Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 5 October 2018

Bidadari Ustaz Terpilih ~ Hidayah Izati

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Kalau boleh dia hendak beritahu satu dunia yang dia jatuh cinta. Kalau boleh dia nak lompat bintang dan menjerit yang hatinya telah ditawan. Namun, gembira itu tidak kekal lama. Bila kawan baik sendiri tikam dari belakang bertubi-tubi. Kasih yang diberi, racun serangga pula yang jadi ganti. Hampeh betul.

Sally, seorang manusia yang diangkat menjadi sahabat sejati. Adnan, seorang manusia yang menjadi tempat hatinya berlabuh. Akhirnya, itu semua bertukar menjadi mimpi ngeri.

Jantung aku ini macam kena libas dengan pedang samurai wei. Dia punya pedih sama macam kena curah dengan air garam – Eliyani

Eliyani, lupakan tentang dunia cinta, habiskan belajar dan kejar cita-cita. Namun, kehadiran Azhari membuat hatinya kembali dag dig dug. Azhari yang penuh misteri. Bila bertemu Eliyani, ada sahaja perbalahan yang terjadi. Tetapi, jejaka ini bukan sembarangan. Sebut sahaja sakit apa, Azhari pasti ada penawarnya. Dan, kerana itulah, dalam diam Eliyani jatuh cinta. Dalam diam aje tau... malulah nak luah depan-depan. Arhhh... bencinya hati ni.

Alahai... tangkap cintun dah ini. Kenapalah, dalam serius kau ada manisnya. Dalam garang kau, ada romantiknya – Eliyani

Hubungan perisa manis pahit mereka banyak halangannya. Siapa Iman, yang tiba-tiba muncul dan mengaku bakal tunangan Azhari? Adnan pula datang semula meraih simpati. Mampukah cinta Eliyani dan Azhari bertukar menjadi kisah romantik seperti Mumtaz dan Shah Jahan? Tidak mustahil jika dua hati menjadi satu bukan? Janji yang terikat, jiwa yang terpilih... layakkah menghuni di hati selama-lamanya?