ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, 15 July 2018

Terakhir Untuk Selamanya ~ Kathy Tuah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya, Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia. Namun, demi membuktikan dirinya kuat tanpa lelaki bernama suami di sisi, Kayla bangkit. Dia berubah menjadi Kayla yang lebih dramatik, Kayla yang lebih anggun dalam agama dan tutur kata, Kayla yang ala-ala wonder woman. No lelaki, no hal. Tetapi, bertemu dengan Adli, hati yang retak seribu, mula bercantum-cantum. 

Hati yang dingin macam ais, mula cair. Kata tak nak bercinta, tapi kenapa hati ini melompat-lompat setiap kali terlihat mamat ni? Bila Adli ajak kahwin, Kayla terkejut. Mamat ni tak rabun hati kan?

"Kayla... kita kahwin...” Kayla yang tadi mengayun langkah terus termati langkahnya.
"Kayla... kita kahwin...” ulang Adli lagi. Kali ini nadanya lebih yakin berbanding tadi.
"Awak tak tahu masa silam saya, Adli. Saya bukan seperti Kayla yang awak lihat sekarang ni. Saya dulu...” "Masa silam saya juga tidak seindah yang awak sangka, Kayla. Tapi awak kena tahu, Allah lihat kita yang hari ini, bukan kita yang semalam atau sebelumnya.”

Bila Kayla sebut yes, datang pula bekas pujaan hati ingin kembali menjalin kasih. Pilihan semakin sukar.

Sebelah kanan, pernah menjadi pujaan hati, sebelah kiri, mula berbunga-bunga dihati. Terakhir untuk selamanya, biar hati yang meneka. Siapakah pilihan hatinya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...