Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Gee Azeez. Show all posts
Showing posts with label Gee Azeez. Show all posts

Tuesday, 2 June 2020

Hatiku Terikat Takdir ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM28.90 > RM 26.00

“Ini soal hidup Fahad. Fahad tak suka sesiapa masuk campur dalam hidup Fahad walaupun orang itu keluarga Fahad sendiri. Hidup Fahad biar Fahad sendiri yang uruskan,”- Putera Fahad

Putera Fahad nekad untuk tidak mahu menikahi gadis pilihan ayahandanya sehingga membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkan segala kemewahan yang dimilikinya.
“Maaf, cik. Saya datang ni bukan nak mengemis. Saya datang ni nak minta kerja.”- Ipin
Ipin, seorang gelandangan telah bertemu dengan Azzalea dan diberikan pekerjaan di Teratak Azalea untuk meneruskan hidupnya. Namun, kehadirannya di situ tidak diterima dan disenangi oleh beberapa pekerja di situ. Ipin dicemuh dan dimaki kerana rupanya yang hodoh dan berparut.
“Julia, Suhana, awak berdua dibuang kerja sebab tidak menghormati orang lain dan juga menghina orang yang kurang berupaya.”- Azzalea

Tuesday, 16 April 2019

Jai-Ho #TakkanJatuhCinta ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Kau nak apa sebenarnya ni, kambing?”- JAI
“Kenapa kau bersusah payah nak berjoging bagai? Kau kena terima takdir yang kau tu gemuk macam anak gajah.”- HO

Hangin satu badan Jai, bila Ho@Haider Omar mengeluarkan kata-kata itu. Mulut Ho memang mulut naga, sentiasa berapi.

Jai-Ho, mereka ni memang terkena genetik suka bergaduh. Pantang berjumpa, pasti perang dingin meletus. Apa yang dilakukan oleh Jai, semuanya tidak kena di mata Ho. Jai pula pasti akan membalas setiap perbuatan khianat yang dilakukan oleh Ho terhadap dirinya. Sampai katak dan kambing pun join sekali.

Bila penat sangat bergaduh, dalam hati nak jua berbaik, tapi tak jadi sebab dua-dua bermusuh sampai mati. Hinggalah satu kejadian telah merubah skala hidup Jai-Ho. Ho sangat terhutang budi dengan Jai. Dia sanggup melupakan segala persengketaan antara mereka.

“Kau dah selamatkan Kareena. Kalau kau tak selamatkan dia tadi, aku tak tahulah apa yang akan jadi pada hidup aku,”- HO

Thursday, 30 August 2018

Tuan CEO KGdotcom ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Garang, mulut puaka dan anti perempuan: memang itulah trademark Tuan CEO kampung dot com tu. Bukan lelaki yang romantik, bukan lelaki macho, hidupnya hanya berteman kambing dan lembu. Bagi Wahyudeen, mendodoi kambing dan lembu lebih baik dari mendodoi perempuan.

Sehinggalah kedatangan seorang gadis telah memporak perandakan hatinya yang keras macam batu bata.
“Kau perempuan kan?”-WAHYUDEEN
“Ya. Betul. Saya memang perempuan.”-IMAN FAIRUS
“Iman Fairus tu nama lelaki kan? Yang datang hari ni perempuan pula. Kau pergi telefon Iman Fairus sekarang.”-WAHYUDEEN

IMAN FAIRUS, cuba hadam dan telan dengan perangai tegas tak bertempat Wahyudeen.

“Kuat perasanlah tuan ni. Saya pun tak suka tuan. Tuan kerek!” – IMAN FAIRUS
“Kerek tu apa? Kau kutuk aku ke?” WAHYUDEEN
“Bukan kutuk, tapi puji. Kerek tu nama sejenis kuih.” - IMAN FAIRUS

Tuesday, 18 April 2017

Had Laju Cinta ~ Gee Azeez

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Boleh tak kalau kau pandu tu laju sikit? Aku rasa macam kereta ni tak bergerak pun. Orang yang kayuh basikal lebih laju daripada kereta ni…” – Darius

Darius tidak menyenangi pemandu wanita yang diupah oleh bapanya tanpa kerelaannya. Hari-hari pemandu wanita itu dimaki dan diherdik. Sumaiyah pula terpaksa menelan segala makian itu dengan sabar kerana hormat kepada bapa Darius.

“Papa nak Darius kahwin.”- Tan Sri Iskandar Shah

Perubahan sikap Darius yang ketara setelah kejadian beberapa tahun lalu membuatkan bapanya mengambil keputusan untuk menyuruhnya berkahwin. Keputusan itu juga dibantah sekeras-kerasnya oleh Darius. Namun, setelah diugut oleh bapa sendiri, Darius akur. Dia memilih untuk berkahwin dan pengantinnya adalah pemandunya sendiri.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Sumaiyah sepanjang hidup bersama-sama dengan Darius. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya. Namun, cinta tetap hadir dalam hati Sumaiyah. Tambahan pula dalam Darius benci kepadanya, ada ketika layanan Darius buat hatinya berdebar dan sayangnya bergolak.

“Sebab kau perempuan yang papa aku sayang. Sebab itu aku benci kau.”-Darius
“Kalau saya bukan perempuan kesayangan papa, tuan boleh suka saya? Tuan boleh terima saya sebagai isteri?”-Sumaiyah