“Kau nak apa sebenarnya ni, kambing?”- JAI
“Kenapa kau bersusah payah nak berjoging bagai? Kau kena terima takdir yang kau tu gemuk macam anak gajah.”- HO
Hangin satu badan Jai, bila Ho@Haider Omar mengeluarkan kata-kata itu. Mulut Ho memang mulut naga, sentiasa berapi.
Jai-Ho, mereka ni memang terkena genetik suka bergaduh. Pantang berjumpa, pasti perang dingin meletus. Apa yang dilakukan oleh Jai, semuanya tidak kena di mata Ho. Jai pula pasti akan membalas setiap perbuatan khianat yang dilakukan oleh Ho terhadap dirinya. Sampai katak dan kambing pun join sekali.
Bila penat sangat bergaduh, dalam hati nak jua berbaik, tapi tak jadi sebab dua-dua bermusuh sampai mati. Hinggalah satu kejadian telah merubah skala hidup Jai-Ho. Ho sangat terhutang budi dengan Jai. Dia sanggup melupakan segala persengketaan antara mereka.
“Kau dah selamatkan Kareena. Kalau kau tak selamatkan dia tadi, aku tak tahulah apa yang akan jadi pada hidup aku,”- HO
Persahabatan mereka diuji apabila munculnya watak Danial. Ho tidak senang dengan kehadiran lelaki yang cuba mendekati Jai.
“Saya nak awak maafkan semua kesalahan saya yang dulu. Saya nak berbaik semula dengan awak.”- DANIAL
Ya… itu kata putus Jai. Dia akan berbaik semula dengan Danial dan membuang jauh-jauh Ho. Baginya, Ho hanya sahabat. Cintanya milik Danial. Namun, mengapa saat menatap mata redup Ho, ada getaran melanda dirinya?
Kadang-kadang dalam persahabatan, tercetus sebuah perasaan. Adakah itu satu syarat, bahawa persahabatan yang berubah menjadi cinta, mungkin akan berakhir luka?