Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 7 November 2018

Nama Aku Syaiful Rizal ~ Rina Khan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kehidupan Syaiful Rizal berada di titik sempurna. Di usia belum mencecah 30, Syaiful memiliki segalanya. Malah ura-ura untuk melangkah ke alam perkahwinan juga telah bermula. Namun di sebalik semua ini, Syaiful mempunyai satu rahsia hitam yang tak pernah diketahui sesiapa.

Syaiful bukan lelaki biasa. Dia adalah anggota kumpulan perompak yang mengganas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekian lama. Namun demi masa depan yang cemerlang, Syaiful mahu mengubah hala. Dia beriltizam untuk cuci tangan dan kambus terus rahsia hitamnya dari mata dunia.

Takdir hidup tidak seperti yang dirancang. Nyawa anak saudaranya menjadi taruhan. Musibah yang menimpa Amira secara tiba-tiba memaksa Syaiful sekeluarga mencari dana sebanyak RM200,000 dalam sekelip mata. Suatu jumlah yang Syaiful tak punya.

Eddy, ketua kumpulan rompakannya telah sedia dengan satu ‘projek besar’. Sasaran mereka Dino, pengedar dadah terbesar Kuala Lumpur. Bagi Eddy, tiada salahnya mereka ‘mengorbankan’ pengedar dadah yang telah lama ‘membunuh’ bangsa Malaysia.

Haruskah Syaiful meneroka semula jalan hitam yang hendak ditinggalkan itu? Wajarkah dia mengorbankan masa depannya yang telah tersusun cantik demi menyelamatkan anak abangnya yang mungkin telah tercatat ajal? Bagaimana pula kalau dia kantoi kali ini?

‘Nama Aku Syaiful Rizal’ adalah kisah marhaen yang tak didendang. Kisah kasih sayang dan pengorbanan. Kisah kesetiaan dan keikhlasan di dalam kehidupan yang bersalut noda dan dosa. Kisah kau dan aku yang boleh terjadi pada bila-bila masa.