Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Fazlyn Ridz. Show all posts
Showing posts with label Fazlyn Ridz. Show all posts

Thursday, 16 February 2023

Jesnita ~ Fazlyn Ridz

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Dendam…
Jesnita terperangkap dengan permainan bahaya kerana dendam lama yang dibawa semenjak zaman kolej. Wanita sepertinya tidak merasai cinta yang sebenar melainkan lelaki sekadar satu kesempatan untuknya sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Rafael yang telah berjaya mengetuk pintu ketenangan dirinya.
Gold digger!

“Tak ada orang akan datang dan meminta untuk berkahwin macam tu saja. Apatah lagi semua orang cakap I ni jahat.”- Jesnita
Rafael, lelaki tampan sarat agenda dengan senyum santai. Luaran tampak tidak berkocak hatinya dengan kejelitaan dan keselambaan yang dimiliki oleh Jesnita. Misi utamanya adalah untuk menjatuhkan si gold digger dan mendapatkan kuasa dalam Temenggung Emas. Lalu dia merampas Jesnita daripada Zaid!

“First, you have to marry me. Saham tu belum jadi milik you selagi you tak kahwin dengan I.” – Rafael
“I perempuan yang tak mudah cair, Rafael. I perempuan yang orang sebut sebagai… manipulator.” – Jesnita

Rafael berjaya memerangkap Jesnita dalam perkahwinan yang bertujuan untuk mengenakan wanita itu. Sayangnya setelah berkahwin, Rafael menyedari begitu banyak rahsia tentang Jesnita yang tidak dapat

Gelisah Asmara ~ Fazlyn Ridz

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak… begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan ‘kaki lelaki’ mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya.


Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami.

“Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin dengan you gantikan Mar? Nampak? Muka tak sama ni.” – Mikayla.
“Siapa cakap I nak kahwin dengan you sebab muka you sama macam Mariani?” – Saef

Muka cantik tapi mulut celopar! Itulah persepsi Saef tentang Mikayla.

“Kan senang kalau parents you terima saja Mariani semula berbanding paksa I buat apa yang I tak nak. Kenapa nak sulitkan keadaan? Mariani memang nak kahwin dengan you!” – Mikayla.

Keterpaksaannya menyebabkan Mikayla memberontak biarpun Saef merupakan suami yang penyabar. Masa lalu yang membuatkan Mikayla benci dan prejudis kepada lelaki. Namun pernikahan itu membawa seribu satu rahsia dalam hati Saef tentang Mikayla dan juga tentang bekas tunangnya Mariani. Apakah rahsia itu?

Adik dan kakak berebutkan lelaki yang sama… siapa yang suka dengan itu? Itulah hakikatnya Mikayla

Wednesday, 16 March 2022

Lovely Badass ~ Fazlyn Ridz

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Deborah dan Iqmal saling mengenali semenjak zaman sekolah. Saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Sayangnya, perasaan itu tersembunyi hanya kerana salah sangka dan cemburu. Tiada sesiapa antara mereka tahu... cinta itu bukan sekadar cinta monyet. 

Move on setelah Iqmal hilang demi mengejar cita-cita, Deborah Raymond menikahi Zalman, lelaki yang dikenalinya bertahun kemudian tanpa dia tahu, Iqmal ingin memaknakan cintanya kepada Deborah setelah tamat pengajiannya di Canada. 

13 tahun berlalu, Iqmal masih membujang. Kesal kerana tidak pernah berterus terang tentang perasaannya. Diteruskan hidupnya berkawan dengan wanita lain walaupun sukar untuk membukakan hati seluas-luasnya kepada Syamsinar. Sehinggalah Deborah mengalami masalah rumah tangga dek suami yang lupa diri; peluang yang ada untuk memaknakan cinta di hatinya terhadap Deborah. Dia yakin dialah cinta sejati buat wanita itu. Dialah lelaki yang setia menyayangi. 

“I tak mahu you pergi tanpa dengar apa yang sepatutnya I beritahu you bertahun-tahun dulu. I’m sorry. I ambil tindakan paling bodoh kerana biarkan masa pergi begitu saja. I tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati you.” -Iqmal 

Friday, 18 May 2018

Mr. & Mrs. Liar ~ Fazlyn Ridz

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Oleh sebab cintanya kepada Hani terkandas kerana Kamil, Putra menyepi sekian lama tanpa didampingi wanita. Sehinggalah dia bertemu dengan Tania, adik angkat a.k.a. sepupu kepada Kamil yang pernah menjadi racun dalam hubungan cintanya dahulu. Lalu dia mendapatkan gadis itu dengan tipu daya.

Anehnya, kerap kali lelaki menipu wanita untuk mengecewakan. Ironinya Putra menggunakan penipuan untuk mengikat Tania kepadanya. Watak lelaki jahat terus dimainkan untuk melihat sejauh mana tipu daya Tania kepadanya pula. Walaupun tahu Tania berpura-pura, dia nekad mahu memiliki gadis itu biarpun tanpa restu bapanya. Ada sebabnya!

“Bukan you yang jahat. I yang jahat selama ni.” – Tania
“Give me the knife, baby. I tak marah. I tak sengaja, sayang.” – Putra

Tania pernah melalui kisah hitam menderita penyakit PTSD. Sakit yang turut didorong oleh didikan Puan Sri Karmila, ibu Kamil. Memori bapa kandung membunuh ibu kandungnya bukan mudah untuk dipadamkan. Tetapi menjalani hidup bersama Putra, hidup Tania berubah. Dia bahagia!

Tuesday, 2 May 2017

Sweet & Dangerous ~ Fazlyn Ridz

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.

Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu.

Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya.

Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya pulang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula.

Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan.

Tuesday, 20 December 2016

H.I.M ~ Fazlyn Ridz

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.

Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.

Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.

AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.

Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.
Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.