Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 9 August 2018

Tuan Danial ~ Azizah Ami

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Anak Tuan Hashim. Namanya Tuan Danial Lulusan Universiti Malaya. Kacak dan pandai menguruskan perniagaan. Tuan Hashim cuma ada dia dan satu perlu anak papa tahu…. dia kepala batu. Hmm… sama macam Is” Tengku Khalil menyerahkan tab yang terpampang wajah Tuan Danial di skrin.

“Hmmm… papa tak rasa Is macam orang gila ke pergi menyiasat siapa yang akan Is kahwini?. Is tak mahu silap pilihlah papa. Is mahu kenal dia dalam – dalam sebelum buat keputusan”

********

Pintu dibuka dan wajah lelaki yang dilihatnya semalam menjongketkan kening. Is terdiam. Uishhhh…. kacak lagi di luar berbanding yang aku tengok semalam. Kalau macam ni, jadi orang gaji seumur hidup pun tak mengapa. Is tersengih – sengih.

“Maaf .. tak nak beli kerang!” kata Danial dan ingin menutup pintu rumahnya.

Ha… ni aku tak berkenan!. Sombong ya amat dia ni. Papa ni pun, suka sangat ke menantu sombong macam dia ni?. Kalaulah Hatta tahu baju dia macam baju penjual kerang, mesti mengamuk punyalah!. Pandai Is… dia memberi upah kepada pembantu rumah Tuan Hashim yang lama agar berhenti kerja dan bekerja di rumahnya. Malahan gaji pembantu rumah Tuan Hashim itu pun dinaikkan 20% berbanding sebelumnya.