ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 6 August 2018

Sayangku Saarah ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Dengan keadaan saya sekarang ni, saya tak mampu nak jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya…”

Belum lagi aku habiskan ayat sendu aku, aku dengar dahulu Aathif ketawa. Pipi aku dicubit tidak semena-mena.

“Awak tu satu-satunya isteri abang tau. So, setiap perangai awak tu dah jadi yang terbaik dan terburuk untuk abang. Buruk mana pun perangai sayang, abang tetap cinta. Jangan risau.” Ada tawa pada ayat Aathif.

Aku tarik muka sedikit.
“Awak cakap saya buruk?”
Masih lagi tawa menjadi jawapan pertama untuk soalan aku.
“Perangai.” Seperti memperbetulkan soalan aku saja gayanya.
“Awak cakap perangai saya buruk?” Lagi sekali aku bertanya tanda tak puas hati. Muka aku seriuskan sehabis yang boleh.

Tak tahu ke yang aku sudah berusaha untuk jaga kelakuan aku untuk beberapa hari ini? Bahkan baru tadi terdetik dalam hati aku untuk melayan Aathif dengan lebih baik bermula dari hari ini. Tapi sekarang, senang lenang saja Aathif kata perangai aku buruk!

Aathif ketawa lagi. Kemudian dia mengangguk.
Aku mencebik tak percaya.

“Tahu tak… sejak sayang accident, tidur abang tak pernah lena. Tapi malam semalam abang tidur lena sampai Subuh.” Beria Aathif bercerita sambil badan dikalihkan sedikit menghadap aku.

Aku angkat sebelah kening sebagai tanda menyoal apa punca Aathif boleh tidur lena tidak seperti malam-malam sebelumnya.

“Sebab semalam abang dapat kiss dari isteri abang. Tu yang lena lain macam tu.” Mata dikelipkan beberapa kali. Sengihan pada muka Aathif memang benda wajib yang ada saat ini.
Aku mendengus geram. Boleh pulak diingatkan hal semalam yang sememangnya aku cuba untuk lupa.

“Kalau malam ni dapat lagi, kan best.”

Tengok tu, tengok tu. Mula dah perangai gatal merenyam mamat ni keluar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...