“Ana, saya tahu awak marahkan saya.” – CARL FALIQ
“Habis tu, takkan awak nak saya ketawa dan tepuk tangan dengan gembira?” – ANA AISHA
Demi sebuah misi, Faliq terpaksa akur yang jalan perpisahan adalah terbaik untuk mereka. Bukan hati sudah tidak sayang, tetapi dia tidak mahu episod hitam yang pernah menimpa Camelia dulu berulang. Episod itu telah menyebabkan Camelia dibunuh dengan kejam.
Jauh beribu batu di bumi Brazil, Carl Faliq masih meneruskan misinya. Misi menumpaskan kumpulan Peter yang masih gagal dilakukannya. Namun, siapa sangka takdir semakin menguji apabila muncul kembali si gadis yang masih bertakhta di hati. Gadis yang kini memegang status tunangan orang.
“Kambing awak nak panggil saya?” – CARL FALIQ
“Yalah! Kambing berjanggut! Kambing takutkan air. Sebab tu awak malas mandi!” – ANA AISHA
Perkara lebih menyesakkan hati lelakinya, bila tunang Ana Aisha adalah Hardy Zafran. Bagi Hardy Zafran pula, kedatangannya ke Brazil bukan untuk si gadis. Tetapi, ingin menuntut kembali permata berharga yang berada di bawah jagaan Carl Faliq.
Berjayakah Carl Faliq meneruskan misinya menumpaskan kumpulan Peter? Terbelakah kematian Camelia?
Siapa pula yang akan menjadi pilihan hati Ana Aisha setelah segala rahsia terbongkar?
Carl Faliq yang sentiasa menghantui dirinya atau Hardy Zafran yang mula bertaktha di hatinya?