Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 11 February 2020

Kelebihan Membaca @ Benefits of Reading


Assalammualaikum & Good Day,

BILA STRESS, TAKDE MOOD, TAK BOLEH TIDUR, TAKDE IDEA NAK CAKAP BILA JUMPA ORANG, CUBALAH ANDA MEMBACA. IA AKAN MEMBANTU.

KAMI SENARAIKAN 15 KEBAIKAN MEMBACA KEPADA SEMUA BERDASARKAN KAJIAN & PEMERHATIAN. Jika ikutkan ada lagi sebabnya. Tetapi ini antara ang paling popular.

1. Vocabulary & Knowledge Expension - Untuk kita menambahkan kosa kata & juga ilmu, semuanya adalah melalui membaca. Jika nak tambah ilmu perkataan bahasa lain juga, adalah melalui membaca. Tak kisahlah sama ada melalui buku bercetak ataupun buku audio.

2. Help To Broaden Your Mind - Membaca mampu membuatkan anda berfikir dengan lebih luas, dengan lebih kritis & dengan lebih membangun. Ia mampu menggapai imiginasi atau memberi idea untuk memperbaiki diri sendiri atau orang lain.


3. Brain Exercising & Workout - Membaca membantu otak kita beroperasi dengan sihat. Membuatkan neuron-neuron aktif & sebagai senaman. Menurut beberapa kajian, melalui pembacaan, ia membuatkan otak kita bersenam & semakin sihat.

4. Strengthen Your Writing Skills & Abilities - Dengan membaca, kita akan dapat mengasah daya & gaya penulisan kita. Ia secara tidak langsung juga melambangkan daya pemikiran seseorang.


5. Lower Level of Stress & Tension Relief - Anda rasa tertekan? Ada rasa macam emosi tak stabil? Cuba membaca sesuatu yang buatkan anda gembira, contohnya buku novel kesukaan atau buku motivasi & paling bagus, baca al-quran. Pasti sedikit demi sedikit perasaan stress akan kurang.

6. Helps With Depression & Dysthymia - Masalah kemurungan dan gangguan distimik mampu membuatkan seseorang tidak mahu bercampur gaul dan murung dalam jangkamasa yang lama. Namun, kajian menunjukkan ianya dapat diatasi dengan membaca. Bacalah bahan yang santai, ceria, bergambar mahupun audio. Perlahan-lahan ia akan membuatkan anda bangkit kembali bersemangat.

7. Memory Improvement & Better Focus - Jika anda perasan, apa yang anda baca tentang sesuatu yang baru & menarik, anda akan ingat sampai bila-bila. Dan ia menambahbaikkan daya ingatan anda. Ia juga akan membuatkan anda lebih fokus untuk menambah maklumat baru.

8. Encourage Life Goals - Jika anda membaca buku yang motivasi atau yang memberi inspirasi, secara tidak langsung, anda akan berusaha untuk menjadi seperti penulis atau berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Berusaha juga untuk set tujuan hidup yang lebih bermakna.

9. Enhance Your Imagination - Melalui pembacaan, daya imaginasi akan lebih pelbagai & kreatif. Anda akan cuba mencipta atau mencuba sesuatu yang baru.

10. Boost You Sleep - Anda pernah lihat filem Hollywood atau Europe? Anda perasan tak yang kebanyakan filem akan menunjukkan beberapa slot dalam filem tentang aktiviti mereka sebelum tidur iaitu membaca. Cuba anda buat. Ia mampu buat anda dapat tidur yang nyenyak.


11. Free Entertainment & Relax - Membaca adalah aktiviti yang santai & percuma. Tak percaya? Cuba buka aje henset sekarang, ada banyak artikel yang boleh anda baca. Pergi aje ke mana-mana, anda akan dapati, buku mudah didapati. Dari berilmiah sampailah ke komik. Ia hiburan yang mudah.

12. Brighten Up Your Day - Anda nak ceriakan hari yang suram, sedih? Pick any books yang ada di kedai buku, di rak anda, di wattpad. InsyaAllah, anda akan rasa lebih ceria & sihat.

13. Stronger Analytical Thinking Skills - Untuk anda yang jenis suka mencabar minda, melalui pembacaan yang serius & ilmiah, ia mampu membuatkan kemahiran daya berfikir lebih kuat & berupaya mencipta sesuatu yang baru. Mungkin ada ilmu baru yang dapat ada keluarkan dari pembacaan yang serius ini.

14. Make It Easier For Conversation With People - Sangat betul. Ia memudahkan anda berbual dengan sesiapa sahaja dengan lebih santai & berilmu. Mereka juga akan mudah rasa selasa berbual dengan anda.

15. It may Fight Alzheimer's Disease - Ada beberapa penemuan kajian menunjukkan bahawa membaca dapat mengurangkan masalah penyakit Alzheimer di kalangan warga emas. Bila kita tua, daya ingatan semakin lemah & salah satu cara yang dilihat berkesan untuk mengurangkan risiko adalah melalui pembacaan.

Happy Reading Everyone