Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 5 March 2019

Kurelakan Yang Indah ~ Arniza Idayu

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Lina, mulai esok kau tak payah lagi buat kerja teruk-teruk tu. Sepatutnya kau anak dara ni, jaga badan, jaga muka. Bukan buat semua kerja tu. Tengok lengan kau tu, berurat. Entah jantan mana yang suka dekat kau. Dah la perangai mengalahkan jantan.” – PEAH

Sinis kata-kata itu membuat dia berfikir… sampai bila ujian datang tanpa berhenti menguji diri? Membesar bersama Tok Mek dalam keadaan serba kekurangan membuatkan Adlina dlilingkari masalah keluarga yang tiada berpenghujung.

Kadang-kadang, bila kesabaran menipis, dia menyalahkan takdir. Tapi, ada Tok Mek yang sentiasa memberi semangat, sentiasa mengingatkan hal yang baik-baik.

Namun, kehadiran dan kesungguhan Ziyad membantu Adlina bagaikan telah menyuntik satu perasaan halus di hati Adlina.

Sulit rasanya menyatakan cinta kepada si dia kerana sedar kekurangan diri. Takut lelaki yang jatuh cinta kepadanya, tidak dapat menerima kenyataan pahit hidup bersama dengan wanita bernama Adlina. Tapi, bukan Ziyad namanya jika tidak dapat menakluk hati sang bunga yang mula memberi warna pelangi di hatinya.

“Abang ni handsome tau tak, macam Tom Cruise. Ada ke muka abang disamakan dengan buah asam kecut.” - ZIYAD

“Handsomelah sangat! Yang tersengih-sengih macam kerang tak laku tu kenapa?” - ADLINA

Di kala mereka memaknakan cinta masing-masing, ada cinta lain yang datang mengusik. Sampai bila kepercayaan harus dipertahankan jika si gadis mula dalam dilema? Masihkah ada rasa ragu, kala genggaman itu dipegang erat?

“Jika hati ni berada di luar, pasti sesiapa saja boleh membacanya. Tapi hati Lina ada di dalam. Hanya dengan mata hati ini saja yang boleh merasainya.” - ADLINA