NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 2 May 2017

Sweet & Dangerous ~ Fazlyn Ridz

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.

Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu.

Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya.

Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya pulang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula.

Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan.

“Ya, saya cintakan lelaki yang awak panggil pengkhianat itu. Lebih darpadai itu… saya menidurinya.” – Angelina a.k.a. Humairah

“Saya cintakan Humairah.” – Fakhrul.

Berlarian di atas muka bumi Tuhan ini semata-mata demi mempertahankan cinta mereka. Rentetan daripada dendam Arman yang hampir-hampir merenggut nyawa cahaya mata Fakhrul dan Humairah, Fakhrul nekad menjadi seorang pembunuh demi nyawa orang yang dikasihinya. Namun, akibat perbuatannya itu tidak mudah untuk dipadamkan.

Bagaimana untuk Fakhrul pulang ke pangkuan kekasih hatinya? Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Darah dan permata masakan boleh bersatu? Namun bagi mereka, jika sudah Tuhan menentukan hati mereka bersatu, agi idup agi ngelaban! Biar habis nyawa di badan, pejuang seperti Fakhrul… tidak akan pernah membiarkan dirinya kalah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...