Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 19 November 2018

Kontrak Cinta Kekal ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Atas desakan wang, Zuhayra nekad menerima tawaran menjadi isterikontrak kepada Ashraf Daem, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Zuhayra bersabar dengan kerenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedar, ada cinta di hatinya buat lelaki itu meskipun cuba dinafikannya.

“Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta dekat suami aku tu. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ni. Aku cintakan dia, sepenuh hati aku.” - Zuhayra

Di mata Ashraf Daem, Zuhayra hanya sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis itu adalah yang terbaik buat dirinya. Demicinta yang telah menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah. Tempohkontrak perkahwinan mereka juga dilanjutkan tanpa memberi pilihan kepada Zuhayra.

“Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?” - Ashraf Daem

Satu demi satu kejadian ditempuhi Zuhayra, menjadikan dia sedar, hidup bersama Ashraf Daem memerlukan kekuatan selain pengorbanan. Dia harus sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kerana lelaki yang disangka biasa-biasa itu sebenarnya adalah seorang ketua mafia!