Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 9 August 2018

Mr. Killer Smile ~ Ruby Nur Airis

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta.

Mampukah keikhlasan memadamkan dendam?
Mampukah kebenaran menghapuskan air mata?
Mampukah cinta mengatasi segala-galanya?

“Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti, akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir.” - Iskandar.

Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya?

“Biarkan rasa sedih itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di dataran.” - Auni.

Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan pengakhiran hidupnya.

Tapi, permulaan kepada semua kisah suka dan duka. Walaupun dia berusaha mencari bahagia, namun duka terus mengekori jalanan hidupnya.

“Sukarnya memiliki hatimu seperti sukarnya menemui mutiara yang duduknya di dasar lautan, Auni!” - Hanif.

Bertahun membuang rasa, namun hidupnya terus dihantui. Jauh di sudut hati, ada rasa yang tersimpan buat seseorang. Namun rasa ragu yang bertandang dalam jiwa membuatkan kehadiran Mr. Killer Smile bagaikan membunuh jiwa Auni perlahan-lahan.

“Sayangku Auni, jauh di lubuk hatimu ada cahaya yang menerangi alam dan mampu menghapuskan kegelapan juga kedukaan hidup insan yang tahu menghargai kehadiranmu.” - Nadhir.

Adakah kehadiran Mr. Killer Smile mampu membuatkan dia tersenyum? Atau kehadiran lelaki itu mendatangkan air mata, menjerut hati dan jiwa?