tak rabun hati kan?

"Kayla... kita kahwin...” Kayla yang tadi mengayun langkah terus termati langkahnya.
"Kayla... kita kahwin...” ulang Adli lagi. Kali ini nadanya lebih yakin berbanding tadi.
"Awak tak tahu masa silam saya, Adli. Saya bukan seperti Kayla yang awak lihat sekarang ni. Saya dulu...” "Masa silam saya juga tidak seindah yang awak sangka, Kayla. Tapi awak kena tahu, Allah lihat kita yang hari ini, bukan kita yang semalam atau sebelumnya.”